LFDW - Chapter 72

1.1K 89 4
                                    

Jika mempunyai masa yang terluang, Jade pasti akan setia menjaga Xander sepanjang lelaki itu berada di dalam wad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jika mempunyai masa yang terluang, Jade pasti akan setia menjaga Xander sepanjang lelaki itu berada di dalam wad. Betapa luluh hatinya melihat keadaan Xander dengan kaki yang bersimen ketika itu.

Makanan yang dimasaknya pagi tadi diletakkan diatas meja. Penutup bekas makanan dibuka dan aroma bau masakan Jade menusuk di hidung Xander sehingga terbangun lelaki itu dibuatnya.

Jade tersenyum kecil.

"Sedap sangat ke bau masakan saya sampai kau terbangun. Saya ada bawa makanan untuk kau so kau kena cuba. Sekarang ni juga," ujar Jade.

"Masak untuk saya ke?" tanya Xander acuh tak acuh. Jujur dia katakan perutnya sekarang serta merta meminta diisi sebaik sahaja terhidu bau masakan yang rasanya begitu lazat sekali.

"Tak lah untuk doktor hot dalam hospital ni," dengan selamba Jade membalas. Aku dah kata tadi dia tanya pula soalan bonus ni.

Mulalah Xander membuat gaya seperti acah acah tengah merajuk konon nak minta perhatianlah tu.

"Yelah taulah saya tak setanding dengan doktor hot dalam hospital ni. Siapalah saya ni yang hanya seorang lelaki biasa yang tiada keistimewaannya tersendiri,"

Amboi merajuk tak bertempat pula dia ni.

Jade mencubit geram pipi Xander. "Saya main main jelah tadi tu. Kenapa?jeles lah tu kan?dah tak payah nak merajuk buka mulut tu saya tolong suapkan,"

Xander kembali tersenyum. "Tolong suapkan je?" kata Xander membuatkan Jade berasa pelik.

"Yelah takkan nak angkat kau pula suruh duduk dekat kerusi hujung tu. Silap hari bulan badan saya pula yang patah sebab angkat anak gajah," kata Jade dan sengaja menekankan perkataan 'angkat anak gajah' itu.

Berkerut terus dahi Xander. Aku tak besar mana pun boleh pula dia samakan aku dengan anak gajah.

"Saya sado je bukan badan besar macam anak gajah ye cik Jade. Saya cuma nak satu kiss dekat pipi atau-" ayat Xander terhenti apabila Jade memintas ayatnya.

"Eleh, dahlah jangan lagi banyak bunyi,"

Xander memuncungkan bibirnya.

"Tak nak makan lah kalau macam ni," rajuk Xander kembali semula.

"Fine kalau tak nak!

PAP!

Terpana terus mata Xander sebaik sahaja Jade memberi satu tamparan perlahan di pipinya. Gadis itu hanya tersenyum menyenget seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Dah buka mulut cepat!" arah Jade.

"Kau tak kesiankan saya ke?ni dahlah tak boleh bergerak. Lepas tu setiap hari hidu bau ubat di hospital je," kata Xander.

"Iya encik Xander. Cik Jade ni tengah kesiankan encik Xander sangat sekarang ni.
Tapi pasal kiss ke apa ke tu boleh tak ketepikan dulu sebab kita tak officially lagi," ujar Jade seraya mengerdipkan matanya.

"Oh, Im forget. Sorry cik Jade. So, will you be my wife?" tiada angin tiada ribut secara tiba-tiba Xander mengatakan soalan itu kepada Jade.

"Cepatnya but its fine and yes of course!tapi tunggu kau sembuh dan sihat seperti sedia kala okey encik Xander?"

"Benda bagus mestilah kena cepatkan. But not too early memandangkan kita berdua nak archieve impian masing-masing dahulu.
But we make a promise that we will be together even its take long time. Can you darling?"

"Yes!Im agree. Thank you too dear,"

Hayden melihat keadaan adiknya di bilik. Sudah lama rasanya dia tidak bercakap dengan Hazel selepas kejadian itu berlaku.
Ketika itu Hazel sedang merenung di luar tingkap biliknya. Entah sudah berapa jam adiknya termenung pun dia sendiri tidak pasti.

"Hazel...masa untuk makan. Dah lah tu jangan bersedih lagi. Lupakan apa yang dah berlalu dan cuba bina hidup yang baru.
Jangan asyik fikirkan hal yang sama," kata Hayden. Dia meletakkan dulang makanan diatas meja.

"Memang senangkan nak cakap lupakan apa yang dah berlalu sedangkan kamu sendiri tak tahu perasaan sakit yang saya lalui semua ini. Kamu tak akan faham dan selamanya tak akan faham perasaan saya!"

Hayden mengeluh. "Hazel, Kris tu cumalah roh bukan manusia. Apa yang sangat membuatkan Hazel sedih sedangkan roh berhak untuk kembali ke tempat asalnya. Hazel apa gunanya nak bercinta dengan roh lagipun berlambak lagi lelaki di dunia ini. Roh dan manusia sangat jauh bezanya Hazel fikir fikirkan lah sendiri,"

Ayat Hayden cukup membuatkan Hazel berasa geram bercampur dengan kemarahan.

"Kalau kau datang tengok aku setakat nak sakitkan hati aku dan bagi ayat tak guna kau tu baik kau berambus dari bilik aku!" Hazel memandang penuh tajam kearah Hayden.

Hayden terkesima dengan kata-kata Hazel yang baginya inilah kali pertama dia rasakan ayat Hazel itu bagaikan tidak menghormatinya.

"Hazel jangan hanya disebabkan Kris yang dah pergi tu kau berubah!"

"Aku tak pernah berubah Hayden. Tapi kau cuma tak faham keadaan aku yang sebenar. Kau anggap semua yang terjadi hari tu mudah untuk aku terima?mudah untuk aku lupakan?hati aku tak akan ada yang faham!semua orang tak faham!"

Air mata Hazel mengalir keluar. Dia menekup wajahnya menggunakan kedua dua belah tangannya. Tak akan ada seorang pun yang akan faham peraaan.

"Im sorry Hazel. Aku cuma tak nak tengok adik aku meratapi kesedihan setiap hari. Aku tak nak kau terus menerus macam ni Hazel. Aku nak adik aku yang dulu yang sentiasa happy. Itu yang aku nak," tutur Hayden dengan perlahan tapi masih didengari Hazel.

"Aku....rindu....dia...Hayden...kenapa Tuhan cepatkan waktu perpisahan kami?kenapa dia pergi dulu dari aku?kenapa semua yang aku tak nak terjadi akan terjadi!kenapa Hayden!!!" jerit Hazel dengan tangisannya.

Hayden segera menarik adiknya ke dalam pelukan."It's okey Hazel...semua ini takdir. Kau perlu berjuang menempuhi semua ini jangan biarkan kesedihan itu membuatkan kau lemah. Kris tak nak tengok kau macam ni. Dia tak akan happy percayalah. Dia juga akan turut sedih kalau Hazel sedih. Jadi biarkan Kris tenang di sana. Kita doakan dia selalu dan tunjukkan diri kau yang kau bukan lemah. Dia nak kau kuat hadapi semua ini Hazel...Kris nak kau kuat hadapi semua ini..."

Hazel teresak esak menahan tangis. Ya aku perlu tunjukkan yang aku bukan perempuan lemah. Kris nak aku kuat hadapi semua ini.

"Hayden nak tengok senyuman Hazel. Smile please. Tak kanlah nak nangis setiap hari buruk pula muka tu,"

Perlahan lahan bibir Hazel mengukir senyuman. Hayden menghembuskan nafas lega. Selepas itu pantas sahaja Hazel mencubit tangan abangnya.

"Kau kata muka aku tadi burukkan?ambik kau cubitan aku!"

"Aduh sakitlah. Ala dah start nak buli Hayden lah tu..."





Enjoy🍀

Hazel kembali ceria
hooray🐾🐾

Jom kita tengok pula
Macam mana cara Xavier nak pikat Hazel jeng..jeng.jeng💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Jangan lupa vote dan comment kalau tak bagi vote/comment pun tak apalah huhu😥
Baca pun author dah hargai sangat💕💕💚

Thanks again ya 😚

ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]Where stories live. Discover now