Hampir seharian aku melihat Chanyeol berada di rumah dan tidak kemana-mana . Dia juga terkurung di dalam bilik . Mungkin tidur kerana keletihan di waktu malam . Sampai sekarang aku masih tidak tahu pekerjaan apa yang dilakukan dia ? kenapa dia sering mengelak asal aku tanya pasal pekerjaan ? teruk sangat ke kerja dia ?
//Kring kring// "Omo! Lim sajangnim call pulak!! ". Aku menjadi gelabah tiba-tiba . Sudah aku cakap pada dia yang aku di luar negara sekarang . Bukan apa . Lim sajangnim satu-satunya CEO paling gilakan perempuan yang cantik . Dan semestinya aku juga dalam kategori kegilaan dia . Pernah sekali aku menolak tawaran dia untuk menjadi model di syarikat dia . Terus dia kejar aku sampai sekarang . Apa tak ada model lain ke nak suruh bekerja dekat syarikat dia ? .Tanpa membuang masa aku terus menerjah masuk ke dalam bilik Chanyeol .
"Omma!!!! ". Aku terus menutup rapat mata aku .
"Kau asal main terjah bilik orang ni ?". Soal Chanyeol yang baru mengikat tuala hingga paras pinggangnya .
"Asal aku selalu datang ke bilik Chanyeol time tak kena ni ". Bisikku dalam hati . "Saya nak minta tolong". Ujarku . Wajahnya langsung aku tak pandang . Asal la sexy sangat suami aku lepas mandi ni . Yah Ji Eunmi! kuatkan hati kau! jangan mudah jatuh hati dengan dia!
"Minta tolong apa pula?". Soal Chanyeol sambil mengatur langkah ke arah Eunmi .
"Ni ha nak minta to- omona!! ". Sekali lagi aku menutup muka aku dengan tanganku apabila Chanyeol betul-betul berada dekat dengan aku . Bila dia datang ?!!
"Kau jangan over boleh tak ? jentik dahi kang . Buka la mata kau! .Bukan kau tak pernah nampak laki-laki pakai macam ni dekat syarikat kau . Mesti ada lagi hot punya . Bajet takut sangat asal ". Marah Chanyeol .
"Ishh!! diorang takde la pakai macam awak ni !! one more, saya tak per-" //Kring kring// sekali lagi telefon Eunmi berbunyi . "Awak! tolong cakap dengan CEO ni kejap please!! dia tak henti2 call saya . Saya takut laa". Aku menghulurkan telefon aku pada Chanyeol .
"Asal lak aku kena cakap dengan dia ? bukan dia CEO aku ". Chanyeol sudah mengerut kening .
"Ala tolong la awak ....cakap jangan call saya lagi ..please ". Aku menayang wajah secomel mungkin meraih simpati dari suami aku .
"Haih kau ni . Yelah ". Chanyeol merampas telefon di tangan aku dan menyentuh butang hijau ".
"Eunmi ssi ..aa saya ada tawaran baik untuk awak . Kali ni tema kita tema di tepi pantai . Pakaian awak pun dah cun . Saya akan bayar aw-".
"Pakaian ape? bikini ? bayar berapa ? 100 juta? 200 juta ? setakat duit banyak tu aku pun boleh bagi dekat bini aku ". Potong Chanyeol tiba-tiba ."B-bwoyah ! kau siapa?! ". Lim sajangnim terus meninggi suaranya yang lembut sekali sebentar tadi .
"Kau takde model lain ea nak ambik selain bini aku ? apa dah pupus perempuan dekat dunia ni selain bini aku ? aku siapa ? aku suami dia .Asal?". Nada Chanyeol jelas kelihatan bengis sekali .
"Se-serious ke ni suami aku ". Bisikku dalam hati seraya tersentak dengan percakapan Chanyeol dengan seorang lebih berusia dari dia .
"Su-suami Eunmi ke ? aa haha macam ni , saya ada tawa-"
"Terima kasih je la dengan tawaran tu . Dah jangan call bini aku lagi kalau tak kau berurusan dengan aku lepas ni ". Chanyeol terus mematikan talian ."Nah . Dah settle . Gi keluar aku nak pakai baju ". Chanyeol menghulur semula telefon itu pada aku .
"De?".
"Asal ? taknak keluar ? ha duduk la sini . Aku nak ganti baju ". Tanpa segan silunya Chanyeol sudah membuka suku dari ikatan tuala di pinggangnya .
YOU ARE READING
[✅] My Husband Is A Doctor || P°C°Y
Fanfic"Dia tinggi, kacak, berpenampilan kemas dan agak comel sikit tapi aku tak nampak langsung semua itu sebab... Dia sombong! Super dumb! Silly! Kenapa omma appa kahwinkan aku dengan orang sombong macam ni!? Tah apa la pekerjaan dia? Macam samseng jalan...