Apa orang kata?

1.6K 50 1
                                    

Dari tadi Raisyah tak senang duduk. Asyik fikirkan pelawaan Aril semalam.

Perlu ke aku ikut kerumah dia? Apa orang akan kata nanti? Dahlah aku ni janda dia. Ish! Alasan apa yang aku nak bagi supaya dia tak paksa aku ikut dia ye? Raisyah mengomel sendiri dalam rumah sewanya.

Telefon bimbit sedari tadi dalam genggamannya. Mata Raisyah asyik kerling ke arah jam dinding yang dah menunjukkan pukul 6 petang. Lagi sejam, Aril kata dia nak jemput Raisyah.

"Sebelum dia sampai ke sini, aku mesti call dia dulu."

Screen telefon ditekan dan mencari nama Dudaku dalam senarai contact. Dengan perasaan was-was, Raisyah tekan jugak punat call. Beberapa kali deringan telefon berbunyi, Aril tak jawap jawap call.

"Mana pula dia ni?"

Bunyi horn kereta mengejutkan Raisyah. Besar mata wanita itu lalu berlari anak menghendap dibalik tabir.

Aril? Cepatnya?

Sekali lagi Raisyah melihat jam dipaparan secreen telefon. Baru 6.05 petang. Janji pukul 7. Pantas Raisyah mengambil shawl atas kerusi dan mendapatkan Aril.

Lelaki itu keluar dari perut kereta dengan senyuman dibibir. Baju cara melayu biru muda dia pakai. Nampak segak sangat.

Tak pasal-pasal jatuh cinta semula aku dengan dia ni. Bisik Raisyah.

"Assalamualaikum."

Raisyah turut tersenyum.

"Wa'alaikumsalam. Cepatnya awak sampai. Bukan pukul 7 ke?"

Aril tertawa kecil.

"Dah awak yang tak sabar minta di jemput. Saya datang awallah."

Berkerut dahi Raisyah. Telefon bimbit Aril dikeluarkan dalam pocket baju cara melayu lalu dia tunjukkan ke arah wanita itu. Lebih 5 missedcall dia terima dari Raisyah.

"Tak... Tak. Bukan saya call awak pasal ni."

Aril tergelak. Suka tengok Raisyah kalut.

"Saya tahulah! Saja nak jemput awak awal sikit."

Ingatkan dia salah faham pasal missedcall aku. Raisyah hela nafas.

"Seksa juga rasanya menunggu jam ni. Dari tadi saya tunggu pukul 7. Tak sampai sampai lagi."

Raisyah tergelak.

Bangun pagi, Aril sudah set reminder dalam kepala dia untuk jemput Raisyah. Dari jam 9 pagi, 10.30 pagi, 3 petang, 4 petang, 4.10 petang sehingga lah pukul 5.45 petang. Aril terlalu sibuk mengira jam seharian.

Raisyah melepaskan tawanya mendengar Aril sibuk mengira jam seharian.

Berkerut kening Aril setelah melihat pakaian Raisyah. Barus edar Raisyah belum siap apa-apa lagi.

"Kenapa awak tak siap lagi?"

Raisyah berdehem dan tersengih. Hmm... Macam mana ni ey?

"Hmm... Sebenarnya saya call awak sebab..."

Lama Aril renung wajah Raisyah menunggu apa yang wanita itu hendak katakan.

"Sebab?"

Raisyah menelan air liur.

"Saya tak boleh ikut awak pergi majlis dirumah parents awak tu."

Laju saja Raisyah berkata.

"What?!"

Terkejut Raisyah dengar suara besar Aril. Tak semana-mana lengan Aril ditampar.

"Ish! Janganlah jerit macam tu."

Meletus gelak Aril.

"Saja nak buat suspen macam kawan awak Anis."

Tersengih Raisyah mengingati drama Anis tempoh hari direstaurant. Balik kerja, tanpa membuang masa. Raisyah terus disoal siasat. Dia pun ceritakan dari A to Z pada Anis.

"Awak ni. Tak baik tau." Perlahan tawa Aril semakin reda.

"Kenapa awak tak nak ikut saya pergi?"

Raisyah mendongak melihat Aril. Matanya berkelip-kelip memikirkan Alasan dengan mulut ternganga.

Sekali lagi Aril ketawa.

"Ahh! Ahh! Nak cipta alasanlah tu."

Raisyah tertunduk malu. Nampak sangat ke aku tengah berfikir? Bisik Raisyah.

"Tapi..."

"No excuse! Awak kena ikut saya."

Tegas Aril. Besar mata Raisyah. No! No! Aku tak boleh ikut kehendak dia. Dia siapa nak arah aku?

"Awak..."

Rayu Raisyah.

"Shh... Cepat mandi, tukar baju. Pakai baju cantik-cantik. Saya tunggu sini."

Badan Raisyah dipusing kebelakang dan ditolak masuk dalam rumah. Raisyah berpaling. Pintu rumah Aril tutup dan tertawa kecil.

"Awak, please! Saya tak nak ikut. Saya..."

Raisyah terdiam.

Dibalik pintu, Raisyah tetap merayu pada Aril. Lelaki itu mendekatkan wajahnya dipintu.

"Awak tak kasihankan saya ke? Saya dah sampai sini, awak pula tak mahu ikut saya. Buat apa saya disini, kalau awak tak pergi dengan saya?"

Raisyah mengeluh. Dia menundukkan kepala dan kepala disandar dibalik pintu.

Sebab tu aku call kau lebih awal untuk bagitahu hal ni. Tapi kau datang lebih awal untuk jemput aku. Raisyah mengeluh kecil.

"Baiklah. Saya ikut awak. Saya siap dulu ye."

Lebar senyuman Aril.

"Thank you awak."

Raisyah tersenyum.

Raisyah tak faham sangat dengan perangai Aril. Dia tak terfikir ke apa orang lain akan kata bila mereka berada disana. Sedangkan mereka sudah tiada kaitan apa-apa.

Cerpen: Dudaku, Bakal SuamikuWhere stories live. Discover now