komputer. itulah yang aku hadap sekarang. jam menunjukkan pukul 7:14 pagi dan aku masih belum terlelap. berbekalkan secawan kopi yang baru sahaja aku habiskan, kini aku berasa semakin segar bugar. aku bukanlah seorang karyawan. susunan perkataanku tidak indah bak pujangga. kata-kataku tidak semanis penglipur lara. aku hanya seorang manusia berbekalkan pengalaman beharga yang aku akan kongsikan kepada kamu.
namaku daniel. orang memang akan panggil aku daniel. saudara? mereka menggelarku abang, kecuali kakakku sherina, dia mengelarku dann. cikgu memanggilku dengan gelaran pelik. denel. pelik bukan? cikgu aku orang bugis, dan ya, aku bukan berasal dari tanah langkawi ini. tempatku tawau, sabah. ceritaku pelik. tapi aku yakin dan percaya semua orang ada cerita masing-masing.
ya, itu saja mukadimah diriku. kini aku ingin menceritakan kisah aku. 5 bulan. 5 bulan yang penuh kepedihan dan kebahagiaan.
-haqim, langkawi 2020
YOU ARE READING
Mencintaimu 5 Bulan
Romancetakdir ini memang mengecewakan kan? siapa yang hendak disalahkan? perbuataku atau takdir? bacalah kisah cinta dua ketul manusia ini. - 13 ogos 2020-13 jan 2020 -haqim, langkawi 2020