"Mama!! Tenok Qish color nii"Qish terkedek-kedek berlari ke arahku bersama buku warnanya. Aku mengambil dan melihat apa yang ditunjukkan. Aku tersenyum.
"Wahh pandainya anak mama warna. Cantik."
Qish tersengih lebar hingga menampakkan barisan giginya yang putih. Aku mencium pipi gebunya sekilas.
"Tantek! Mama nak syusyu buleh?"
"Okay!"
Aku mahu bangkit dari sofa pada masa yang sama satu suara berkumandang masuk ke dalam rumah ini.
"Hello!! Im back!!"
Mommy yang baru sahaja turun, tersenyum melihat adik bongsunya balik. Mesti Aunty Ayyan sudah habis kerja di Busan. Tu yang dah balik tu.
"Eonnie! Masak apa?"
"Masak simple-simple je. Malas."
Mereka berpelukan kemudian berlaga pipi menunjukkan adat manusia masih tak dilupakan.
"Simple-simple pun mesti sedap. Mak mana? Tidur ke? Dia mood okay tak?"
Bertalu-talu Aunty Ayyan tanyakan mommy. Aku hanya mengangkat kening malas mahu layan jejak kasih dua beradik itu. Aku mula ingin duduk melayan kerenah Qish yang masih mahu mewarna, tetapi niatku terbantut.
"SooNeul sayang?"
Suara garau milik suamiku menyapa gegendang telingaku membuatkan hatiku sedikit teruja. Seharian dia keluar bersama daddy.
Katanya Man's Day gituh.
JiMin meluru ke arahku kemudian meraih pinggangku. Dahiku dikucup lama.
"Rindu sayang abang ni. Dah makan?"
Aku mencebik menyampah. Semenjak dia luahkan perasaan dia, makin mengada-ngada perangainya. Makin romantik dan mengada.
"Belum. Mommy suruh tunggu korang lah! Dah lah balik lambat. Nak Men's Day pun beringat lah orang kat rumah ni." serba sedikit aku membebel.
Chupp
Bibirku dikucup sekilas.
"Depan momm-"
"Eh JiMin?! Park JiMin kan?"
Aunty Ayyan menyapa JiMin seperti memotong kata-kata aku tadi. Wanita lebih kurang sebaya JiMin datang menghampiri kami dengan reaksi yang sedikit pelik.
Kenapa semacam je Aunty Ayyan ni?
"Aah ye. Kau Ayyan kan? Classmate KaeRa?" JiMin meneka seraya mengusap leher belakangnya. Aunty Ayyan tersimpan malu kemudian berdehem kecil.
"Yes! Kau ingat lagi aku. By the way, kau apa khabar? Lama tak jumpa kau. Itu lah kau, bila batch buat reunion selalu kau tak pergi. Sibuk memanjang." Aunty Ayyan mencebik dengan nada seolah-olah merajuk.
"Hehe aku kan cikgu SPK. Memang banyak benda nak kena buat. Lagipun aku guru penyelaras tingkatan lima tahun ni. So, apa-apa hal SPK aku yang kena uruskan." jelas JiMin tenang.
Aku semakin hairan dengan perangai Aunty Ayyan. Dia macam menggedik pun ada. Bukan nak buruk sangka, tapi nampak gaya pun, orang gila lagi bijak dari kita.
"Ohh, eh ni anak kau kan? Dah besar dah dia. Nampak ada iras JaeHee. Aku simpati dengan kau. Aku harap JaeHee baik-baik dan tenang dekat sana. Aku tak dapat join pengebumian JaeHee sebab aku sibuk."
JiMin tersenyum nipis. Wajah lelaki ini menunjukkan yang dia tidak selesa bercakap tentang mendiang isteri pertamanya.
Aku juga berasa simpati suatu ketika dahulu saat aku mengetahui isteri dia sudah meninggal hampir 3 tahun yang lalu. Lengan JiMin ku paut perlahan.
YOU ARE READING
eyes for you | pjm¹
Fiksi Penggemar"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...