"Aku terima nikahnya Raisyah Binti Hj Mohamed dengan mas kahwinnya $300 ringgit tunai."
Sekali lagi aku telah sah menjadi isteri kepada Aril Irwan Bin Rahman. Selepas Aril membaca taklik nikah. Aril menghampiri Raisyah bagi acara pembatalan air sembahyang. Kali ini majlis akad nikah dibuat dalam dewan masjid dengan beberapa tetamu terdekat sahaja.
"Assalamualaikum sayang."
Sapa Aril sebaik saja dia duduk berdepanan Raisyah. Senyuman manis terukir dibibir manis isterinya.
"Wa'alaikumsalam."
Seakan tidak kedengaran jawapan salam Raisyah kerana malu dengan pandangan Aril. Setelah bacaan doa selamat, semua tetamu dibawa kedewan makan.
"Tahniah Kakak ipar."
Anis berlari anak mendapatkan Raisyah. Dialah orang pertama yang gembira bila mendengar Raisyah rujuk semula dengan Aril. Pipi Raisyah dicium Anis. Anak dalam dukungan Anis diberi pada suaminya.
Oh ye! Masalah Anis hari tu. Alhamdulillah lepas beberapa hari, Anis dan suaminya berbaik semula. Anis ikut semua nasihat Raisyah. Ada betulnya. Tak semua salah Saiful. Anis memang ada buat silap yang menyebabkan Saiful tiba-tiba berubah.
Dulu Saiful pernah menegur berulang kali akan kesilapan Anis, dan teguran itu langsung tak diambil kisah oleh Anis sendiri. Itu salah satu sebab mengapa Saiful berubah. Bagi Saiful, apa guna dia jadi suami kalau isteri sendiri taknak dengar teguran suaminya?
Bukankah lepas seorang ayah sudah serahkan anak perempuan pada seorang suami, suami yang harus tanggung semua apa yang dilakukkan isteri?
Raisyah bersyukur sebab Anis berjanji akan berubah demi orang yang dia sayang.
"Thank you Anis."
"Raisyah..."
Raisyah menoleh sebelah melihat kawan sepejabatnya sedang melambaikan tangan. Mereka berpelukkan.
"Congrats. Akhirnya aku dapat juga tengok kau kawin." Raisyah mencebik.
"Sebelum ni aku kawin apa?" Seloroh Raisyah.
"Kawin selama 3 bulan takde makna. Insya'allah perkahwinan kau kali ini sehingga ke Jannah. Aamiin."
Mereka bertiga mengaminkan doa sahabat baik Raisyah lalu tertawa.
"Oh ye! Anis, ini kawan aku. Anis. Anis..."
Raisyah sendiri pening nak perkanalkan adik ipar pada kawan baiknya. Pening sebab dua nama yang sama. Ketawa mereka.
"So, dia nilah adik ipar kau Anis?"
Raisyah menaikkan kedua kirainya. Mereka bersalaman.
"No wonder cantik. Sama dengan nama." Raisyah menjuihkan bibir.
"Kau jangan buat muka macam tu. Tak pasal-pasal nanti masa kau mengandung, muka baby dalam perut kau macam ni."
Anis kawan sepejabat Raisyah sudah mula buat mimik muka.
"Dahlah! Pergi makan sana."
Ketawa Anis melihat Raisyah geram. Adik ipar Raisyah membawa Anis ke dewan makan sebelah belakang. Tiba-tiba pinggang Raisyah dirangkul dari belakang. Terkejut Raisyah dengan perbuatan spontan Aril.
"Awak! Apa awak buat ni? Orang lain tengoklah."
Raisyah cuba melepaskan pelukkan Aril. Semakin erat dipeluknya.
"Biarlah diaorang nak tengok. Sayang dah sah jadi isteri abang tau."
Terkaku Raisyah mendengar Aril membahasakan dirinya 'Abang'. Badan Raisyah dipusing menghadap Aril. Lama wajah isterinya ditatap.
"Cantik betul isteri abang ni. Macam mana boleh abang tak perasaan waktu zaman sekolah ada wanita cantik ni menghendap abang dekat bilik art dulu ye?"
Besar mata Raisyah. Dengan senyuman nakal Aril berkata.
Mana dia tahu aku menghendap dia dibilik art dulu? Bisik Raisyah. Kedua tangan Raisyah dipegang.
"Abang minta maaf sebab tak perasan kehadiran sayang masa disekolah dulu."
Raisyah tersenyum lalu tertunduk malu.
"Abang jugak minta maaf sebab abang tak tahu yang sayang dah lama menyimpan perasaan pada abang sejak sekolah lagi."
Sekali lagi Raisyah hairan. Dia mendongak melihat Aril. Berketar bibir Raisyah hendak bertanya. Aril ketawa melihat wajah hairan Raisyah.
"Abang korek rahsia sayang dari Anis."
Aril mendekatkan wajanya dengan Raisyah. Berkerut kening Raisyah.
"Anis? Which Anis?"
"Berapa banyak kawan sayang nama Anis ni? Takde ke nama Ayu ke? Amoi ke?"
Raisyah tergelak. Kuat betul ingatan Aril dengan kata-kata Anis kawan pejabat Raisyah.
"Cepatlah. Anis yang mana satu?"
Aril turut ketawa.
"Kawan sekolah sayang. Now dia dah jadi adik ipar sayang tau."
Raisyah tersenyum. Ish! Anis ni tak boleh simpan rahsia betul. Marah Raisyah dalam hati. Merona merah pipi Raisyah ketika ini.
"I love you so much sayang. Abang janji akan beri kebahagiaan yang sayang seharusnya dapat waktu pertama kali kita nikah."
Lama Raisyah merenung kedalam mata Aril dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Syukur tak terhingga yang mereka rasakan sekarang. Semoga perkahwinan Raisyah dan Aril kali ini sehingga ke Jannah. Aamin.
*Mencintaimu adalah saat yang paling bahagia buatku
Dicintai oleh dirimu satu anugerah yang terindah buat diriku.
Terima kasih suamiku kerana memilih aku jadi isterimu.
YOU ARE READING
Cerpen: Dudaku, Bakal Suamiku
Short StorySetelah perkahwinan tiga bulan, Raisyah diceraikan oleh suaminya Aril. Yang menjadikan pertanyaan bekas isterinya. Kenapa Aril berubah sikap? Ketika dirinya masih pegang title isteri, dirinya selalu dimarah, ditengking dan bermacam-macam lagi. Bila...