Bab 10

2.2K 70 1
                                    

Hari ini dah genap seminggu di penjara. Tiara dah tak tahu nak buat apa. Nangis dah. Jerit macam orang gila, dah. Menyanyi entah apa-apa dengan suara tak sedap, dah. Ukur lantai semua bilik dengan tapak kaki, dah. Merenung bulan dan bintang, dah. Bermain bayang-bayang, dah. Tidur menerap, meringkuk seperti bayi dalam kandungan, tidur telentang, tidur menegak seperti pokok, tidur satu kaki bengkok ke atas, semua dah. Pokok pangkalnya semua yang tersebut di atas dah dia buat berulang kali.

Kalau tak boleh tidur, dia buat rutin kebersihan. Gilap semua cermin. Bersihkan dapur. Lap lantai dari satu hujung ke satu hujung. Buat macam kura-kura. Buat macam kawat kaki. Buat macam ulat bulu tergolek-golek. Semua dia buat. Tak kesahlah kalau lutut atau tumit merah, kematu dan kasar. Oops, satu lagi yang dia belum berjaya bersihkan. Siling. Yap, cuma siling dan lampu kat atas tu yang belum. Tak sampai dek tangan.

Dia tarik kain putih yang telah dia basuh dan jadikan selimut. Kalau tuan punya kondominium ni nak marah sebab dia dah guna hampir kesemua kain yang menutupi sofa, dia terima. Dia tidak ada pilihan. Tariq Zayyan tidak beri dia pilihan. Nak tahu dia guna untuk apa selain buat kain lap? Haa, dia guna untuk buat baju terdesak asalkan dia selesa. Tak kan nak pakai baju kurung sajakan? Dia gunting empat segi panjang, gunting bulat untuk leher, tepuk lubang mana yang perlu. Ikat dengan percah kain sana sini. Dan, zapp jadi baju ala-ala baju heroin tarzan. Kalau ikut baju hero, takut pula ada yang pengsan nanti. Ha ha ha...

Oh ya, demi keselamatan sendiri, dia sandar sofa single di daun pintu masuk. Semalam dia tambah keberatan di daun pintu. Sebab, bolehlah dia lari masuk bilik kalau ada yang tiba-tiba muncul. Al maklum ada baju yang kainnya cukup untuk tutup mana yang perlu saja. 

Ha ha ha... gila betul! Hidup macam orang zaman batu.

Lapar pula. Asyik makan biskut dengan teh kosong, dah naik muak. Biskut pun dah tinggal dua keping. Kalau dua keping tu dia makan, alamat minum teh kosong saja. Itupun satu uncang teh dia guna untuk tiga kali bancuhan. Nak jimat, katakan! 

Kesiannya kita Cik Hati. Nak nangis... Ah, tak boleh nangis. Kena kuat. 

Dia bangkit menuju ke bilik air bilik utama. Penuhkan tab mandi dengan air. Kain putih yang jadi selimut tadi, bakal jadi tualanya juga. Dia letak di tepi. Capai satu lagi kain putih yang telah dijadikan kain basahan. Tak kan nak mandi tanpa seurat benang. Malu. Lagi satu, mana tahu ada jin mata satu dok mengedap. Ngeri.... eh seperti terdengar ketawa....

Ya Allah selamatkan aku. Cik Hati baca 3 Qul selepas baca Ayat Kursi. Ok dah. Tak rasa gerun sangat. 

Mari berendam. dah berbalut badan, terus masuk dalam tab. Ah, segar. Kali ini entah berapa lama pula nak berendam. Perbetulkan badan dan mula pejamkan mata. Nak bayangkan apa kali ni? 

Emm... hero mana? Mungkin, suami penyakit jiwa? Ah, tak payah! Bayangkan saja suasana semasa belajar di luar negara. Eeeee sukanya main salji dengan rakan-rakan. Ok, mula bayangkan. Emm Cik Akal macam tak boleh nak fokus. Cik Hati nak tidurlah. Cik Akal ikut Cik Hati. Tidur.

Tiara terjaga bila terasa tubunya ditarik kasar. Siapa punya kerja ni? Eee kacau! Baru saja mimpi berenang di Pantai Navagio dengan Robert Pattinson, dah ada pula yang ganggu.

"Puan! Puan! Puan!"

Eee apa puan-puan! Ini memang nak kena marah! Tiara tolak tangan yang mencengkam lengannya. Tergesa-gesa berdiri. Oops cepat-cepat capai kain putih yang hampir terlucut. Basah satu badan..

"Rabia!" Tiara jerit. 

Apa hal ni? Eh, kenapa Rabia boleh ada di sini? Pintu tahanan dia dah terbukakah?

"Ya Allah, puan... saya ingat puan dah lemas tadi." Rabia pucat. 

Dia dan Azka terpaksa menolak daun pintu utama untuk masuk. Sebaik dapat masuk, dia bergegas dapatkan puan. Dari satu bilik ke satu bilik dia terjah. Dalam bilik mandi rupanya. Panik bila melihat keadaan puan dalam tab mandi macam orang mati. 

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now