CHAPTER 25

393 64 10
                                    

"Kenapa? Awak tak cam Soonhyun ke?"

"S-Saya" Hyunji cuba mengawal riak wajahnya yang resah dan dia cuba kembali tenang.

"Shuut, bukan salah awak pun. Saya yang salah, kalau saya tahu pekara sebenar benda ni tak akan jadi. Maafkan saya Hyunji"

Soonyoung menundukkan kepalanya. Dia malu untuk menatap wajah wanita itu lama. Jujur, dia malu untuk berjumpa dengan wanita itu tetapi dia cuba menebalkan mukanya demi memperbaiki hubungan mereka.

Tak salahkan?

"Gwenchana, benda dah jadi." Dengan berani Hyunji mengusap lembut tangan bekas suaminya.

"Awak masih marahkan saya ke?" Bergetar suara Soonyoung apabila mengukapkan perkataan tersebut.

"Hmmmm saya" Dia cuba meninggikan egonya tetapi hatinya rentak apabila melihat jejaka tersebut berasa tidak tenteram akan perbuatan dirinya yang dahulu.

"Tak, saya tak marahkan awak pun. Cuma saya masih tak boleh maafkan awak"

"Kenapa awak tak marah saya lagi?"

"Mungkin sebab kemarahan saya tak sama macam kemarahan bekas suami saya." Balas Hyunji sambil tersenyum sengit melihat gelas di atas meja.

"Awak tengah perli saya ke ni?"

"Eh terasa ke? Hmmm, Saya tak marahkan awak sebab saya bersyukur yang awak jaga Soonhyun dengan baik. Mula-mula saya risau kalau Soonhyun tak dapat kasih sayang yang secukupnya selepas kehilangan saya disisi tapi saya salah."

"Bila saya tengok dia yang peramah dan petah berkata. Saya lega dan pilihan saya tepat sebab tinggalkan dia dengan awak. Terima kasih Soonyoung"

"Awak tengok je dia macam tu tapi awak tak tahu isi hati dia. Anak awak macam tu sebab dia taknak orang lain tengok dia sedih. Pernah sekali tu dia menangis waktu malam, dia cakap dengan saya yang dia nak kan eomma" keluh Soonyoung perlahan.

"Kenapa awak tak kahwin lagi satu je? Kita kan dah bercerai?" Soal Hyunji.

"Awak cakap memanglah senang, awak tu pulak dah kenapa masih tak kahwin sampai sekarang? Kan kita dah cerai" balas Soonyoung sambil mempamerkan senyuman sengit.

"Itu sebab s-"

"Sebab awak masih tak dapat lupakan saya kan Kwon Hyunji?"

Hyunji diam tapi apa yang dikatakan oleh Soonyoung memang tepat sama sekali. Cuma ego yang jadi penghalang.

"Macam tu jugaklah saya. Walaupun awak menghilang hampir empat tahun tapi perasaan ni tak dapat hilang dari hati saya. Soonhyun pulak setiap malam dia akan cuba korek rahsia pasal awak dari saya. Kami perlukan awak Hyunji, kalau tak pun awak kembali demi Soonhyun."

"S-saya rasa s-aya tak l-layak Soonyoung" wanita itu mengengam seluarnya. Baginya dirinya ini adalah ibu yang kejam sebab sanggup meninggalkan anaknya semasa dalam proses pembesaran.

Soonyoung yang melihat ingin sahaja dia memeluk wanita tersebut tapi malangnya.  dia belum cukup berani untuk melakukan sedemikian jadi dia hanya mengusap lembut rambut wanita itu. Hanya dengan cara ini sahaja dapat menenangkan wanita tersebut seperti mana dia pernah buat suatu ketika dahulu.

"Hyunji, bukan salah awak. Kalau macam tu apa cara yang boleh saya tebus supaya awak boleh maafkan saya?" Soal Soonyoung yang akhirnya berjaya menyampaikan hasratnya.

"Appa?Appa buat apa tu?"

ⓒⓞⓝⓣⓘⓝⓤⓔ

"Take care of your health and stay at home" ♡ツ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Take care of your health and stay at home" ♡ツ

Thanks sebab baca 😃

Vote and Comments 😁

 [✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢWhere stories live. Discover now