🚫Typo menguasai ff! Lol🚫
Eunmi duduk sendirian di wad sambil termenung . Fikirannya tak henti memikirkan Chanyeol . Entah mengapa .
"Arrgh!! aku gila ke !!! asal aku asyik fikir pasal dia je ni !!!! ". Jerit Eunmi seraya mengusutkan rambut . "Kenapa aku banyak buruk sangka dengan dia sangat ....dia bukan mafia okeyy . DOKTOR ! satu pekerjaan cukup hebat bagi orang seperti dia . Kenapa aku cakap macam tu . Aigoo . Macam mana aku nak minta maaf dengan suami aku sendiri ni ". Sekali lagi Eunmi membuang pandangan ke arah jendela disebabkan katilnya menghadap tingkap sebesar bilik VIP itu .
"Harini aku boleh balik rumah dah . Omma taknak datang ambil ke? kol berapa dah ni ". Eunmi merenung jam di dinding .
//Tok tok tok// Chanyeol mengetuk bilik Eunmi sebelum memulas tombol pintu . Dipandang wajah Eunmi sambil senyum tak lekang di bibir . Hari ini dia mendapat berita baik iaitu dia akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua di bahagian pakar bedah . Kabar itu sangat memuaskan hatinya . Mungkin kerjanya akan lebih sibuk dari sediakala .
"Aigoo jangan senyum !! .Asal aku macam ....ani ani !! aku tak boleh suka dia!! macam mana kalau ..arghh serabut tol ". Jerit Eunmi dalam hati .
"Sayang dah ok ?". Soal Chanyeol lalu melabuhkan punggung duduk di sebelah Eunmi .
"Erm makin ok je ni abang . Cuma badan sayang rasa lenguh sikit ". Eunmi memegang bahunya . "Aku dah tak rasa janggal dengan dia.....mungkin sebab cara dia layan aku ". Bisik Eunmi dalam hati .
"Oh . Memang macam tu . Effect dari ubat abang letakkan . Jangan risau , urut sikit je tu nanti ok la . Pukul 12 nanti sayang dah boleh balik . Nak abang hantarkan atau call omma datang ambil ?". Soal Chanyeol lagi .
"Erm abang sibuk ke ? ". Soal Eunmi semula .
"Pukul 12 ni memang time rehat abang , sampai pukul 1 . Ikut la kalau takde pesakit dalam masalah ". Ujar Chanyeol semula .
"Kalau macam tu ..abang hantarkan sayang balik boleh ? Sayang taknak susahkan omma ...". Eunmi menunduk pandangan .
"Boleh je ". Chanyeol tersenyum memandang Eunmi . "Sekarang baru pukul 9 pagi . Sayang rehat la dulu .Jangan banyak bergerak ok ? apa-apa tekan je butang dekat tepi tu .Abang datang nanti ". Chanyeol menolak perlahan tubuh Eunmi baring semula di katilnya .
"Abang ...". Panggil Eunmi .
"Ye ?". Sahut Chanyeol .
"Sayang lapar la ..sayang still kenaa makan makanan hospital lagi ke ? ". Eunmi mencebik .
"Alahai .Buat masa ni sayang kena makan makanan hospital lagi . Nanti balik rumah abang masakkan untuk sayang ok ". Chanyeol mengusap perlahan kepala Eunmi .
"Nae . Gomawo ". Balas Eunmi . "Sejak aku sakit ni baik je Chanyeo layan aku . Nanti bila aku dah sembuh ...dia nak ke layan aku macam ni lagi ? atau dia akan kasar dengan aku macam selalu ? aku suka Chanyeol sekarang sebab aku rasa....aku dah sukakan dia " . Bisik Eunmi dalam hati .
"Ye sama-sama ". Balas Chanyeol sambil tersenyum . "Nanti abang minta nurse hantarkan makanan untuk sayang . Abang nak lawat pesakit abang kejap tau ". Ujar Chanyeol sambil memegang tangan Eunmi .
"Arraso ". Eunmi mengangguk perlahan . "Aku suka bila Chanyeol pegang tangan aku . Terasa seperti diri aku sangat disayangi oleh dia walaupun aku sendiri tak pasti perasaan Chanyeol sebenar terhadap aku ". Bisik Eunmi dalam hati .
Skip!!
.
.
Jam sudah menunjukkan di angka 12 . Chanyeol datang tepat pada masanya di bilik Eunmi .Tanpa mengetuk terdahulu , Chanyeol terus memulas tombol pintu bilik Eunmi .

YOU ARE READING
[✅] My Husband Is A Doctor || P°C°Y
Fanfiction"Dia tinggi, kacak, berpenampilan kemas dan agak comel sikit tapi aku tak nampak langsung semua itu sebab... Dia sombong! Super dumb! Silly! Kenapa omma appa kahwinkan aku dengan orang sombong macam ni!? Tah apa la pekerjaan dia? Macam samseng jalan...