"Assalamualaikum."
Salam disambut oleh keluarga Aril.
Raisyah melangkah masuk kedalam rumah orang tua Aril. Terasa begitu lama tidak melangkah kedalam rumah ini. Semua mata melihat Raisyah melangkah masuk kedalam. Anis adik kepada Aril dan selaku kawan Raisyah sewaktu sekolah menengah terus menghampiri Raisyah. Lama mereka berpelukkan.
"Ya allah Raisyah! Aku rindu gila kat kau."
Pelukkan dileraikan sebaik Anis meluahkan rasa rindu. Raisyah hanya mampu tersenyum. Pegangan tangan antara Anis dan Raisyah masih berpaut dengan erat.
"Siapa datang?"
Suara Mak Erma kedengaran sebaik wanita itu keluar dari kamar biliknya. Pantas Raisyah menghampiri wanita itu setelah melihat wanita tua itu tidak terkata apa-apa sewaktu mata mereka bertembung. Hanya riak wajah sedih yang kelihatan diwajah Mak Erma ketika ini.
Badan Raisyah ditarik kedalam pelukkan Mak Erma. Begitu erat pelukkan wanita tua itu. Mak Erma begitu sayangkan Raisyah sama seperti seorang anak. Dialah satu-satunya anak menantu perempuan dalam keluarga ini dulunya. Tangisan Mak Erma kedengaran dalam pelukkan.
"Mak..."
Raisyah turut sebak mendengarkan tangisan Mak Erma. Mengalir jua air matanya. Wajah Raisyah dipegang lembut Mak Erma.
Inilah salah satu sebab kenapa Raisyah tak mahu ikut Aril balik kerumah orang tuanya. Dia tak sanggup melihat Mak Erma menangis.
"Raisyah sihat?"
Hanya anggukan saja sebagai jawapan Raisyah. Sebuah kucupan didahi, Mak Erma kucup dengan lembut lalu tersenyum melihat wajah Raisyah. Anis dan yang lain, turut ikut mengalirkan air mata.
"Mak, sudahlah tu."
Tajam mata Mak Erma melihat Aril Disebelah yang sedang mengusap belakang Mak Erma. Lengan Aril ditampar geram oleh Mak Erma.
"Ouch! Kenapa mak pukul Aril?"
Sekali lagi Mak Erma tampar tangan anak lelakinya. Geram dengan Aril.
"Kenapa kau bawa Raisyah datang ke sini?" Marah Mak Erma.
"Nak jumpakan mak dengan yang lainlah. Salah ke?"
Selamba Aril menjawap membuatkan Mak Erma bertambah geram. Sekali lagi tangan Aril jadi mangsa.
"Sakitlah mak."
Adu Aril sambil menggosok tangannya beberapa kali.
"Memang salah! Sepatutnya kau bawa dia kesini waktu dia masih bergelar isteri kau."
Aril terdiam.
"Kalau dulu kau tak keraskan hati, mesti kamu berdua tak bercerai. Sekarang kenapa berbaik dengan Raisyah? Nak sakitkan hati dia lagi ke?"
Marah betul Mak Erma. Memang Mak Erma yang mencarikan jodoh buat Aril. Tapi bukan untuk disakitkan.
"Mak ni. Ada ke patut ke situ pulak dia fikir."
"Habis tu? Kau nak tunjukkan dengan sepupu kau yang kau dengan Raisyah ni berbaik? Walau dah tak bersama. Macam tu?"
Geram betul hati Mak Erma.
Waktu mereka bersama, jarang betul Aril bawa Raisyah jumpa orang tuanya. Bila dah bercerai, baru ada hati nak jumpakan mereka semua. Hati orang tua mana yang tak sakit? Tambahan lagi Raisyah sesama kaum dengan Mak Erma. Pasti dia faham perasaan Raisyah sekarang.
"Awak... Dahlah tu. Perkara dah lepas."
Kali ini Abah Rahman bersuara. Kalau tak, memang takkan habis mendengar Mak Erma mula nak berleter.
"Saya masih tak puas hati dengan anak lelaki abang ni!"
Bengis betul wajah Mak Erma melihat Aril. Raisyah hanya terdiam membisu. Tak berani masuk campur. Aril menundukkan kepala tanda dia mengaku bersalah.
"Kalau dia tak ikutkan sangat perasaan dia waktu itu, mesti sekarang Raisyah masih jadi menantu kita. Ini tak! Suka sangat ikutkan perasaan."
"Siapa kata Raisyah tu bukan menantu kita lagi? Dalam islam, walau anak bercerai sekalipun, menantu tetap menantu. Takde istilah perkataan bekas menantu."
Abah Rahman bersuara membela keadaan.
"Tapi yang saya nak..."
"Awak nak apa lagi? Dah! Jangan nak membebel. Kejap lagi sepupu awak datang. Cepat siap."
Arah Abah Rahman tegas. Geram Mak Erma melihat suaminya.
"Dah siaplah ni. Nak saya pakai baju pangantin pulak ke?"
Terhenti langkah Abah Rahman yang baru berniat hendak keluar. Mak Erma menjeling Abah Rahman dan berlalu kedapur. Lelaki tua itu hanya mampu menggelengkan kepala dengan kerenah isterinya. Tertawa mereka yang lain melihat. At the end, Mak Erma dan Abah Rahman pulak jadi perang mulut.
Tangan Raisyah ditarik mengikuti langkah Mak Erma. Masih belum puas Mak Erma hendak meluahkan rasa rindunya pada Raisyah. Berbagai persoalan Mak Erma tanyakan pada Raisyah ketika berada didapur. Anis turut mengikuti mereka dari belakang.
YOU ARE READING
Cerpen: Dudaku, Bakal Suamiku
Short StorySetelah perkahwinan tiga bulan, Raisyah diceraikan oleh suaminya Aril. Yang menjadikan pertanyaan bekas isterinya. Kenapa Aril berubah sikap? Ketika dirinya masih pegang title isteri, dirinya selalu dimarah, ditengking dan bermacam-macam lagi. Bila...