Teacher's Day"Korang cepatlah! Aku tak nak ketinggalan battle tu." gesa HaNa seraya mengheret dua ketul kawannya menuju ke destinasi yang sebenar.
Dia sungguh tidak sabar untuk melihat perlawanan bola tampar yang akan bermula sebentar lagi. Niat sebenarnya dia mahu mengusya NamJoon yang bakal menjadi pengadil dalam perlawanan itu.
HaeRa menggelengkan kepala manakala YeeJin membuat reaksi wajah bosan.
"Eishh lek ah. Lagi 20 minit start. Kau laju-laju nak gi mana?" Kata YeeJin selamba badak.
HaNa hanya menguling matanya lalu menarik HaeRa jauh meninggalkan YeeJin. Sedar sahaja dengan tindakan HaNa, terus dia berlari mendapatkan gadus itu semula.
Siapa suruh cari pasal.
Sesampai ditempat penonton, mereka bertiga duduk dengan selesa. Tidak sampai beberapa minit, HaeRa teringat sesuatu.
"YeeJin-shi, tolong belikan makanan boleh? Hehehe aku lupalah." HaeRa membuat reaksi wajah comel.
"Ha alah! Makanan! Alah bolehlah bolehlah YeeJin yang cantik. Pandai kau HaeRa!"
Kini HaNa pula memujuk YeeJin dengan muka kataknya. Sesekali dia menepuk nepuk bahu HaeRa.
"Ish aku pun nak tengok battle. Kat kantin kena beratur. Takut nanti terlepas."
YeeJin berkeras tidak mahu memberi muka pada dua ketul tu. Malas dia mahu berebut dan beratur dengan budak junior yang kuat makan.
HaNa masih berusaha membuat riak wajah comel kataknya. HaeRa pula tak habis-habis menggoncangkan badan YeeJin.
"Ish! Bak sini duit! Susahkan orang je!"
Akhirnya YeeJin terpaksa mengalah seraya mengutip duit makcik-makcik tu. Rimas apabila diperlaku begitu.
"Gomawo YeeJin yeochin HoSeok yang paling cantik!" HaNa dan HaeRa memeluk YeeJin.
YeeJin mendengus kasar dan berlalu dari situ dengan terpaksa. Dalam Baldie'st dia yang selalu kena buli.
Lama kemudian HaNa teringatkan sesuatu yang dia harus selesaikan. Di satt HaeRa berseronok melayan aplikasi instagram dipandang dengan teragak-agak.
"H-HaeRa, aku baru teringat sesuatulah. Aku lupa nak pulangkan buku yang aku pinjam hari tu. Aku pergi library sat nae?"
HaNa membuat wajah yang comel lagi kiyot tu untuk memukau si HaeRa.
"Battle nak start dah. Ha tak apalah, kau pergilah takut nanti makcik library marah karang hantar buku lambat."
Mata HaeRa masih lekat pada skrin telefonnya. HaNa tersenyum lebar lalu meninggalkan HaeRa keseorangan. Sesekali HaeRa mengerling jam tangannya.
⚪
⚪
⚪
SuBa membuat senaman ringan terlebih dahulu sebelum perlawanan mula. Ini mau kasi mantul punya game.
Gen juga membuat senaman ringan dengan cara yang betul. Silap hari bulan kram kaki tak pasal-pasal lumpuh.
Mereka berdua memasuki perlawanan bola jaring. Diaorang masuk pun sebab terpaksa ganti pemain yang sakit. Senior yang memilih sangat.
Tampo kang.
Semasa mereka bersalaman antara pihak lawan, SuBa ternampak Tuan YoonGi sedang tersenyum sinis ke arahnya.
Hatinya berdebar-debar tatkala melihat senyuman itu. Oh tidak! Bawa bertenang ye.
Prettt start!
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Fiksi Penggemar"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...