Awak pernah sayang saya ke?

1.6K 56 0
                                    

"Raisyah."

Kereta Hyundai accent Raisyah baru dihidupkan. Raisyah berpaling. Aril mendekati wanita itu. Matanya tak lepas melihat wajah Raisyah. Matanya yang sederhana besar, bibir kemerahan, hidung kecil molek dan...

Raisyah mengukirkan senyuman.

Senyumannya begitu cantik dengan kedua lesung pipit dipipi. Lama dia perhatikan wajah itu membuatkan Raisyah tak senang berdiri sebelah Aril.

"Em... Awak!"

Raisyah melambaikan tangan depan muka Aril. Baru Aril tersedar setelah lama dia perhatikan Raisyah.

"Awak okay tak?"

"Hmm? Yea I'm okay."

Raisyah menganggukkan kepala lalu tersenyum.

"So, Anis macam mana? Dia okay tak?"

"Insya'allah dia akan okay lepas ni."

Raisyah mengingati semula waktu dia dalam bilik bersama Anis. Bermacam nasihat Raisyah beri padanya. Cuma tinggal Anis saja mahu mendengar atau tidak. Harap-harap Anis tak jadi berpisah.

Mengapa harus beri ruang pada orang ketiga. Sedangkan kita orang pertama lebih berhak atas dirinya. Salah satu nasihat Raisyah bila Anis tetap nekad hendak bercerai. Daripada dia berpisah, lebih baik dia perbetulkan keadaan.

"Saya kasihan dengan Anis. Bertahun dia bercinta sejak sekolah menengah lagi. Lepas tu bertunang setahun dan kawin baru tiga tahun. Tup-tup dia nak cerai. Saya tahu Anis mesti sedih sangat. Saifulkan lelaki pertama yang dia pernah cinta."

Raisyah mengeluh kecil. Sekali lagi renungan mata Aril tertacap diwajah manis Raisyah. Setelah tiada respon dari Aril, wanita itu melirikkan mata ke arah Aril yang setia dengan pandangan redupnya. Raisyah menelan air liur.

"Awak macam mana?"

Naik kedua kirai Raisyah mendengar pertanyaan Aril.

"Maksud awak?"

"Waktu kita bercerai. Awak tak rasa sedih ke?"

Raisyah buat-buat geli hati. Dia tergelak depan Aril.

"Takdelah. Lagipun kita bukan bercinta. Kita dipaksa kahwin. So, bagi saya memang takde beza pun kahwin dengan awak atau cerai."

Hatinya mula rasa gelisah bila Aril bertanyakan mengenai hal mereka. Dia menundukkan kepala. Raisyah takut dirinya tak dapat menahan dari berterus terang tentang perasaannya. Biarlah perasaan sayangnya terhadap lelaki ini menjadi rahsia dirinya.

"Awak tak pernah ada perasaan sayang dekat saya ke? Walau sedikit?"

Raisyah semakin gelisah. Dia mengeluh kecil.

"Awak tak payahlah ungkit semula cerita kita. Lagipun sekarang ni kita mesti fikirkan pasal Anis. Dia sekarang dalam masalah. Awak cuba-cubalah beri dia nasihat ye?"

Pantas tangan Raisyah membuka pintu kereta. Cuba untuk lari dari soalan cepumas Aril. Pantas lagi tangan Aril menutup semula pintu kereta Raisyah. Terkejut wanita itu.

"Tapi saya nak tahu perasaan awak pada saya. Awak pernah cintakan saya ke tak?"

Raisyah mendongak melihat wajah serius Aril. Matanya tak lari dari melihat Raisyah.

"Aa... Awak. Saya dah tak nak fikir..."

"Kalau awak tak bagitahu saya. Sampai bila-bila saya takkan dapat lupakan awak!"

Sedikit tinggi suara Aril. Besar mata Raisyah. Apa maksud dia? Baru sedar wajah Aril begitu dekat dengan Raisyah dan membuatkan jantung Raisyah berdegup pantas. Tak sempat Raisyah melangkah kebelakang, kedua tangan Aril memegang bahu Raisyah.

"Please... Jangan seksa saya macam ni."

"Sa... Saya tak faham."

Aril menundukkan kepala lalu menarik nafas dan hembus perlahan. Aril merenung kedalam mata Raisyah.

"Sekarang saya baru sedar. Saya dah kehilangan orang yang saya cinta. Kali ini saya tak nak kehilangan orang tu buat kali kedua."

Aril terdiam. Raisyah pula terkaku mendengar luahan hati Aril. Kelihatan air mata ditubir mata lelaki itu.

"Saya nak rujuk semula dengan awak." Besar mata Raisyah.

"Saya cintakan awak Raisyah."

Tertumpah jua akhirnya air mata lelaki itu. Begitu juga dengan Raisyah. Ligat otaknya memikir dengan kata Aril sebentar tadi. Tiba-tiba Raisyah tertawa kecil. Hairan Aril.

"Awak ingat tak hari ni hari apa?" Berkerut kening Aril.

"Setahun anniversary kawin kita."

Tarikh bila Raisyah sudah sah menjadi isteri kepada Aril memang tak akan pernah dia lupakan. Kerana tarikh itulah hari bahagia bagi Raisyah. Peluang yang dia minta tak pernah Aril endahkan. Peluang untuk Aril terus mengenali dirinya.

"Waktu saya masih bergelar isteri awak. Saya pernah minta peluang untuk awak kenal saya dalam tempoh setahun. Tapi awak tak pernah ambil peduli. Lepas kita bercerai, sikap awak terhadap saya berubah. Selepas perkenalan kita tepat setahun, awak boleh melafazkan kalimah itu? Kalimah yang saya ingin dengar sewaktu saya masih bergelar isteri awak. Bukan selepas menjadi Bekas Isteri Awak."

Raisyah menekan perkataan 'Bekas Isteri Awak' itu. Semakin pantas air mata Raisyah mengalir. Aril mengaku dirinya silap kerana terlalu mengikuti kata hatinya.

"Awak..." Rayu Aril.

"Aril."

Suara Mak Erma memanggil Aril tak jauh dari mereka. Raisyah menoleh Mak Erma dengan linangan air mata dan menoleh semula ke arah Aril.

"Maafkan saya."

Tangan Aril yang sedari tadi dibahu Raisyah, ditepis lalu Raisyah masuk kedalam perut kereta dan meninggalkan Aril yang masih terkaku disana. Air mata lelaki itu mengalir pantas. Dia kesal.

Setelah kereta Raisyah sudah hilang dari pandangan, Aril terduduk ditepi jalan. Pantas Mak Erma berlari mendapatkan Aril.

"Aril! Kenapa ni?"

Cemas suara Mak Erma setelah melihat anaknya terduduk menangis.

"Aril menyesal mak. Aril menyesal!"

"Jangan macam ni sayang."

Mak Erma peluk tubuh Aril. Inilah kali pertama Mak Erma melihat anak lelakinya mengalirkan air mata. Dalam hati tertanya-tanya apa sebab Aril menangis begini. Apa yang sebenarnya dia kesalkan? Mak Erma turut mengalirkan air mata melihat keadaan Aril sekarang.

"Aril menyesal ceraikan dia. Aril sayang dia mak."

"Ya Allah. Aril..."

Semakin deras air mata Mak Erma mendengar pengakuan Aril. Abah Rahman yang baru menjejakkan kaki keluar rumah hairan melihat isterinya dan anak lelakinya menangis diperkarangan rumah mereka. Dengan pantas Abah Rahman menghampiri mereka berdua dan bawa masuk kedalam rumah minta penjelasan.

Cerpen: Dudaku, Bakal SuamikuWhere stories live. Discover now