Bab 5

21.2K 573 35
                                    

MARIAM menghabiskan suapan terakhirnya. Masakan Datin Bahiyyah tidak tolok bandingnya. Cukup rasa masin, manis dan macam-macam lagilah. Spaghetti chicken slice disuakan lagi ke dalam mulutnya.

"Macam mana, sedap tak masakan mama?" soal Datin Bahiyyah. Lebih mesra menggelarkan dirinya sebagai mama.

"Sedap sangat, mama. First time Mariam makan spaghetti sesedap ni," puji Mariam bersungguh-sungguh. Nak ambil hati mentualah katakan.

"Ya ke? Terima kasihlah sebab puji masakan mama yang tak seberapa ni." Datin Bahiyyah dah tersipu malu.

"Mama kamu ni memang kalau masak apa pun sedap. Masak batu dengan kayu pun sedap. Papa terpikat dengan dia sebab masakan dialah." Dato' Imran mencelah. Jari telunjuknya mengait tangkai cawan. Birai cawan didekatkan ke bibirnya. Teh halia yang masih panas dihirup perlahan-lahan.

Hazril Irfan yang mendengar hanya tersenyum. Kemudian matanya beralih memandang Mariam.

"Hesy! Malulah saya abang cakap macam tu," bisik Datin Bahiyyah di tepi telinga suaminya.

"Benda betul buat apa nak malu? Betul tak, Mariam?" Dato' Imran tergelak. Cawannya diletakkan semula ke atas meja makan.

"Betul tu, papa. Masakan mama sangat sedap." Mariam menyokong. Ditekan sedikit perkataan sedap di hujung ayatnya.

"Kalau kita dah kahwin nanti bolehlah sayang belajar masak dengan mama, kan?" Hazril Irfan memandang redup ke dalam anak mata Mariak.

"Boleh sangat," jawab Mariam dengan penuh yakin. Duduknya ditegakkan.

Datin Bahiyyah dan Dato' Imran saling berpandangan. Masing-masing dah tersenyum penuh makna.

"Mariam memang dah betul-betul bersedia ke nak bertunang dengan anak kami ni bulan depan?" soal Dato' Imran, terus ke inti perbincangan.

Semalam, masa Datin Bahiyyah beritahu yang Hazril Irfan nak bertunang, sempatlah dia terkejut. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nak melanjutkan ikatan pertunangan secepat ini. Tetapi, setelah difikirkan semula, ada eloknya juga bertunang dan kahwin cepat-cepat. Tak adalah anaknya buat maksiat memanjang.

"Ya, papa. Mariam memang dah betul-betul sedia nak tunang dan nak jadi isteri Hazril. Actually dah lama sedia cuma tunggu Hazril aje yang lamar," balas Mariam dengan penuh sopan.

"Bukan Hazril yang paksa ya?" soal Datin Bahiyyah pula.

Membulat mata Hazril Irfan. Buang tebiat apa dia nak paksa Mariam bertunang dengannya? Mereka dah bercinta selama dua tahun. Mamanya pun...

Mariam tergelak kecil. "Tak adalah, mama. Mariam dengan Hazril memang dah sedia nak seriuskan hubungan kami."

"Alhamdulillah kalau macam tu. Lega hati mama dengan papa mendengarnya. Tak apalah, majlis tu nanti mama dengan papa uruskan. Mariam pun dah tak ada keluarga, kan? Biarlah mama dengan papa yang uruskan semuanya. Asalkan cukup rukun dan cukup syarat sudahlah," ujar Datin Bahiyyah. Disenggol lengan suaminya.

"Betul tu, Mariam. Biar papa dengan mama yang uruskan semuanya," usul Dato' Imran.

Mariam menarik nafas lega. Dihantar senyuman manis kepada teman lelakinya. Rasa syukurnya hanya Tuhan saja yang tahu. Dia beruntung kerana dapat bertemu dengan ahli keluarga sebaik Dato' Imran dan Datin Bahiyyah.

MALAM semakin larut. Syakilla tak dapat memejamkan matanya. Dari tadi fikirannya bercelaru. Matanya pun tak habis-habis melirik jam dinding. Masih tak ada tanda-tanda lagi yang Mariam nak pulang.

"Orang lain pun bercinta juga tapi, tak adalah beria-ia macam kau," gerutunya.

Tubuhnya dibawa ke ruang tamu. Alat kawalan jauh dicapai. Butang 'On' ditekan. Ditukar-tukar siaran televisyen. Tak ada satu siaran pun yang berjaya menarik perhatiannya. Satu keluhan berat dilepaskan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now