Bab 1 ~ KENANGAN TERINDAH

54 3 0
                                    

Tangisan seorang bayi jelas kedengaran dari tingkat atas. Puan Misha yang ketika itu sedang giat menghabiskan baki piring yang perlu dibersihkan ditinggalkan begitu sahaja. Bergegas dia berlari anak mendaki setiap anak tangga tetapi penuh berhati-hati. Dikuaknya pintu bilik si comel itu lalu mendapatkan bayi itu dan dibuainya dengan penuh kemesraan. Tangisan bayi itu semakin berkurangan. Diratapinya wajah bayi itu sedalam, sedalam-dalam hatinya. Tanpa disedari pipi Puan Misha terasa basah. Dibasahi dengan titis air matanya. Cepat-cepat dia mengesat air matanya itu. Sesekali bayi comel itu tersenyum kecil. Menampakkan bentuk lesung pipi yang kecil. Puan Misha merasakan bayi itu mengerti akan sesuatu apabila dia mengusap-usap kepala bayi itu. Selesa dan tenang berada dalam dakapan seorang mak.

 Selesa dan tenang berada dalam dakapan seorang mak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Datin Chole)

"Misha! Misha! Misha!" Pekik Datin Chole dari tingkat bawah. Suaranya itu cukup memenuhi pelusuk ruang. Sangat nyaring. Mana perginya perempuan tu?! Bentak hati Datin Chole. Dia mencekak pinggangnya sambil menunggu kemunculan Puan Misha itu.

Puan Misha meletakkan semula bayi itu ke dalam buaian. Sempat dia menghadiahkan senyuman kecil sambil menatap wajah kecil comel itu. Selepas dia memastikan bayi itu dalam keadaan yang selesa dia bergegas lagi menuruni setiap anak tangga dengan perlahan-lahan juga.

"Maaf Datin. Aku dari atas.Tadi bayi itu menangis. Aku..." Beritahu Puan Misha sambil menunduk-nundukkan kepalanya. Tanda maaf. Dia tidak pastu sudah berapa lama Datin Chole menunggunya.

"Berapa kali aku nak ingatkan kamu, Misha! Berak? Kencing? Mandi? Kamu tak perlu bersusah payah nak tengok bayi tu. Aku dah arahkan Sheila untuk jaga bayi tu."

"Maaf, Datin. Aku tak sengaja. Tapi sebagai seorang..."

"Oh, sekarang dah tahu menjawab, ya. Eh! Misha kalau bukan kerana kamu keluarga aku tak jadi macam ni. Semua ni disebabkan kamu! Kamulah penyebabnya!" Sekali lagi suara itu memecah suasana.

"Aku tak faham maksud, Datin tu. Apa salah aku?" Puan Misha binggung mendengar kata-kata Datin Chole itu.

"Aku ingatkan kamu, Misha. Untuk kali terakhir. Sama ada kamu masih boleh melihat bayi itu membesar dengan baik atau kamu berdua boleh pergi dari sini!" Begitu dalam maksud ayat Datin Chole.

"Tapi Datin aku masih boleh..." Rayu Puan Misha. Dia benar-benar berlutut di depan Datin Chole.

Namun Datin Chole tidak mengendahkannya bahkan ditendang-tendangnya Puan Misha itu. Diperlakukan seperti seekor anjing yang tidak bertuan.

Puan Misha masih lagi merayu-rayu sambil meraung kesakitan dan menangis. Sheila ketika itu hanya mampu menjadi saksi apa yang berlaku di depan matanya. Air matanya bergenang di kelopak mata.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi, Misha. Enough! Jauhkan diri kamu daripada dia!" Rasa marah dalam diri Datin Chole semakin membuak-buak bagaikan api sedang membara. Membakar sesuatu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PELANGI SESUDAH GERIMIS DIUNDANG (✔️Completed)Where stories live. Discover now