special | covid-19

205 16 0
                                    

COVID-19

What's the first thing yang akan timbul di fikiran kita?

Ok, seriously, aku tak tahu. Mana lah aku boleh baca fikiran semua orang kan?

Apa-apa pun, post ni sebab random thoughts and biasa lah, bila uni dah tutup, assignment tangguh, ada je la benda nak rant dekat wattpad hehe.

First, alhamdulillah kerana Allah masih berikan kita peluang untuk hidup pada hari ni.

Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari No: 5933) Status: Hadis Sahih

Saja nak kongsi hadith ni. Mana tau boleh relate. 🤭

___

Kali ni, insyaAllah, aku akan sentuh mengenai syukur.

Human rarely be grateful with what they have, right? Jarang sekali manusia bersyukur dengan apa yang mereka. Ada saja yang nak dipertikaikan.

Kita boleh tengok sendiri keadaan kita dalam situasi PKP/MCO ni. Dalam situasi covid-19 ni, terlalu banyak masa lapang yang diberikan kepada kita, tapi, adakah kita cukup bersyukur dengan nikmat masa lapang ni?

Yes, maybe kita boleh cakap, "Bersyukur sangat dapat balik rumah, dapat cuti."

Bersyukur kita pada lisan— first step towards being grateful.

Tapi, apa yang kita praktikkan untuk meluahkan kesyukuran itu? Takkan hanya pada lisan semata-mata, tanpa amal?

Ada sahabat aku pernah cakap, “Bersyukur kita bukan hanya pada lisan. Bersyukur kita mengarahkan segala nikmat Allah ke arah kebaikan-- mengagungkan Allah, meninggikan kalimat Allah berlandaskan Al-Quran dan hadith.”

So, boleh check balik la amalan kita sepanjang terperap kat rumah tu dan juga perkara2 yang mengisi checklist holiday kita. 😉

Tak perlu drastik pun perubahan yang nak dibuat, mula slow2, asalkan istiqamah. ✊🏼

Ada sahabat aku pernah cakap jugak, Syukur itu pengikat nikmat.”

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” – Ibrahim: 7

🍁 Jangan takut walaupun kita kekurangan dalam segalanya, kalau kita bersyukur maka Allah akan tambah lagi.

🍁 Usaha, tunjukkan kesyukuran kita kepada Allah. Yakin dengan janji Allah — Allah akan tambahkan kekuatan kepada kita.

🍁 Kita tiada pilihan melainkan untuk bersyukur, kerana hanya ada dua pilihan: syukur atau kufur? Maka pilihlah.

_

Satu persoalan— antara sabar dan syukur, yang mana lebih susah untuk dicapai?

Aku pernah dengar yang syukur lebih susah berbanding sabar.

Kenapa tu? 👀

🔸Kerana terlalu banyak sekali nikmat yang Allah beri kepada kita, tetapi jarang sekali untuk kita bersyukur. Kadang-kadang, kita tak sedar pun yang sesuatu perkara itu adalah nikmat bagi kita. Terlalu banyak juga perkara yang kita pertikaikan. So, macam mana kita nak buka mata kita untuk lihat semua nikmat yang Allah telah berikan kepada kita? Bilamana kita membutakan mata kita untuk melihat segala nikmat yang Allah telah kurniakan, maka sukarlah untuk kita bersyukur.

Syukur itu, sekalipun bila kita mendapat ujian— kerana kita tak tahu apa yang Allah akan berikan kepada kita setelah ujian itu.

Kadang-kadang bilamana ujian itu menimpa, kita akan menyoal diri, mempertikaikan takdir, sehingga kita tak sempat nak bersyukur. Kita butakan mata kita dari melihat nikmat Allah yang lebih luas untuk kita. Kita sempitkan pemikiran dengan hanya melihat ujian yang mendatang.

Ya, susah nak bersyukur saat ditimpa ujian. Mungkin kita masih belum boleh nak mencari hikmah di sebalik ujian tu, tapi sebagai orang yang beriman, kita kena bersangka baik dengan Allah dan hiasilah diri kita dengan sabar dan syukur.

Ingatlah firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 286,

”لا يكلف الله نفسا إلا وسعها“

Maksudnya : Allah takkan membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu.

Maka, bersabarlah wahai jiwa, berdamailah dengan setiap ujian ini dan pasti ketenangan itu dapat kita rasai.

Aku juga ada dengar dari seorang ulama-- Nak sabar itu senang, nak bersyukur itu yang sering kita terlupa. Maka berdoalah:

“Ya Allah, jadikanlah aku orang yang sabar dalam menghadapi ujian, orang yang bersyukur saat diberi nikmat, orang yang tidak merasa dirinya besar.”

_

🍁 Bila kita lihat apa yang orang lain ada, memang kita akan kurang bersyukur.

🍁 Jangan pernah membandingkan jalan kehidupan serta perkara-perkara yg tidak kita miliki dengan orang lain.

🍁 Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.” (Al-Bukhari dan Muslim).

Tetapi, jika dalam urusan akhlak, budi pekerti dan ilmu pengetahuan selalu pandanglah orang-orang yang berada di atas kita sebagai motivasi dan sebagai contoh ikutan. 😉

___

Covid-19.

Ada quote dari seorang sahabat, “Ujian ini mengingatkan kita tentang kematian dan ianya adalah sesuatu yang baik, untuk kita menghargai kehidupan.” ✨

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now