IAH:13

8K 436 6
                                    

Hazel termenung di tepi kolam renang sambil memeluk tubuh. Sudah seminggu dia disini.

Lepas je peristiwa tempoh hari,layanan Adam kepadanya berubah.Layanan Adam lebih baik. Tidak kasar seperti dahulu.

Sejujurnya Hazel berasa selesa bila bersama dengan Adam. Rasa selamat.

Adakah aku sudah jatuh cinta? Ye aku sudah jatuh cinta dengan kau Adam dan aku tidak boleh menidakkan perasaan aku.

Tapi siapalah aku? Aku tak sesuai untuk kau Adam.

Tanpa Hazel sedar dia melepaskan keluhan berat.

Pusing saja Hazel kebelakang....

"Hoi."sergah Adam perlahan saja tapi kerana terkejut Hazel hilang imbangan.

BUSH!

Adam ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut apabila melihat Hazel yang terkapai-kapai di dalam kolam.

"Kau ingat lawak ke bangang!" marah Hazel. Siapa je tak marah woi! Habis basah kuyup aku dibuatnya.

Hazel menggosok hidungnya yang pedih akibat masuk air.

Adam mencangkung di tepi kolam.

"Seronok mandi? Tulah kuat sangat mengelamun sampai aku kat belakang pun tak perasan." niatnya hanya mahu menegur tapi lain pula yang jadi.

"Seronok. Seronok sangat! Jom lah join." Hazel buat-buat ketawa.

Hazel mendapat idea untuk mengenakan Adam kembali.

"TOLONG! ADAM! KAKI AKU KREM!"jerit Hazel tiba-tiba.

Pada mulanya Adam ingat Hazel sengaja mahu mengenakannya tapi selepas melihat keadaan Hazel yang terkapai-kapai, Adam terus terjun ke dalam kolam dna terus mendapat Hazel.

Tubuh Hazel dipeluk dan dibawa ke darat.

"Kau okay tak?"tanya Adam dengan muka cemas.

Hazel buat-buat batuk.

"Hazel. Aku mintak maaf. Aku ingat kau main-main."rasa serba salah mula menyelubungi diri.

Belakang Hazel yang berlapik ditepuk-tepuk.

"Ha tahu takut kau! Lawaklah muka cemas kau!"kata Hazel. Kali ini dia pula ketawa terbahak-bahak.

Serious lawak gila muka cuak Adam.

Adam menjentik dahi Hazel. Kuat.

"Auch! Sakitlah." Hazel menggosok dahinya yang merah. Boleh tahan sakit jugak.

"Macam tulah sakitnya hati aku." marah Adam . Merah menyala mukanya.

Ni marah? Ke malu?

"Ala sorrylah. Aku gurau je." Hazel cuba memujuk. Rasa bersalahlah pulak. Melampau ke aku bergurau?

Adam diam.

Hazel sudah kecut perut melihat muka dingin Adam. Aura dia menakutkan.

"Kau ingat mati tu boleh buat main ke?!"marah Adam tiba-tiba.

Hazel menunduk. Rasa nak menangis.

Adam mengeluh kasar.

"Aku bukan apa. Aku risaukan kau je. Kang kalau kau mati siapa nak gaduh dengan aku lagi?" Adam pula cuba memujuk.

"Sayang jugak kau dekat aku kan?"

"Mestilah sayang."balas Adam penuh ikhlas.

"Apa kau cakap? Ulang sekali lagi. Tak dengarlah."

Hazel terus mengejar langkah Adam yang sudah masuk ke dalam rumah.

Malulah tu.


***

"Aku tengok Adam dengan Hazel tu rapat semacam je."kata Dato Amrul. Retinanya memerhati saja gelagat Adam dan Hazel yang bermain kejar-kejar. Dah macam budak-budak.

"Kenapa? Kau tak suka ke? Kalau tak suka nanti aku bagitahu Adam." Tas sri Alex juga turut memandang kearah Adam dan Hazel. Kepala digelengkan perlahan.

"Ish tak lah. Aku suka je Adam rapat dengan Hazel. Lagipun Adam tu anak yang baik. Pandai kau didik anak. Tak macam aku."

Tanpa disedari keluhan dilepaskan.

"Apa cakap macam tu. Kita dah buat yang terbaik." Tan Sri Alex menepuk bahu Dato Alex untuk memberikan semangat.

"Aku sebenarnya berkenan juga dengan Hazel tu. Aku tahu dia anak yang baik. Aku ni kenal dia dari kecil lagi. Cuma keadaan yang mengubah dia jadi macam tu. Apa kata kita kahwinkan saja mereka berdua."cadangan Tan Sri Alex .

"Abang jangan macam- macam. Budak-budak tu masih sekolah lagi."sampuk Puan Sri Nairis yang entah muncul dari mana bersama puan Iman.

"Diaorang masih belum matang lagi."tambah Puan Iman.

"Ala saya bergurau je. Chill lah. Tak apa kalau ada jodoh adalah. Kita berserah je."

Meletus tawa mereka berempat.





Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen ye!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now