Bab 1

25 4 0
                                    

     Pantulan diri di dalam cermin diimbas sekali lagi. "You can do it, Aina." Katanya kepada diri sendiri. Kedua belah tangan digenggam dan diangkat separa dada sambil memandang ke arah pantulan diri. "You can do it, Aina" katanya lagi sekali dengan suara yang jelas. Pandangan dari orang lain tidak diambil perhatian. Well, hidup mesti ada confident.

     Sebelum berlalu keluar, sempat lagi Aina membetulkan kedudukan baju kurungnya dan awning tudungnya agar tidak nampak seperti orang gila. Setelah berpuas hati, pintu keluar tandas tersebut ditolak sebelum melangkah pergi.

     Kaki dibawa menuju ke tingkat 25. Tingkat yang akan menentukan kehidupannya selepas ini. Samada dia akan terus tanam anggur atau akan mula sebagai perempuan yang bekerjaya.

     Pintu lif sempat ditahan sebelum ianya tertutup. Kelihatan hanya seorang lelaki sahaja yang berada didalamnya dengan riak yang terkejut memandang aina. " maaf " kata Aina sambil tertunduk memandang lantai.

     Aina berdiri di penghujung lif tersebut. Aina sungguh menjaga halal gapnya bersama lelaki. Aina mengangkat pandangannya ke arah lelaki tersebut buat seketika , lalu Aina hanya memandang ke bawah . Tidak berani mengangkat pandangan matanya apabila merasakan ada pandangan tajam yang ditujukan buat dirinya.

'Ting'

     Bunyi yang terhasil dari lif tersebut amat menggembirakan hati Aina. Kaki laju sahaja melangkah keluar dari lif tersebut. Tanpa sedar bahawa dirinya masih direnung oleh seseorang.

     "Who is that girl? Her face...Cute and innocent." Kata ryan didalam hati sambil terus merenung 'budak' tersebut. "Isshhhhh. Jangan renung lama sangat ryan, kang interview ke mana apa kemana. Silap silap kau pulak kena mandi berniat." Katanya kepada diri sendiri sambil menggeleng kecil dan mula melangkah ke pejabatnya yang terpapar tulisan 'CEO' dihadapannya.

     Aina terasa kerdil pabila melihat kesemua saingannya yang berada disekelilingnya pada hari ini. Kesemuanya kelihatan sungguh eligent dan................ seksi? Kelihatan seperti dia seorang sahaja yang memakai baju kurung dan nampak kolot. Dia mula berasa insecure dengan dirinya. Perempuan mana jer yang tak rasa insecure bila dikelilingi perempuan cantikkan? Kalau ada tu maksudnya kau cantikkkkkkkk.

     Kerusi kosong didudukinya sementara menunggu giliran namanya dipanggil. Stoking di kaki direnung tanpa sebarang asbab. Rasanya seperti kena quarantine. Sungguh bosan.

'Nur Aina Qistina Binti muhammad khalif'

     Akhirnya!! Namanya dipanggil. Nampaknya seperti dialah orang yang terakhir interview ini. Lenggang babe. Tadi sikit punya riuh boleh jadi sunyi cenggini. Dah macam suma kena quarantine sebab covid-19 jer.

     Pintu diketuk terlebih dahulu sebelum mendengar arahan dari orang dalam. Sejurus kebenaran diberikan, pintu ditolak secara pelahan. Aina berdiri statik dihadapan meja yang tertera CEO tersebut.

'Nur Aina Qistina'

Entah mengapa mendengar sahaja nama nya dipanggil Aina mula merasakan gigilan di badannya. "Tenang aina , tenang... jangan cari pasal" Kata Aina pada diri sendiri. " ya saya" jawab Aina.

Tercengang Aina seketika apabila CEO tersebut mengangkat mukanya. "Omaigadddd mamat lif tadi" kata Aina separa kuat. Namun, ryan hanya tersenyum sinis mendengar kata tersebut. Dia sudah dapat agak bahawa 'budak' tadi mahu interview.

"Mamat ? Cantik bahasa kau." Kata ryan sambil tersenyum sinis. Dia mula bangkit dari kerusi empuk berodanya. Tangan diserlup ke dalam poket seluar slack nya. Muka beku dipaparkan.

Aina hanya mampu berdiri kaku ditempatnya. Entah mengapa dia berasa takut apabila melihat 'CEO' tersebut makin menghampiri tempatnya berdiri.

To be continue.......

Teaser next bab:
"Kalau itulah syarat awak saya takkan ikut. Saya lagi relalah tanam anggur dari ikut syarat merepek awak tu" -Aina. Aina terus berlalu meninggalkan ryan dalam keadaan yang terkebil kebil.
"Berani kau budak. Siap kau lepas ni. Silap besar kau cari pasal dengan aku." -Ryan.

FOREVER YOUR'SWhere stories live. Discover now