Setiap kali ada acara dirumah Aril, pasti Raisyah tak pernah dilupakan untuk diajak hadir sekali. Walau makan beramai dengan keluarga Aril sendiri. Sehingga Raisyah rasa tak sedap hati dilayan sebegini. Kalau Raisyah masih pegang title isteri kepada Aril, dengan senang hati dia akan ikut kemana saja Aril bawa.
Flashback
"Korang, Itu bukan bekas menantu Erma ke?"
Seorang makcik perumuran 60an bersuara kecil sebelah meja. Tapi jelas pendengaran ditelinga Raisyah sewaktu Raisyah sedang menjamu selera.
"Mana?"
"Baju grey tu ha!"
Wanita tua itu menjuihkan bibir ke arah Raisyah.
"Ye lah! Ish, buat apa dia kat sini?"
Makcik kedua mula bersuara setelah cam wajah Raisyah.
"Buat apa lagi? Tengah makanlah!" Sampuk Makcik ketiga pula.
"Itu aku tahu! Masalahnya, buat apa dia datang kesini?"
Tiba-tiba selera makan Raisyah hilang. Perkara yang dia takut, benar terjadi. Pasti akan jadi buah mulut orang bila melihat dirinya berada disini.
"Aku yang jemput! Kenapa? Dah tak boleh ke aku jemput menantu aku sendiri?"
Besar mata Raisyah mendengar suara garang Mak Erma. Nak toleh, tak berani. Tak toleh, sayang pula tak dapat tengok drama. Raisyah memutuskan jadi patung saja dimeja makan. Jangan toleh mana-mana.
Sekarang
"Sorry! Lama tunggu ke?"
Bergegar badan Raisyah. Itulah siapa suruh mengelamun waktu maghrib macam ni.
"No, it's okay. Saya pun baru sampai."
"Shall we?"
Pintu kereta Hyundai Veloster Aril buka untuk Raisyah. Berkerut kening Raisyah.
"Hmm... Kita nak kemana? Bukan nak dinner kat sini ke?"
Sebuah restaurant depan mereka, Raisyah tunjuk. Aril tadi hantar text whatsapp kata jumpa direstaurant mamih. Jadi aku ingat dinner kat sini. Bisik Raisyah.
"Nope!"
Berkerut kening Raisyah. Buat apa dia suruh jumpa sini kalau tak nak dinner kat sini. Ish! Dia ni saja je nak kenakan aku. Raisyah mengomel dalam hati.
"Okay... Then saya follow awak dari belakang kereta jelah. Senang saya boleh terus balik."
"Tak. Saya suruh jumpa sini sebab, saya nak awak naik satu kereta dengan saya. Saya tahu, awak tak nak saya jemput awak dekat rumah kalau waktu macam ni kan? Sebab tu saya ajak awak jumpa sini."
Raisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa salahnya kalau kau bagitahu aku tempat mana kau nak bawa aku. Jadi senang kalau aku nak balik awal ke. Aduh! Dia pasang jerat kat aku ke? Ish! Buat apa dia nak pasang jerat untuk aku? Omel Raisyah tidak puas hati.
"Awak..."
"Em.?"
"Jom!"
Sekali lagi Aril ajak Raisyah masuk ke dalam kereta. Raisyah tersenyum kelat. Mahu tak mahu, dia terpaksa ikutkan jua permintaan Aril.
Sepanjang dalam perjalanan, Raisyah tak banyak cakap. Sepatah ditanya, sepatah jua dia jawap. Hatinya selalu tertanya. Kenapa perlu ada hubungan ini selepas bercerai? Kenapa aku mesti jatuh cinta kali kedua pada orang yang sama? Apa maksud semua ini? Kenapa Aril berubah sejauh ini?
Hendak menangis, air mata dah kering untuk lelaki itu. Hanya rasa kekeliruan yang tak pernah habis dia rasakan.
"Are you okay?"
Setelah lama berdiam, akhirnya Aril memecah kesunyian dalam kereta. Dia lihat wajah Raisyah seperti tidak selesa. Memang betullah Raisyah tidak selesa sekarang. Sudah terlalu kerap Raisyah berjumpa dengan bekas suaminya berbanding sewaktu dia masih menjadi isterinya.
"Ye! Saya okay."
Segaris senyuman Raisyah ukir. Sekali lagi Aril pandang Raisyah sebelah.
"No! You don't look okay."
"Saya okaylah awak. No worry."
Lama Aril merenung wajah Raisyah.
"Are you still wonder about us?"
Besar mata Raisyah melihat Aril. Aik mana dia tahu? Nampak sangat ke kat muka aku? Bisik Raisyah.
"Hmm... Don't know."
Aril hela nafas.
"Like I said a month ago. Saya nak tebus semua salah saya pada awak sepanjang awak jadi isteri saya. Saya tahu, saya memang tak layak terima maaf awak. Tapi dengan cara ini, saya rasa lebih tenang bila saya berada dengan awak."
Terdiam Raisyah mendengar. Dia tenang bersama dengan aku? Maksudnya dia dah mula suka aku ke? Ish! Apa kau merepek ni syah? Dia kan kata dia nak tebus salah dia. jangan mengharapkan yang lain! Cepat cepat Raisyah sedarkan diri.
"Saya rasa dah cukup untuk awak tebus semua tu. Kitakan kawin tiga bulan je. Bercerai pun dah lebih dari tiga bulan. Cukuplah apa yang awak lakukan selama tiga bulan untuk tebus salah awak pada saya. Tak perlulah lebih dari itu. Lagipun saya tak pernah berdendam dengan awak."
Tiba-tiba Aril berhenti. Liar mata Raisyah melihat tempat ini. Oh... Dah sampai rupanya?
"Bagi saya tiga bulan untuk saya tebus semua salah saya pada awak, memang tak cukup."
Sambung Aril.
"Walau setahun saya menagih kemaafan dari awak, saya sanggup."
"Awak..."
"Saya sedar akan kesalahan yang pernah saya buat pada awak. Dan saya akan terus rasa berdosa bila awak tak izinkan saya tebus semua silap saya."
Raisyah tarik nafas dan hembus perlahan.
"Saya tak pernah berdendam dengan awak. Saya juga dah maafkan semua yang pernah awak buat pada saya. Saya tak mahu awak sentiasa rasa bersalah dengan saya. Dengan layanan awak terhadap saya macam ni, membuatkan saya rasa tak selesa. Jujur saya katakan, saya tak mahu awak layan saya macam ni. Lagipun kita dah tak ada kaitan apa-apa selain seorang kawan. Awak buat saya rasa janggal."
Akhirnya Raisyah meluahkan jua apa yang dia rasakan selama ini. Lama Aril renung wajah ayu Raisyah.
"Just let me go."
Sambung Raisyah. Lama Aril diam. Begitu berat rasanya nak lepaskan Raisyah begitu.
"Kalau awak anggap saya kawan, kita boleh contact each other lagikan?"
Tersenyum Raisyah.
"Ye! Tapi kawan juga takkan berjumpa tiap hari. Apalagi ikut ke semua acara dirumah awak."
Aril mengeluh lalu menganggukkan kepala.
"Thank you for understand me."
"Kalau kawan boleh ajak makan samakan?"
Raisyah tersengih. Begitu juga Aril.
"Of course."
YOU ARE READING
Cerpen: Dudaku, Bakal Suamiku
Historia CortaSetelah perkahwinan tiga bulan, Raisyah diceraikan oleh suaminya Aril. Yang menjadikan pertanyaan bekas isterinya. Kenapa Aril berubah sikap? Ketika dirinya masih pegang title isteri, dirinya selalu dimarah, ditengking dan bermacam-macam lagi. Bila...