Pada tanggal 3 Disember, Tiara Shenaaz sah menjadi isteri Tariq Zayyan. Tidak ada majlis persandingan. Tidak ada majlis keramaian. Cuma yang ada insan-insan yang perlu saja semasa akad nikah di rumah pak long. Paling tepat bilangannya ialah sepuluh orang. Aida tidak dibenarkan hadir walaupun berkali-kali Tiara merayu pada Tariq Zayyan. Kak Diaz pula tak nak hadir. Mak long beritahu Tiara, Diaz boikot perkahwinan itu atas sebab-sebab yang mereka tak tahu. Alangkah bagus kalau dia juga boleh buat begitu. Boikot. Tak payah hadir.
Selepas akad nikah, Tariq Zayyan terus menghilang. Tinggalkan Rabia dan Azka uruskan dirinya. Tiara dibawa ke sebuah kondominium yang jauh daripada kesibukan bandar KL. Kondominium di tingkat atas itu luas tetapi keadaannya seperti sudah lama tidak didiami. Berhabuk dan bersawang.
Rabia mula menarik kain-kain yang menutupi perabot yang berada di ruang tamu tetapi Azka cepat-cepat menarik tangan Rabia.
"Kau dah lupa arahan bos atau sengaja buat-buat lupa?"
"Iyalah, aku ingat." Dengus Rabia.
Tetapi dia kasihan melihat puan. Tercengang-cengang melihat sekeliling. Puan memeluk tubuhnya erat. Tentu puan takut. Hai, kenapalah bos kejam buat puan begini?
"Puan, kami kena tinggalkan puan di sini." Ujar Azka.
Dia juga kasihan dengan Tiara. Malam pertama sepatutnya dengan suami. Bahagia di sisi suami. Bukan dihantar ke tempat yang sunyi dan menggerunkan ini. Tapi nak buat macam mana. Ini arahan bos. Tentu bos ada sebabnya. Mungkin ini hanya gimik bos. Iyakah? Issh awak mesti silap bos, Azka! Bos awak mana pernah buat gimik. Nak senyum pun payah.
Tiara dah sepucat mayat. Cik Hati dah meraung tak nak ditinggalkan. "Rabia pun?"
Tolonglah Rabia jangan pergi. Dia takut. Tempat ini mengerunkan. Lagipun Rabia bodyguard dia. Tak kan nak tinggal dia sorang-sorang di sini. Tempat ni kan sunyi. Bahaya.
"Maaf puan saya kena pergi. Kita orang kena ikut arahan bos."
Haa? Agaknya Tariq Zayyan nak datang nanti. Ok. Tapi masakan mereka berdua tinggal di sini? Kenapa tidak di villa Tariq saja? Kenapa di sini? Tempat ni menggerunkan.
Tiara, kamu tu dah jadi isteri dia. Hak dia. Kena tinggal dengan dia. Tegur Cik Akal.
Haa? Hak dia! Matilah kita Cik Hati!
"Puan, kami bergerak dulu."
Dengan berat hati Rabia ikut Azka keluar. Azka kunci pintu kayu dan juga pintu gate besi seperti yang diarah bos. Terasa seperti mengunci pintu besi penjara pula. Banduan di dalam adalah isteri bos sendiri.
Terkebil-kebil Tiara. Nak buat apa sekarang? Perasaan tinggal sorang-sorang di sini menakutkan. Boleh tak dia panggil Rabia teman dia sekejap hingga Tariq Zayyan muncul? Boleh jer lah. Dia jawab sendiri. Lalu cepat-cepat melangkah ke pintu. Nak panggil Rabia. Tapi tombol pintu tak boleh pusing. Berkali-kali dia cuba. Dikunci. Kenapa kunci? Azka kunci dia? Sampai hati Azka. Ah, ini mesti bos yang suruh. Jahatnya.
Tiara menyandar di daun pintu. Melurut badan ke bawah. Takut. Kecut urat-urat di dalam. Berpeluh satu badan. Tariq Zayyan betul-betul penjarakan dia di sini? Sorang-sorang. Tidak boleh kontek sesiapa sebab telefon bimbit dia, awal-awal lagi Tariq Zayyan dah rampas.
Ya Allah, dia nak buat apa sekarang?
Kena survive, Tiara. Tak boleh berputus asa. Tekan suara hati.
Ok, kena sesuaikan diri dalam penjara ni. Kena beranikan diri. Mana tahu, penjara ni mungkin sementara saja. Tapi kalau sah-sah penjara ini seumur hidup, macam mana?
Oh, tidak...
Ya Allah...
Tak boleh begini. Fikir positif. Kena belajar sesuaikan diri. Dulu semasa mula-mula menapak di rumah pak long, dia masih kecil lagi tapi dia berjaya sesuaikan diri. Eh, bukan berjaya sesuaikan tetapi terpaksa sesuaikan diri. Yang paling sukar, bukan hidup dengan maki hamun keluarga pak long tetapi teruskan hidup tanpa kasih sayang ibu dan abah. Kena terima hakikat mereka tidak ada lagi untuknya.
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romansa"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...