Prolog

72 2 0
                                    

2026, Malaysia.

"Sekarang dah pukul berapa?" tanya Syarleena. Ingin saja dia mengesat peluh yang merenik di dahinya sedari tadi. Namun niatnya itu ditahan. Masakan dia mahu merosakkan solekan di wajahnya itu. Penghawa dingin yang bersuhu rendah pun tidak dapat mengurangkan bahang yang dia rasakan di wajahnya saat ini. Ditambah pula dengan debaran di dadanya yang kian menggila.

"Err... dah pukul 11, cik." jawab tukang soleknya itu. Tuala kecil di tangannya ditekan lembut pada muka Syarleena. Dia tahu perempuan itu berasa gelisah. Macam tak senang duduk aje. Dari tadi kalau tak gerak sana, gerak sini memang tak sah. Biasalah tu bakal pengantin perempuan. Mestilah nervous kan.

Syarleena menatap wajahnya di cermin. Kening dah cantik. Macam omputeh selalu kata, eyebrows on fleek gitu. Warna gincunya juga tidak berapa terang. Warna pinkish style orang Korea. Nampak natural aje. Dia sendiri yang minta. Nasib baik dia suruh tukar. Kalau diikutkan taste tukang soleknya itu. Mahu diletaknya warna merah terang. Tak sesuai langsung dengan dirinya itu! Dia ingin tampak muda seperti remaja pada hari perkahwinannya. Bukan nampak seperti Cik Dracula yang dahagakan darah!

Lamunannya terhenti sebaik sahaja kedengaran pintu diketuk bertalu-talu.

"Syaaa, pengantin lelaki dah sampai! Keluarlah cepat. Lama nau nak bersiap. Taulah nervous nak jadi isteri orang dah. Hahahahahaha." usik mamanya dari luar.

"Ye, kejap lagi Sya keluar." laung Syarleena dari dalam kamarnya. Wajahnya diperhati sekali lagi untuk memastikan tiada apa yang kurang atau terlebih. Setelah berpuas hati, Syarleena menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Aku kena yakin aku boleh buat, monolog hatinya.

Tombol pintu dipulas. Dia keluar bersama-sama tukang soleknya. Langkahnya diatur menuju ke ruang tamu. Jantungnya mula memainkan irama rock. Sedang ralit dia berfikir untuk mengalihkan perhatiannya ke arah lain supaya dia tidak merasa resah, matanya tertancap pada sepasang mata lelaki yang dia cintai. 

Mulutnya seolah dikunci untuk mengeluarkan sebarang kata-kata. Tidak tahu untuk berasa gembira atau sedih. Dia sebenarnya keliru antara perasaan suka atau benci terhadap lelaki itu. Ya, dia memang mencintai lelaki itu dengan seikhlas hatinya. Tetapi pada masa yang sama, terselit rasa benci yang tidak dapat dia ungkapkan dengan kata-kata. Dia tidak pasti keputusannya untuk mengahwini lelaki ini benar atau tidak. Yang dia tahu, dia tidak mahu sesiapa mengambil lelaki itu dari dirinya. Titik.

PlatoWhere stories live. Discover now