"Assalamualaikum Warahmatullah, Assalamualaikum Warahmtullah"
Lima orang jejaka itu menadahkan tangan untuk membaca doa, wajah tekun kelihatan, tidak berani mereka ingin bermain ketika melakukan ibadah, takut Allah murka, hidup pun tidak tenang
"Amiin Amiin Ya Rabbal Alamin"
"Yeay! dah boleh makan!"
Yoongi terus menoleh kebelakang dan berkata
"Eh! siapa yang bagi kebenaran kau bangun pergi makan? kau duduk sekarang"
"Tapi-"
"Duduk!"
Taehyung terus duduk semula di tempat asalnya
"Malu je kena marah"
Bisik Jimin kepada Taehyung
"Diamlah budak pendek"
Balas Taehyung
"Kau!-"
"Baru tambah pahala tadi, korang nak tambah dosa yang dah bertimbun balik tu ke?"
Kata Yoongi tegas
"Mana ada! kitorang gurau je"
Yoongi menggelengkan kepalanya lalu mengambil nafas yang dalam
"Sebelum korang pergi makan, boleh tak janji dengan aku sesuatu?"
"Apa?"
"Makan baca bismillah"
Jimin menjeling matanya tanda menyampah
"Yelah, memang selama ni kitorang makan tak baca bismillah pun"
"Haah, makan dahlah tak ingat dunia, suka membazir, aku campak korang masuk batu belah batu bertangkup baru tahu"
"Kau yang patut masuk situ!"
Taehyung berkata, tak mahu kalah gamaknya
"Sebelum aku sumpah kau jadi tanggang, baik kau diam"
Yoongi memandang mereka bertiga dengan pandangan yang ya Ampun, hanya mereka sahajalah yang tahu bagaimana pandangan yang diberikan oleh Yoongi
"Okay, kau menang"
"Aku tak kata pun kita tengah berlawan sekarang ni"
"Dahlah bang! murunglah aku macam ni, asyik aku je kena aim, dua ketul ni tak kena aim pun"
"Dah kau je yang bersuara"
"Yelah, aku senyap"
Taehyung mengalah, memang tidak akan menanglah kalau berlawan mulut dengan abangnya yang bernama Yoongi, memang dislain habis-habisan
"Em, memang nak tunggu makanan dekat dapur tu basi dulu ke baru nak makan?"
Namjoon mencelah, iyalah, perut itu daripada tadi tidak habis berbunyi tanda lapar, jangan sampai perut itu bergerak sendiri cari makanan, mati kejung semua disitu
"Dah bangun, jom makan"
"Makanan! i'm coming bebeh!"
Yoongi menepuk tengkuk Jimin
"Kau perangai elok sikit eh, aku suruh jiran sebelah bungkuskan makanan Doggy karang"
"Okay okay, aku behave"
Mereka semua menuju ke dapur untuk menjamu selera
"Kejap, aku nak ambil telefon dalam bilik"
Yoongi meng'hm'kan sahaja
Namjoon berjalan menuju ke arah biliknya dan masuk ke dalam lalu menggapai telefonnya yang berada di atas katil
Sedang dia melihat adakah dia menerima noti penting, pandangannya beralih ke arah satu siaran
Dia ternampak satu iklan daripada laman facebook miliknya
ANDA MENCARI USTAZ UNTUK MENGAJI?
YE SAYALAH TU TIADA SIAPA LAGI DAH
SAYALAH USTAZ JIN!
BUKAN JIN SYAITAN ITU YA! TETAPI JIN MANUSIA!
CALL CALL LAH SAYA!
NO.:017-*******
ALAMAT:SECRET
STATUS?:SINGLE"Wah! rezeki, baru nak cari dah ada, tak sia-sia aku doa tadi"
Namjoon tersenyum puas lalu terus bergegas pergi ke dapur untuk memberitahu Yoongi berita baik
"Abang yoon!"
Jerit Namjoon
"Apa?"
"Aku ada berita baik!"
"Apa dia tu?"
"Ni, ada iklan pasal ustaz ajar mengaji, anda mahu atau tidak mahu?"
Yoongi meneliti iklan itu
"Boleh percaya ke ni?"
"Aku rasa boleh je, tengok muka nampak macam manusia baik je, kalau talam kau campak jelah masuk sungai belakang rumah"
"Serius?"
"Serius!"
Yoongi mengambil masa satu minit untuk berfikir dan jawapannya
"Bolehlah ni"
"Cun!"
"Ustaz baru?"
Tanya Jungkook
"Iya, ustaz baru yang akan mengajar korang mengaji, jangan buat hal lagi, be a good manusia"
"We will"
Jawab Jimin
Tapi siapa sangka? remaja begini memang susah nak berubah, tersenyum sumbing mereka, tidak sabar sungguh menanti hari esok untuk memberikan kejutan
Doa yang baik-baik sahajalah
TBC
YOU ARE READING
HANTU USTAZ JIN!!
Fanfic[ season 1 = completed ] [ season 2 = coming soon ] "mimpi itu mainan syaitan." -buku ini direka ketika saya masih bersifat kebudak-budakkan lagi, jadi kemungkinan mempunyai ayat yang bercelaru dan memeningkan, maaf dipinta awal-awal, terima kasih ♡...