1st CerPen by EYRA SHAZLEYRA
+ Cerpen ini spontan terhasil berikutan isu yang melanda negara.
+ Berikutan peningkatan mangsa yang dikesan positif Covid-19 dan meninggal dunia.
+ Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh PM.
...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LIMA hari menghadiri Jord Ijtimak di Sri Petaling, suami pulang dengan wajah ceria. Anak-anak bersorak riang. Maklumlah dah lima hari tak berjumpa abah dia. Siap mandi menyegarkan tubuh, anak-anak yang tak sabar mahu bertemu terus menerkam. Yang adik dah erat mendakap leher, yang abang sudah memanjat belakang. Mujurlah suami seorang yang bertubuh 'sado'. Kalau tak memang boleh tumbang.
Aku hanya memerhati dari meja kerja. Bukan tak merindu suami sendiri. Tapi kerana sudah biasa ditinggalkan, semua itu menjadi bukan luar biasa lagi. Rindu isteri pada suami dan sebaliknya, sampai masa akan terlempias jua.
Seperti biasa suami bercerita tentang kedatangan jemaah yang cukup ramai. Dari pelbagai bangsa dan negara. Kalau jemaah dari luar sudah semestinya hensem-hensem, tubuh tinggi dan tough. Dengan biji mata berwarna biru, jawline dan jambang yang menjadi kegilaan wanita zaman sekarang.
Seperti biasa aku mengiyakannya. Dan sempat mencebik sambil bertanya kenapa tak suami 'bagi ayat' sikit pada jemaah bujang yang hensem dan tough tu? Manalah tahu kut boleh tersangkut jadi adik ipar?
Suami masih membayangkan keadaan. Benar dia suka hati dengan perhimpunan kali itu. Dan aku tetap menjadi pendengar setia.
Kerja suami dalam jemaah tabligh, menyampaikan dan memanjangkan risalah Nabi s.a.w untuk umat akhir zaman, aku sebagai isterinya perlu ikut serta atau semua itu menjadi sia-sia. Kerana dakwah bagi seorang muslimat bermula di rumah. Pada anak-anak. Suami kata kalau isteri tak menyokong usaha suami, umpama kisah Nabi Nuh dan Nabi Luth. Kisah benar usaha dakwah yang tidak mendapat kekuatan dari isteri bahkan ditentang.
Insha-ALLAH, aku akan menyokong setiap usaha yang suami lakukan. Kerana aku tak nampak ia membawa keburukan. Bahkan mendatangkan rahmat dan limpahan kasih sayang.
Mana mungkin kerja Nabi s.a.w mendatangkan keburukan pada umat? Kerana Rasulullah s.a.w merupakan pesuruh ALLAH. Diutuskan oleh ALLAH sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam. Rasulullah s.a.w diutuskan untuk menyebar agama islam. Agama kebenaran yang merangkumi segala aspek kehidupan. Jadi ia membawa maksud jika aku menidakkan kerja suami umpama aku menidakkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w utusan ALLAH Taala. Nauzubillah.
Demi ALLAH, aku menyokong setiap usaha suami. Kerana sekarang aku telah diberi kefahaman dengan izinNYA. Benarlah kata suami, tahu dan faham takkan sama. Untuk faham kerja dakwah perlu melalui apa yang mereka lakukan. Berkorban diri, harta dan masa untuk jalan ALLAH.
Dan kehidupan dilalui seperti biasa. Seperti hari-hari sebelum ini dengan izinNYA. Alhamdulillah dengan udara yang dihembus. Kerana jika ALLAH Taala mengkehendaki kita untuk membayar harga setiap nafas yang disedut, nescaya kita manusia takkan termampu. Lalu semua itu perlu disyukuri.
Bagaimana cara untuk bersyukur? Mentaati perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya. Bagaimana cara untuk mentaati perintah ALLAH dan meninggalkan larangan? Dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. merangkumi sunnah dakwah, adab dan ibadat.