Memori
"Weh asal kau tak lepak tempat biasa?" Soal Arfan yang mula melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Izmeer.
"Saja." Jawab Izmeer ringkas.
Arfan mula mencebik apabila melihat Izmeer yang seperti malas mahu melayannya.
"Ish, mana Qib ni? Beli makanan pon lembab." Bebel Arfan sendiri sambil menongkat dagu.
Seperti teringatkan sesuatu, dia mula menepuk meja yang diduki oleh kami bertiga. Tiba-tiba dia memandang ke arah aku dan Izmeer secara bersilih ganti. Matanya sengaja dikcecilkan memandang kami berdua.
"Apahal kau ni?" Berkerut dahi Izmeer melihat perlakuan rakannya itu. Dahi Arfan ditolaknya ke belakang, menambah jarak di antara mereka.
"Huh, takde apa la." Balas Arfan seraya menjeling Izmeer tajam. Marah mungkin dahinya ditolak kuat sebentar tadi.
Aku hanya menggeleng kepala melihat telatah mereka.
"Hoi Apan! Kau pahal tak tunggu aku? Dah la suruh aku belikan makanan untuk kau, lepastu blah macam tu je. Yahudi betul." Sergah seseorang daripada arah belakang.
"Hehe. Duduk dulu, Qib. Bawa bertenang. Jemput-jemput." Arfan laju menyengih seraya menepuk-nepuk kerusi, menyuruh Qib duduk di sebelahnya.
"Jijik aku nak duduk dekat dengan kau." Qib melemparkan jelingan kepada Arfan sebelum membuat mimik muka gaya menahan muntah.
"Nah ambil ni!" Sekotak sandwich dibaling ke arah Arfan. Mujur Arfan tangkas bertindak menyambutnya. Qib mula mendekati aku sebelum melabuhkan duduk di sebelahku.
YOU ARE READING
The Greatest Failure
RandomGagal? 'Aku' yakin semua orang pernah rasa kegagalan dalam hidup. Tapi untuk seorang 'Aku', kegagalan itu sudah menjadi norma hidup. Kehidupan yang penuh dengan KEGAGALAN. Sampai satu detik, 'Aku' diacampakkan ke dalam realiti yang sama. Tetap a...