Matahari belum terpacak lagi tapi Hazel sudah terpacak di dapur sambil menolong Puan Sri Nairis dan Puan Iman membuat sarapan.Entah apa yang merasukinya sehingga rajin begitu.
"Anak aku tu okay tak? Pelik pulak aku tengok. Sebelum ni mana pernah nak masuk dapur. Pemalas. Tiba-tiba jadi rajin."
"Alah bialah. Dah dapat hidayah kot."kata Tan Sri Alex.
Meletus tawa mereka berdua.
"Amboi. Seronok mengata Hazel eh." Hazel datang sambil membawa nasi goreng yang dimasak oleh Aunty Nairis.
"Uncle tak mengata. Daddy Hazel nilah."
"Eh kau...."
"Assalamualaikum."
Semua tertumpu pada tua yang memberi salam.
"Walaikumusalam. Mak Kiah. Mawar. Duduklah sarapan sekali."jemput Tan Sri Alex.
Mak Kiah dan Mawar mengambil tempat di meja makan.
Apa minah ni buat kat sini? Sepoi mood aku betullah.
"Hazel. Nilah Mak Kiah. Mak Kiah lah yang datang bersihkan mansion ni. Ni pulak Mawar. Anak kepada Mak Kiah. Mesti Hazel dah kenalkan?" Tan Sri Alex memperkenalkan Mak Kiah dan Mawar kepada Hazel.
Hazel hanya mengangguk sebagai jawapan. Jelas riak tak sukanya dengan kedatangan Mak Kiah dan Mawar.
"Good morning abang Ian."sapa Mawar kepada Adam yang baru turun. Mak Kiah menepuk paha Mawar. Jelas dia tidak suka dengan perangai Mawar yang gedik itu.
"Good morning."Balas Adam bersahaja
Hazel membuat muka meluat. Ceh! good morning konon.
"Ian tak jogging ke pagi ni? Biasanya selalu jogging."tanya Mak Kiah. Sengaja mahu berbasa-basi.
"Tak. Rasa malas nak jogging." Jawab Adam bersama senyuman.
Hazel merenung tajam pada Mawar yang tergedik-gedik di tepi Adam. Rasa menyampah sangat.
"Eh Mak Kiah dengan Mawar rupanya.Ingatkan siapalah tadi. Bolehlah sarapan sekali."
Mereka semua menikmati sarapan sambil berbual-bual kecuali Hazel yang hanya membisu dengan muka mencukanya.
Hazel cepat-cepat menghabiskan sarapan lalu terus naik keatas. Pinggan pun dia tinggal macam tu saja.
Adam hanya memerhati langkah Hazel yang semakin menghilang.
***
Hazel yang berura-ura ingin ke dapur terhenti langkahnya apabila terdengar perbualan antara Adam dan Mawar.
"Abang Ian ingat tak masa dulu-dulu. Kalau datang je kampung Mawar mesti abang Ian suka makan roti canai kat kedai Pak Kaduk." Mawar merenung Adam dengan senyuman yang melebar.
"Mestilah ingat." Adam membalas senyuman Mawar.
Suasana menjadi sunyi seketika.
"Abang.....Mawar ada benda nak bagitahu abang."kata Mawar takut-takut.
Adam menjongketkan kening.
"Mawar....sebenarnya....dah lama suka kat abang."luah Mawar nekad. Mukanya penuh berharap agar Adam membalas cintanya.
Hazel terkedu. Hatinya terasa sakit. Bagaikan dicucuk dengan pisau belati.
Hazel membatalkan niatnya untuk ke dapur. Dia terus keluar daripada mansion itu.
Kawasan persisiran pantai dituju.
Dia mahu menenangkan dirinya.
Kawasan pantai yang sunyi itu sedikit sebanyak memberikan ketenangan kepada Hazel.
"Hai cik adik. Cantiknya awak."tegur seorang lelaki.
Hazel melihat pakai lelaki itu yang compang-camping. Mukanya tidak ubah seperti penagih dadah.
"Jangan ganggu akulah."Hazel menjauhi lelaki itu. Rasa takut mula timbul.
"Abang tak ganggu. Abang cuma tegur je. Janganlah takut."
Lelaki itus semakin menghampiri Hazel.
"Apa kata awak ikut saya. Kita pergi rumah saya. Jomlah."
Lelaki itu mula bertindak agresif dengan menarik pergelangan tangan Hazel.
Hazel sudah cemas. Dahlah tiada orang di sekeliling dia.
"Lepaslah! Tolong!" Hazel sedaya upaya melepaskan diri namun tidak berjaya.
"Apa? Tolong? Tak....."
BUK!
Lelaki itu jatuh tersungkur apabila ditumbuk seseorang.
Hazel terduduk diatas pasir sebaik saja lelaki itu melepaskan pergelangan tangannya.
Tak sempat berkata apa, lelaki itu terus lari lintang pukang. Tahu takut!
"Kau okay tak?"
Adam membantu Hazel bangun. Mereka mengambil tempat di bangku yang ada berhampiran.
Hazel menggeleng kepala. Dia masih trauma.
"Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?! Menyusahkan orang!"marah Adam.
Hazel terus menangis teresak-esak apabila ditengking oleh Adam. Daripada tadi lagi dia menahan air matanya.
"Hei janganlah menangis. Aku bukan apa....Aku just risaukan kau. Aku tak perkara buruk terjadi dekat kau."rasa salah mula menyelubungi diri Adam. Dia tak patut marah Hazel dalam keadaan macam ni.
"Kau cedera tak?"tanya Adam risau.
Hazel menunjuk pergelangan tangannya yang merah akibat dicengkam oleh lelaki durjana tadi.
Adam melepaskan keluhan.
"Jom balik." Adam menarik lengan Hazel yang berlapik baju.
Apabila sampai di hadapan mansion,langkah Hazel terhenti.
Adam memandang Hazel dengan muka berkerut.
"Kenapa kau berhenti? Jomlah masuk."
"Kau masuklah dulu. Aku masuk kemudian. Takut kekasih kau nampak susah pulak kau nak pujuk dia." Hazel cuba mengalah. Biarlah. Dia sedar siapa diri dia.
"Kekasih? Siapa?"tanya Adam pelik. Sejak bila dia ada kekasih?
"Mawar lah. Tadi aku dengar dia confess dekat kau." Hazel menunduk memandang lantai.
Adam mengeluh.
"Kau ada dengar aku terima ke? Tak kan. Dah jom masuk."
Hazel terdiam.
Dia tak terima ke?
Yeah!!!!!! Ada peluang!!!!! Padan muka kau Mawar kena reject dengan Adam.
Thank you for support!
😋
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Приключения"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...