Angin, andainya kau dapat memahami diri ini, tentu kau tidak akan bersamaku. Tentu kau akan biarkan aku sendiri. Atau mungkin, kau sudi ambil kesakitan hati ini. Kau berhentikan aliran air mata ini. Kau larikan kesengsaraan yang telah berhari bermukim dalam diri ini.
Tiara senyum tawar dalam tangisan. Tidak pernah membayangkan diri akan begini. Totally lost. Dia terus mendakap lutut. Dia terus menangis dalam diam.
"Tiara dahlah. Risau aku lihat kau macam ni." Ujar Aida.
Dia duduk dan paut bahu Tiara. Kasihan dengan nasib yang menimpa kawan baiknya.
"Ini agaknya balasan Allah sebab mempermainkan pernikahan aku dulu. Aku dan arwah Tazzim senang-senang terima pernikahan yang tidak ada keikhlasannya."
"Tak sayang. Ini bukan hukuman. Kau boleh saja tolak pernikahan kali ini. Tiara, kalau kau terima Tariq Zayyan, bukankah kau akan ulangi pernikahan yang tidak ada keikhlasannya untuk kali kedua? Tariq Zyyan tak boleh buat apa-apa dekat kau kalau kau tolak."
Secara rasional, betul kata Aida. Tapi rasional bukan penyudah kepada masalahnya sekarang.
"Tapi dia boleh hancurkan syarikat pak long. Pak long akan benci aku seumur hidup dia. Tak mungkin pak long maafkan aku."
"Tiara, pandai-pandailah pak long kau tu selamatkan syarikat dia. Lagipun pak long kau tu cuma abang tiri arwah ibu kau saja. Selama ini pun, keluarga pak long kau tu tak layan kau dengan baik. Kalau dia berhentikan kau kerja, kau cari saja kerja lain. Bukan susah sangat kau nak dapat kerja kat luar tu. Cert kau tu memang lakulah Tiara." Ujar Aida.
Dari dulu Aida tak faham kenapa Tiara boleh terima saja layanan buruk keluarga Tuan Dzul tu? Teringat zaman sekolah dulu, sebelum Tiara boleh ke sekolah, Tiara kena habiskan dulu kerja rumah yang sudah disenaraikan mak longnya. Sebelum subuh lagi Tiara dah bangun. Kemas rumah, basuh baju dan selepas solat subuh, Tiara kena sediakan sarapan untuk mereka. Aida tahu mak long tu sengaja buat macam tu sebab dia tidak mahu Tiara sekolah. Dia nak Tiara berhenti dan jadi babu di rumah tu. Jahat betul.
"Tiara, tolonglah jangan seksa diri sendiri. Kalau keluarga pak long kau buang kau pun, tak apa. Aku sentiasa ada untuk kau."
Dia melurut lengan Tiara. Sayu melihat kesedihan kawan baiknya ini.
"Aku tahu. Kau kawan yang baik, Aida. Tapi aku tak boleh buang keluarga pak long. Mereka saja keluarga yang aku ada."
Angin yang bertiup sayu membawa suara Tiara berlayar ke dada malam. Melayari dalam kegelapan. Kembali semula berlegar tanpa wajah. Menyejukkan insan dalam pelukannya.. Tiara dakap tubuh sendiri. Terkapai-kapai dalam dilema mencari jalan keluar.
"Mungkin jalan terbaik ialah, jumpa Tariq Zayyan." Berdepan. Ini antara jalan terbaik. Dah tak boleh fikir jalan lain.
No-no-no! Aida tak setuju. Tak faham kenapa Tiara mesti cari nahas? Sepatutnya Tiara berada beribu-ribu batu jauh dari Tariq Zayyan.
"Untuk apa!? Masakan lelaki gila tu akan dengar?"
"Dengar atau tak, aku kena jumpa dia. Dia tak boleh libatkan pak long dalam masalah kami. Kalau dia nak hukum aku, hukum aku saja. Aku sanggup. Nak suruh jadi orang gaji dia pun aku sanggup. Tapi, bukan jadi isteri dia."
Tiara menyeka air mata. Dia yakin ini saja jalan terbaik. Jumpa Mr Tyrant. Face to face!
"Eeeee aku sanggup bunuh lelaki gila tu untuk kau!" Tukas Aida.
"Aku nak ikut kau kalau kau jumpa dia. Aku boleh letak racun dalam minuman dia." Sambung Aida. Nak jadi pembunuh? Biarlah asalkan dia dapat selamatkan Tiara daripada Tariq Zayyan.
Huh? Aida sanggup buat macam tu untuk dia? Eh, tak boleh!
"I'm touch." Tiara merangkul wajah Aida. Bersyukur dia ada Aida.
"You're the best tapi aku tak nak kau jadi pembunuh. Kau doakan saja agar Mr Tyrant itu terima keputusan aku, ok?"
"Ok."
Melintas doa di hati. Ya Allah, bagi Tiara dapat tumbuk muka Tariq Zayan berkali-kali sebelum Mr Tyrant tu terima keputusan Tiara. Ikhlas terima dan jangan ujud lagi dalam dunia Tiara Shenaaz. Aamiin
"Kau nak aku teman, tak? Aku janji aku tak kan bunuh dia." Kali ini Aida ukir senyuman manis.
"Tak apalah. Aku kena berdepan dengan dia sorang-sorang."
Tiara merenung jauh. Meletakkan dagu di atas lutut. Melihat kerlipan cahaya lampu di bawah. Indahnya sama saja dengan kerlipan bintang di langit. Jika hanya hidupnya juga seindah kerlipan-kerlipan itu. Mungkin hidupnya akan ada kerlipan jika Tariq Zayyan izinkan. Jahatnya Tariq Zayyan nak rampas hidupnya. Jahat...
"Aku benci Tariq Zayyan." Keluh Tiara perlahan.
"Aku pun."
Aida ikut rentak Tiara. Benci walaupun dia tidak pernah melihat lelaki itu.
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...