Katherine memandang Hazel yang masih tertidur dengan pakaian yang masih belum ditukar. Alahai budak ni belum tukar baju rupanya dari semalam.Katherine masuk ke dalam bilik anaknya perlahan-lahan. Dia duduk di tepi katil anaknya yang masih lagi terbuai mimpi indah pada waktu pagi.
"Hazel bangun dah pagi ni," kata Katherine.
Perlahan-lahan matanya dibuka
dan Hazel bingkas bangun dari tidurnya."Kenapa baju belum tukar lagi?Hazel terus tidur ke semalam?"
Hazel menepuk dahinya. Adoi boleh pula terlupa tukar baju apalah yang tak kena dengan aku ni.
"Hehe Hazel terlupa sebab terlalu mengantuk semalam,"
"Tengok tu rambut pun serabai. kesan makeup pun masih ada,"
"Ala mumy ni nak buli Hazel lah tu. Okeylah Hazel nak pergi mandi dulu,"
"Lepas mandi turun di bawah. Mumy nak bincang sesuatu dengan Hazel,"
"Hm okeyy,"
Hazel duduk berhadapan dengan ibunya. Hayden pula di sebelahnya. Entah apa sangat yang mumy nak bincang pun aku tak tahu.
Tea dihirup perlahan oleh Katherine sebelum mula membuka suara.
"Sebelum tu mumy nak minta maaf kalau apa yang mumy nak bincangkan ini buat Hazel tidak selesa,"
"Its okey mumy just teruskan,"
"Pasal semalam tu. Betul ke ni Hazel tak ada perasaan dekat Xavier?mumy dan daddy tak marah pun kalau Hazel terima Xavier jadi suami Hazel lagipun Xavier nak buat persediaan awal supaya dia dapat membahagiakan Hazel," kata Katherine dengan nada yang sayu.
"Tapi kenapa Hazel perlu berkahwin dengan orang yang Hazel tak cinta, mumy?" Hazel menundukkan kepalanya ke lantai.
"Hazel...percayalah dalam hati Hazel tu ada perasaan yang akan datang suatu hari nanti. Kalau kau tak mampu buat semua ini so why not kau buat ni demi Kris.Hayden tahu yang Kris nak Hazel berkahwin dengan Xavier," kata Hayden.
Hazel menggelengkan kepalanya. "Hazel malas nak bincang tentang ni," Hazel berura ura hendak berdiri namun kata-kata Katherine membuatkan langkahnya terhenti.
"Kris mati buat kali yang kedua. Dia menderita teruk dan permintaan terakhirnya pada Hazel dia sangat berharap agar Hazel dapat terima Xavier. Mungkin cara itu akan membuatkan dia tenang di sana,"
Tanpa membalas apa-apa Hazel terus beredar dari ruang tamu.
Xavier memandang lama cincin yang sudah dirancangnya untuk diberikan kepada Hazel tetapi rancangannya itu tidak berjaya.
Cincin itu dimasukkan kembali ke dalam kotak. Tak apa aku tak akan give up.Xavier mengambil kasut nikenya di rak kasut lalu dipakai. Dah lama rasanya tak joging apakata hari ni ambil mood untuk sihatkan tubuh badan.
***Selesai berjoging dia pun duduk di atas rumput yang berhadapan dengan tasik. Peluh yang menitik di dahinya dilap perlahan.
Setelah berehat hampir 10 minit dia pun kembali berjoging namun entah dimana silapnya kakinya terlanggar dengan satu batu lalu terjatuh di atas stepping stones.
Auch!
Apasal aku ni cuai sangat. Buat malu je jatuh depan orang hisy!
"Hazel are you okey?" tanya satu suara yang amat dia kenali.
Perlahan lahan Hazel mendongak memandang pemilik suara itu. Xavier?dia buat apa dekat sini?
"Er...erm...tak...ya saya okey,"
Apasal pula aku gagap ni. Takkan rambut dia yang messy hair gitu pun dah buat aku gagap dengan kedudukannya yang sangat rapat ni.
"I know you are not okey. Mari saya tolong,"
"Tak apa. Saya boleh jalan sendiri," kepala hotak kau boleh jalan sendiri padahal dalam hati menahan sakit. Hazel mengejek dirinya sendiri.
"Okey kalau macam tu saya nak tengok sama ada kau dapat berdiri atau tidak," Xavier berpeluk tubuh memandang Hazel.
"Perlu ke?"
"Saya rasa perlu dan lebih daripada perlu,'
Hazel mendengus geram dalam diam. Dia terus memaksa dirinya untuk berdiri ketika itu.
"Look.Saya dah kata-"
GEDEBUK!
Hazel kembali terjatuh kerana bahagian kakinya ada terseliuh.
"Tadi kata boleh jalan sendiri kan so goodluck. Saya jalan dulu," Xavier hanya berpura-pura berkata sedemikian kerana dia sengaja ingin menguji ego Hazel yang mengalahkan ketinggian gunung Kinabalu.
Xavier yang berura-ura mahu bergerak dipanggil semula.
"Er...Xavier help me,"
Terus senyuman kemenangan terukir di bibir Xavier. Yes!
"Bantu dengan cara yang macam mana?" soal Xavier membuatkan Hazel makin bertambah geram. Dahlah perasaan aku sekarang ni malu!tahu tak apa tu malu?boleh pula dia tanya soalan macam tu.
"Macam mana jelah. Saya tak boleh bergerak ni," berkerut dahi Hazel menahan sakit di bahagian kakinya.
"Fine dear,"
Xavier terus mencempung tubuh Hazel ala ala bridal style. Secara drastiknya Hazel merangkul leher Xavier kerana takut jatuh.
Xavier sempat mengenyitkan matanya."Kan bagus kalau setiap hari begini," kata Xavier dengan selamba.
"Ish diamlah!kau bawa saya pergi mana ni?"
"Rumah," balas Xavier ringkas.
"Rumah siapa?" tanya Hazel dengan pelik.
"Rumah kita," balas Xavier dengan senyuman menggodanya.
Demam ke apa mamat ni?atau salah makan ubat?
Enjoy🍀
Jangan lupa subcribe eh subcribe lah pula hahahaha😂😂😂😂author pun salah makan ubat😂😂😂
YOU ARE READING
ʟᴏᴠᴇ Fʀᴏᴍ Dɪғғᴇʀᴇɴᴛ Wᴏʀʟᴅ ✔ [Completed]
Romance#Rank No.2 in Supernatural [21.08.2020] #Rank No.8 in Humor [18.08.2020] #Rank No.8 in paranormal [27.03.2020] #Rank No.3 in humor[3.04.2020] #Rank No.1 in Paranormal [18.05.2020] #Rank No.1 in supernatural [28.10.2020] [PROCESS IN EDITING] Takdir i...