ADEENA termenung sendiri. Iphone yang masih berada di dalam genggaman tangannya dia lihat sekejap. Tiada panggilan mahupun pesanan ringkas daripada tunangnya itu.
"Adeena?"
Gadis itu mendongak apabila namanya di panggil oleh Mateen. Senyuman nipis diberi kepada jejaka kacak itu.
"Mateen have a sit."
Tempat duduk di sofa ruangan tamu milik keluarga Sophea di tepuk beberapa kali oleh Adeena. Menyuruh jejaka tampan itu turut melabuhkan duduk di tepinya.
"Why princess?" Mateen menunduk memandang wajah adiknya yang sudah melabuhkan kepala ke atas ribanya. Rambut perang Adeena dia elus perlahan.
"Tired. Adeena penat dengan apa yang dah jadi dua tiga hari lepas."
Pinggang milik Mateen gadis itu peluk dengan erat. Wajahnya pula dia sembamkan ke perut milik abang sulungnya itu.
"Shhh. It's okay, I know you can handle this. Don't think to much princess. Your family masih ada lagi." Pelipis adiknya Mateen kucup lembut.
Kasihan gadis itu, berharap akan Aiden tetapi lelaki itu pergi meninggalkan adiknya dalam keadaan menyedihkan. Seperti sekarang. Berat badan Adeena semakin susut sebaik sahaja Aiden pergi dua minggu lepas.
Ya, sudah dua minggu Aiden pergi ke Japan. Dia sebagai abang kepada Adeena tidak mungkin akan berdiam diri melihat adiknya terluka. Aiden, dia sudah cuba menghubungi lelaki itu. Tetapi tidak juga di jawab.
"Mateen?"
Adeena meneliti seraut wajah Mateen dari bawah. Memandangkan dia tidur beralaskan paha lelaki itu. Rahang tajam milik lelaki itu sesekali dia elus perlahan.
"Hmm?"
Mateen mengangkat sebelah keningnya ke arah Adeena.
"Bila you nak balik France? Adeena rindu mommy dengan daddy."
Jawab Adeena dengan perlahan. Dia bangun dari baringan lalu menyandarkan tubuh ke belakang sofa. Bahu milik Mateen pula menjadi tempat dia meletakkan kepala.
"Empat hari lagi. Why? Adeena nak ikut balik France?"
Gadis itu mengangguk perlahan. Sudah malas mahu menunggu tunangnya itu. Dia telefon bukannya nak di angkat. Menyakitkan hati sahaja.
"Tak nak tunggu Aiden?"
Gadis itu menggelengkan kepalanya lagi."Dia mungkin dah tak ingat dengan Adeena lagi. That's why bila Adeena call tak pernah dia nak angkat."
Adeena mencebik. Entah-entah lelaki itu sudah jumpa yang lagi baik dan cantik dari dia di Japan.
Memikirkan itu mata milik gadis itu mula bertakung dengan air mata. Sanggup kah Aiden menduakannya sewaktu dia masih berharap akan lelaki itu?
"Don't think about it."
Mateen menyeka air mata milik Adeena yang sudah menuruni lengkuk tulang pipi yang terbentuk sempurna.