Saya nak!

1.7K 48 0
                                    

Sudah 5 hari Raisyah menetap dirumah orang tuanya. Raisyah mengambil cuti seminggu tanpa gaji. Kerana ingin tenangkan fikirannya. Rumah orang tuanya adalah satu-satunya tempat dia tenangkan fikiran. Kerana rumah itu berdekatan dengan pantai dan disinilah dia membesar.

Dari tadi Raisyah duduk dibuaian diluar rumah dengan angin pantai meniup lembut.

"Syah." Raisyah berpaling.

"Ye mak?"

Mak Jainah tersenyum manis lalu mendekati Raisyah. Dia turut ikut duduk dalam buaian kayu yang dibuat oleh suaminya waktu Raisyah masih kecil lagi.

"Anak mak fikir apa tu?"

Raisyah tersenyum.

"Takde apa mak. Nak ambil angin je. Lama tak rasa angin pantai ni."

"Itulah, jarang sangat balik kerumah. Mestilah tak rasa angin pantai."

Perli Mak Jainah. Tertawa Raisyah. Dia tahu dia jarang sangat luangkan masa balik kampung jenguk Mak Jainah dan Abah Ahmed.

"Macam mana nak balik mak? Syah kerja dibandar. Jarang sangat ada masa nak balik. Kadang hari minggu pun syah kerja."

Mak Jainah jeling Raisyah.

"Kerja apa yang sibuk sangat kat bandar tu? Sampai nak jumpa mak sendiri pun susah."

Adu Mak Jainah. Raisyah satu-satunya anak yang mereka ada.

"Biasalah mak. Kadang ada customer nak jumpa hari minggu sebab waktu tu je diaorang free. Syah pun okay jelah. Daripada takde apa nak dibuat."

Jelas Raisyah. Nak cari duit lebih, kena ambil kerja lebih. Gaji baru lebih.

"Hmm... Kalau macam tu. Baik syah berhenti saja. Syah boleh tinggal sini teman mak. Kita jual makanan. Nak?"

Cadangan Mak Jainah buat Raisyah tergelak. Pantas Mak Jainah tampar paha Raisyah.

"Orang kata betul. Dia pula ketawakan kita."

"Takdelah. Mak tu. Sekejap kata itu. Sekejap kata ini. Hari tu mak yang suruh Syah berdikari sendiri. Cari kerja walapun hujung minggu bekerja takpe. Janji ada income. Dah ni lain pulak?"

Raisyah masih lagi dengan sisa tawanya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap, sendiri mahu fikir.

"Kerja, kerja jugak. Tapi janganlah sampai tak ada masa untuk rehat."

Raisyah menganggukkan kepala. Lama mereka berdiam. Melayan suasana yang sangat indah dengan buaian. Tangan Mak Jainah dipegang dan digengam manja. Tersenyum Mak Jainah.

"Syah."

Lembut suara Mak Jainah memanggil. Raisyah menoleh sebelah.

"Em?"

"Syah tak nak bisnes je ke? Kita jual makanan."

Raisyah tersengih. Masih belum habis lagi topik pasal jual makanan ni? Bisik hati Raisyah. Dia tahu Mak Jainah nak sangat Raisyah tinggal bersama-sama mereka semula.

"Kalau nak bisnes tu okay je mak. Tapi kita kena ada modal."

"Alaa jual online je. Bukan banyak pun. Kita send menu dekat sepupu, jiran, kawan-kawan. Mesti modal tak banyak kita gunakan?"

Besar mata Raisyah mendengar.

"Pulak dah. Mak dah tau guna online ke mak?"

Dengan bangganya tangan kiri Mak Jainah mengangkat kolar baju blouse. Tergelak Raisyah.

"Mak modernlah katakan."

Raisyah mencebik dan buang pandang melihat kawasan perkampungannya. Wajah Raisyah direnung Mak Jainah yang terkena cahaya matahari. Terbit rasa kasihan pada Raisyah yang diceraikan dalam usia semuda ini. Kalau bukan sebab Mak Erma adalah sahabat baik Mak Jainah, mungkin tak mudah untuk dirinya menerima lamaran Mak Erma.

"Syah."

"Ye mak?"

Tanpa menoleh Raisyah menjawap panggilan Mak Jainah.

"Syah taknak kawin lagi ke?"

Pantas Raisyah menoleh Mak Jainah. Hairan jugak bila Mak Jainah tiba-tiba tanyakan pasal hal kawin. Dah lama rasanya Mak Jainah tak sentuh pasal hal kawin ni.

Aril ada kata apa-apa pada mak ke? Bisik Raisyah.

"Nak kawin dengan siapa? Malaslah nak fikir pasal kawin ni mak. Buat sakit kepala je."

Raisyah buang pandang melihat pantai yang jauh itu. Mak Jainah tersenyum melihat wajah anaknya.

"Macam mana kalau ada yang nakkan Syah. Syah terima tak?" Duga Mak Jainah.

Raisyah tergelak. "Siapa yang nakkan janda macam syah ni mak?"

"Saya nak!"

Tersentak Raisyah dan Mak Jainah mendengar suara garau dibelakang tak jauh dari mereka. Pantas mereka menoleh belakang. Besar mata Raisyah melihat Aril ada disini. Mata Aril tak lepas melihat Raisyah. Mak Jainah berdiri dan diikuti Raisyah.

Aril menghampiri Mak Jainah dan salam dihulurkan lalu mencium tangan orang tua itu.

"Assalamualaikum. Apa khabar mak?"

Mak Jainah menoleh Raisyah dengan wajah kebingungan.

"Wa'alaikumsalam. Mak sihat."

Tidak ada kata yang lain ingin Mak Jainah katakan sekarang. Mak Jainah masih lagi tertanya-tanya tentang kehadiran Aril.

"Aril duduklah. Borak-borak dengan Raisyah. Mak pergi buat minum dulu ye."

Aril cuma menganggukkan kepala. Selepas Mak Jainah berlalu, Raisyah yang berwajah cemas turut ingin meninggalkan Aril sendiri. Tapi Aril lebih pantas menghalang jalan Raisyah. Wanita itu tersenyum kelat saat dirinya dipandang dengan pandangan nakal Aril.

"Saya nak."

Berkerut kening Raisyah.

"Nak apa?"

"Nak awak."

Raisyah buang pandang lalu membelakangi Aril dan melabuhkan punggung atas buaian itu. Aril tersenyum. Dia mengekori Raisyah dibuaian kayu itu dan berdiri sebelah. Nak join duduk sekali, apa orang cakap pulak?

"Besuk keluarga saya masuk meminang awak."

Terhenti kaki Riasyah mengayunkan buaian itu. Pantas dia menoleh Aril.

"Meminang?"

"Ye! Kalau tahun lepas mak paksa saya untuk kawin dengan awak. Tapi kali ni saya yang paksa mak untuk meminang awak."

Raisyah terus berdiri.

"Awak gurau je kan?"

Dia tersenyum manis lalu mendekati Raisyah.

"Saya serius."

Terdiam Raisyah.

"Kali ini bila kita dah kawin buat kali kedua. Saya janji saya akan layan awak seperti layanan seorang suami pada isteri. Sebab saya sangat cintakan awak Raisyah."

Lama mata mereka bertaut. Berbagai perasaan yang Raisyah rasakan. Bukan dia nak menolak pinangan Aril. Cuma dia takut sejarah berulang kembali.

Ya Allah, kalau betul dia adalah jodohku, kecil tapak tangan, seluas langit aku tadahkan. Doa Raisyah dalam hati.

Cerpen: Dudaku, Bakal SuamikuWhere stories live. Discover now