Usai mandi Eunmi cepat-cepat menunggu Chanyeol di ruang tamu . Jam sudah mencecah angka 8 malam . Biasanya Chanyeol akan terus pulang ke rumah jam sebegini .
"Erm sementara Chanyeol nak sampai lagi , baik aku sediakan minuman untuk dia . Hey walaupun aku tak mahir dalam memasak tapi aku mahir dalam minuman tau . Semua jenis minuman aku tau buat". Omel Eunmi sendirian sambil terangguk-angguk .
Eunmi terus menuju ke arah dapur . Dia menilik satu per satu minuman yang tersusun bahagian kabinet .
"Selama aku kahwin dengan dia , aku tak pernah tanya pula tentang makanan dan minuman kegemaran dia . Dia suka minum apa ea? usually lelaki suka coklat. Aku buat je la minuman coklat panas .Kalau badan letih perlukan tenaga!". Eunmi mencapai bekas yang berisi serbuk koko .
***
Tiba saja di perkarangan rumah agamnya , Chanyeol keluar perlahan dari kereta sambil membawa beg hitam di tangannya . Beg yang selalu dibawanya kemana-mana saja kerana mempunyai laptop dan dokumen penting . Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dia ternampak sepasang heels merah di hadapan pintu masuk ."Dia dah balik ". Ujar Chanyeol perlahan seraya melepaskan keluhan kecil . "Syukur la dia selamat sampai ". Bisik Chanyeol dalam hati .
Chanyeol membuka kunci pintu dan memulas tombol lalu melangkah masuk perlahan-lahan .
"Hm? ". Televisyen di ruang tamu terpasang namun kelibat Eunmi tidak kelihatan .
Eunmi menuju ke arah ruang tamu sambil membawa minuman coklat di tangannya .
"Abang! dah balik?!". Eunmi menguntum senyuman .
"Erm". Balas Chanyeol bersahaja sambil menutup pintu .
"Abang , duduk la dulu . Sayang buatkan air coklat ni ". Eunmi meletakakn minuman coklat panas itu di atas meja lalu menepuk perlahan sofa di sebelahnya .
"Saya letih . Saya nak mandi , nak rehat". Tanpa mengendahkan Eunmi ,Chanyeol terus berlalu pergi .
"A-abang..". Eunmi memandang Chanyeol berlalu pergi . "Mesti dia letih sangat2 tu . Yah Eunmi , suami kau setiap hari bertaruh nyawa menyelamatkan pesakit ,kau nak cakap banyak pula dengan dia ". Omel Eunmi sendirian . "Tapi..kenapa dia masuk ke dalam bilik dia? kenapa tak masuk dalam bilik aku macam selalu ?". Soal Eunmi sendirian .
***
Chanyeol melepaskan keluhan berat setibanya di biliknya . Hatinya sakit sekali apabila memandang wajah wanita itu ."Maaf Eunmi ..aku tak dapat layan kau macam sebelum ni lagi ..hati aku cukup sakit dengan semua tu ". Bisik Chanyeol perlahan .
***
Jam sudah menunjukkan 12 malam . Eunmi menolak perlahan pintu bilik Chanyeol sambil membawa bantal di tangannya ."Maaf , sayang bukan nak ganggu abang tapi sayang tak boleh tidur la sorang2". Kata Eunmi perlahan lalu menuju ke arah katil Chanyeol .
Eunmi meletakkan perlahan bantal kepala di sebelah Chanyeol . Chanyeol tidur membelakanginya .
"Sayang rindu abang sangat2 ". Bisik Eunmi perlahan lalu memeluk tubuh Chanyeol dari belakang .
"Saya pun rindu awak..". Bisik Chanyeol dalam hati yang tersedar dari tidur ketika Eunmi memeluk tubuhnya dari belakang .
Skip!!
.
.
Chanyeol bangun awal ketika Eunmi masih lagi tidur dibuai mimpi . Tubuh Eunmi di katilnya dipandang sekilas sebelum berlalu pergi . Chanyeol menuju ke arah dapur . Dia menyediakan minuman susu dan makanan seperti telur separuh masak bersama daging bakar . Usai menyediakan semua makanan itu dia terus berlalu pergi .Eunmi tersedar dari tidurnya apabil terdengar bunyi deruman kereta di halaman rumah .
"Eo ? abang!". Eunmi cepat-cepat bangun lalu menuju ke arah tingkap bilik . "Ala abang dah pergi". Eunmi mencebir bibir . Dia hanya mampu melihat kereta Chanyeol keluar dari halaman rumah .
YOU ARE READING
[✅] My Husband Is A Doctor || P°C°Y
Fanfic"Dia tinggi, kacak, berpenampilan kemas dan agak comel sikit tapi aku tak nampak langsung semua itu sebab... Dia sombong! Super dumb! Silly! Kenapa omma appa kahwinkan aku dengan orang sombong macam ni!? Tah apa la pekerjaan dia? Macam samseng jalan...