12 ; secret

155 22 0
                                    

Harini Jungkook dah mula bekerja balik. Sepatutnya dia cuti tapi ada oncall. Dia terpaksa pergi ke hospital semula. Kerja seorang doktor bukannya mudah. Disebabkan Jungkook orang penting, Jungkook perlu juga ke hospital menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor.

Seorang diri dirumah Jungkook membuatkan aku rasa bosan. Selalunya Jungkook ada hilanglah juga rasa bosan. Tiba tiba aku teringat kata kata Jungkook yang ingin menjadikan aku sebagai isterinya.

Bukan aku tak mahu, tapi apa pula orang lain akan kata kalau aku kahwin dengan Jungkook? Sudah semestinya perkahwinan ini akan diumumkan dalam berita. Yalah, Jungkook kan seorang Doktor yang terkenal. Aku keluar ke mall dengannya tempoh hari pun ada orang bercakap buruk tentang Jungkook dan aku. ni apatah lagi berkahwin mesti lebih teruk Jungkook diperkatakan.

Aku mengeluh kecil.

Ding dong~

Loceng rumah Jungkook berbunyi membuatkan dahi aku berkerut. Takkan lah Jungkook sudah balik? Tak silap aku dia kata dia balik pukul 8 malam, sekarang baru pukul 5!

Bergegas aku ke pintu apabila terdengar bunyi loceng lagi. Aku membuka pintu sedikit menjengah siapa diluar.

"Cik, Doktor Oh nak jumpa cik." kata PA Jungkook bersama seorang lelaki tua disebelahnya.

"Jumpa saya?" kata aku. PA Jungkook menganggukkan kepalanya. Aku meluaskan sedikit pintu rumah Jungkook ini. Pintu grill aku biarkan tertutup.

"Saya tak pasti kalau Jungkook-"

"Jangan risau, ini rumah private. Bukan calang calang orang boleh masuk ke sini. Lagipun Doktor Oh memang seorang yang rapat dengan Tuan.." Kata PA Jungkook.

Mendengar kata katanya, aku perlahan lahan membuka pintu grill Jungkook membenarkan lelaki tua itu masuk kedalam rumah.

Ruang tamu aku tuju. Aku hanya berdiri selepas Doktor Oh itu duduk di sofa. Senyap. Tak ada satu pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Dapat aku rasakan yang aku sedang diperhatikan oleh doktor itu.

"Ada apa ya Encik datang?" soal aku agak tidak selesa dengan pandangannya.

"Duduk Park Yunseol." Katanya. Mata aku membesar mendengar dia menyebut nama penuh aku. Aku hanya akur duduk di sofa berhadapan dengannya.

"Seronok dapat tinggal dengan orang kaya macam Jungkook?" katanya sinis. Cukup sinis.

"Apa maksud encik?" Berkerut kerut wajah aku tak faham dengan kata katanya.

"Aku tak tahu apa yang ada dekat kau sampai Jungkook suka sangat dengan kau." kata Doktor Oh itu lagi. Aku menunduk tak berani bertentang mata dengannya.

"Kau kenal Jungkook dah banyak mana?" soalnya lagi.

"S-saya..." tergagap aku dibuatnya.

"Melalui cara kau, aku tahu yang kau belum cukup kenal dengan Jungkook. Siapa Jungkook sebenarnya, Park Yunseol? You have no clue right? Kau hanya tahu yang dia ialah seorang doktor yang terkenal dan ceria. Seorang yang lembut dan bertanggungjawab sahaja kan?" mata tuanya tak lepas memandang aku. Aku hanya diam tak mampu membalas kata katanya. Betul katanya. Hanya sedikit sahaja yang aku tahu tentang Jungkook..

"Park Yunseol, kalau Jungkook dah bercakap tentang kahwin.. maknanya dia betul betul maksudkannya." Aku memandangnya semula. Macam mana dia tahu?

"Tapi kau dah bersedia ke? Kalau kau setuju dengan lamaran dia, soalan aku, kau sedia ke?" Berkerut kerut wajah aku cuba untuk memahami tujuan Doktor ini datang.

"Encik.. Saya datang sini bukan untuk kikis harta Jungkook.. saya tahu tempat saya dekat mana. Ya, Jungkook ada cakap yang dia nak kahwin dengan saya tapi saya awal awal dah tolak. Saya tak nak imej dia rosak sebab berkahwin dengan orang bawahan macam saya. Saya tahu tempat saya encik.." mata aku mula berkaca kaca. Betul sangkaan aku, orang akan fikir aku hidup dengan Jungkook hanya dengan tujuan untuk mengikis hartanya sahaja.

"Itu bukan soalan aku Park Yunseol.. Aku bukan siapa siapa nak menghalang dengan siapa Jungkook nak berkahwin. Soalan aku, kau dah bersedia nak hidup dengan orang macam Jungkook? Dia bukan manusia biasa Park Yunseol.." Aku hanya diam. Aku tak faham apa yang lelaki tua ini cuba untuk sampaikan..

"Jungkook ada penyakit dan aku tak pasti sama ada kau mampu atau tak nak hidup dengan dia lepas kau tahu tentang penyakit Jungkook." Mata aku membesar mendengar kata katanya. Terkejut. Jungkook.. sakit?

"Kalau kau tak mampu nak hadap penyakit Jungkook, aku sarankan kau pergi dari hidup dia secepat mungkin. Jangan buat dia sakit Yunseol.. Dia dah terlalu sakit untuk menghadapi kesakitan lagi. Jangan tambah derita dia." sambungnya lagi.. tapi Jungkook kelihatan tenang dengan aku. Terlalu tenang. Dia tak nampak macam ada apa apa masalah pun..

"Boleh.. saya tahu Jungkook sakit apa?"

"Kau kena tahu daripada Jungkook sendiri. Park Yunseol, tolong jangan tinggalkan Jungkook. Dia perlukan kau. Aku nampak perubahan dia lepas kau datang dalam hidup dia. Walau apa pun yang terjadi, tolong. Aku minta tolong sangat dengan kau. Jangan pernah tinggalkan Jungkook." katanya lalu dia berdiri.

"Encik.. a-apa yang saya kena buat?" soal aku.

"Jangan biarkan Jungkook sorang sorang terlalu lama. Berikan dia kasih sayang kau, cinta kau. Dia ada sejarah sendiri. Lama lama kau akan tahu juga Park Yunseol. Tolong setia dengan dia dan tolong jangan buat dia kecewa, risau tentang kau. Tolong dia Park Yunseol. Aku tahu kau boleh. Aku tahu kau sukakan dia juga." Aku tak tahu nak balas apa.. Aku keliru..

"Rahsiakan tentang kedatangan aku ni Yunseol. Aku tahu dia risau kalau kau dapat tahu tentang penyakit dia. Aku datang untuk pastikan yang kau boleh handle penyakit dia. Aku datang untuk tahu yang kehadiran kau bukan hanya untuk harta dia. Kau je yang boleh tolong dia. Tolong aku sembuhkan dia." dengan kata katanya itu, dia terus bangun lalu terus keluar dari rumah Jungkook. Aku hanya menghantarnya melalui mata aku.

Apa yang awak sorok daripada saya ni Jungkook?

_____________tbc

[OG] Remedy || 전정국Where stories live. Discover now