1. CERAI

3.8K 37 16
                                    

Pukul 6:35pm, aku dah abah kepenatan baru sampai rumah setelah selesai semua urusan penceraian abah dan mama.

Akhirnya mereka sah bercerai. Sebagai anak, siapa je yang tak sedih melihat mak ayah mereka bercerai. Tapi demi kebaikan semua pihak, penceraian adalah jalan yang terbaik.

So basically mereka bercerai kerana sudah tidak sehaluan, masing-masing sibuk dengan hal kerja masing-masing sehinggakan mereka lupa nak luangkan masa dengan anak tunggal mereka ni, aku lah tu. Apa la nasib aku, adik beradik tak ada, parent pulak berpisah.

"Fadhli nanti tolong abah kemas bilik abah ye, asingkan barang mama kamu" kata abah, En Ridzuan iaitu seorang engineer yang boleh dikatakan berjaya juga dalam bidang dia. Berumur 43 tahun, tinggi, mempunyai kulit sawo matang, berkepala botak dan mempunyai badan yang agak tough untuk seorang yang sudah masuk 40-an.

"Baik abah" jawab aku, Fadhli satu-satunya anak jantan abah, berumur 20 tahun berbadan average untuk budak berumur 20. Tak kurus tak gemuk. Yang bezanya, aku ada rambut. Abah tak ada. Hehehe

"Abah nak minum? Fadhli buatkan" aku tanya
"Boleh juga, teh o panas satu. Nasib baik la ada kamu. Boleh jugak teman abah ni ha keseorangan" keluh abah. "Hmm ok bah"

Lepas je aku buat air, nak bawak ke depan. Tertidur pulak abah atas sofa, dengan mulut terbukak sikit, tie masih di leher, remote tv dekat tangan. Bukan dia yang tengok tv, tv yang tengok abah.

Aku letak cawan air atas meja, aku termenung tengok nasib abah, kesian abah hilang pasangan hidup dia. Terkongtang kanting bekerja nak sara hidup aku. Tak apa lah, aku janji aku akan jaga abah. Fadhlikan anak abah.

"Abah bangun. Takkan nak tidur sini, pegi masuk bilik" arah aku. "Hmmm ok nanti abah naik" lepas tu abah sambung pulak tido. Tak boleh jadi ni, ni kalau aku biar mau sampai ke malam dia tidur situ.

Aku pun tarik tangan abah, pimpin abah naik atas tudur dalam bilik "ish macam layan org mabuk pulak" aku cakap dalam hati. Bila aku bukak pintu bilik abah je, abah taknak masuk "abah tak nak tidur situ, menyampah tengok barang mama kamu"

"Aik habis tu abah nak tidur mana?" aku tanya. "Tidur dekat bilik fadhli la" minta abah

"Pulaaaaakkkk. Hm ikut abah la" aku pun bawak abah masuk bilik aku. Nasib baik katil besar. Cuma bersepah sikit la. Maklum la bilik bujang.

Aku turun balik, kemas sikit apa yang patut. Air teh o tadi dah tak panas dah. Last last aku yang minum.

Dalam pukul 8:30 malam macam tu, aku yang kepenatan kemas rumah pun naik atas lepas kunci grill and pintu apa semua. Awal aku mengantuk hari ni. Mungkin sebab kepenatan dengan urusan penceraian tengahari tadi. Maklum lah prosesnya agak lama.

Masuk bilik je terkejut sikit sebab lupa abah tidur bilik aku. Aku pun mandi, bersihkan badan. Lepas mandi aku ada terfikir nak kejut abah suruh mandi. Bila fikir balik, minum pun dia taknak, apatah lagi mandi.

Aku pun pakai short dan tak berbaju, tidur. Sebelah abah

bersambung....

Anak abahWhere stories live. Discover now