"LESU semacam aje muka anak mama ni, kenapa?" tegur Datin Bahiyyah yang baru muncul dari dapur. Segelas air kosong dihulurkan kepada anak lelakinya.
Hazril Irfan yang tadinya memejamkan mata terus membuka matanya sebaik saja suara lembut Datin Bahiyyah menyapa halwa telinganya. Air kosong diteguk rakus sehingga licin gelasnya. Gelas yang dah kosong diletakkan di tepi kaki sofa buatan Itali yang sedang menjadi tempatnya melabuhkan punggung.
"Tak ada apa-apalah, mama. Haz penat sikit handle kerja-kerja dekat pejabat tu," balas Hazril Irfan. Penat fizikal dan terseksa mental.
Mentalnya terseksa disebabkan tindakan berani mati Syakilla tadi. Masih terasa peritnya tamparan Syakilla di pipinya. Semakin meluak-luak api dendamnya kepada Syakilla. Datang-datang tempat orang terus cari masalah.
"Hesy! Ini mesti papa yang kerah Haz buat kerja, kan? Papa tu kalau boleh dia nak Haz jadi macam dia, dari muda sampai ke tua asyik kerja sahaja yang diutamakan," bebel Datin Bahiyyah.
"Tak lama lagi, kan Haz akan pikul tanggungjawab yang besar so Haz kenalah biasakan diri dari sekarang," ujar Hazril Irfan. Memihak kepada papanya.
"Jangan terlalu ikutkan sangat cakap papa. Ingat sikit kamu tu ada life sendiri. Hubungan Haz dengan Mariam tu macam mana? Sampai bila nak bercinta? Mama tak sabar nak timang cucu tau," leter Datin Bahiyyah lagi.
Anaknya ni terlalu sibuk cari duit sampaikan ikatan percintaan yang dah bertahan selama dua tahun tu pun diabaikan. Baginya, elok sangatlah Mariam tu dihalalkan cepat-cepat daripada diusung anak dara orang tu ke sana dan ke sini.
Hazril Irfan menahan senyumannya. Datin Bahiyyah dan Dato' Imran belum tahu lagi yang dia dah melamar Mariam dan mereka dah bercadang nak melanjutkan ikatan pertunangan bulan hadapan. Saja nak buat kejutan untuk mama dan papanya.
"Actually, Haz dah lamar pun Mariam tu. Bulan depan tinggal tunang aje," beritahu Hazril Irfan. Senyumannya mekar.
Membulat mata Datin Bahiyyah. Bijak betul anaknya menyembunyikan rahsia.
"Ya Allah! Bila masanya pula kamu lamar dia?" soal Datin Bahiyyah separuh menjerit.
"Malam itu hari, kami keluar makan sama-sama. So, Haz pun lamarlah dia sekali," jelas Hazril Irfan bersahaja. Tubuhnya disandarkan ke dada sofa.
"Habis tu, dia setuju ke tidak nak bertunang bulan depan?"
"Tip top! Dia setuju, ma. Nanti mama dengan papa handlelah majlis pertunangan kami berdua," balas Hazril Irfan.
Datin Bahiyyah memanjatkan rasa syukur di dalam hati. Sekurang-kurangnya anak lelakinya ada usaha nak menghalalkan hubungan. Dia turut gembira. Baginya, Mariam amatlah sesuai untuk bergandingan dengan putera tunggalnya itu.
"Nanti mama bincang dengan papa dulu. Lepas tu, kita proceed terus untuk majlis pertunangan Haz dan Mariam bulan depan," putus Datin Bahiyyah.
"Okey, ma. Buatlah apa yang mama dan papa nak buat. Haz dan Mariam serahkan semuanya dekat mama dan papa."
"Yalah, Haz duduk-duduklah dulu. Rehatkan badan tu. Mama nak siapkan makan malam. Oh ya, esok malam jangan lupa jemput Mariam. Ajak dia makan malam di rumah kita sekali." Datin Bahiyyah bingkas bangun. Sebelum beredar ke dapur, sempat dititipkan pesanan kepada anaknya.
Hazril Irfan mengangguk. Tak lain tak bukan, mesti mamanya nak minta persetujuan daripada Mariam secara berdepan. Takutlah tu kalau dia menipu. Hailah, mama...mama...
HARUMAN Silky Girl menusuk ke dalam rongga hidung Syakilla. Yang pastinya, haruman itu datang dari dalam bilik Mariam ketika dia melintasi bilik Mariam beberapa saat yang lalu. Diundurkan kembali kakinya. Laju langkahnya masuk ke dalam bilik tidur sahabatnya.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...