Bab 13

111 19 2
                                    

...

Harini adalah hari bahagia.
Eh bukan hari bahagia aku tau!
Tapi hari bahagia Nurul, my bestfriend!

Dengan sekali lafaz Nurul sah menjadi isteri orang.

Huwaaa aku happy sangat harini. Nurul dah kahwin dengan lelaki pilihannya.
Nurul sangat beruntung. Dia dimiliki oleh lelaki yang sangat sayangkan nya.

Aku ? Macam mana dengan aku ? Hehe takpelah!
Aku kasi peluang kat Nurul dulu kahwin.
Aku nanti2 lah 😜.
Belum ada yang berkenan di hati lagi. Acecec poyo lebih!

Yelah, betul lah kan? Kahwin bukan benda yang boleh dibuat main. Sekali terlafaznya akad bermakna kita dah memikul tanggugjawab yang sangat besar.

Perkahwinan kan satu ibadah. Mana boleh main2 macam yang kita selalu main zaman kanak2 dulu tu. Hehe mesti korang pernah main kan?

...

Nurul kelihatan sangat cantik dengan gaun pengantinnya yang bewarna merah . Menambahkan lagi seri dengan kulitnya yang putih itu.

Nabila menghampiri Nurul yang duduk di atas katil dalam biliknya.

" Amboii pengantin, senyum tak lekang kat bibir. Mentang2 dah kahwin". Usik Nabila.

" hahaha mana ada lah. Aku senyum tengok kau. Aku bersyukur sangat kau ada dengan aku di hari bahagia aku".

" eh apa pulak cakap macam tu. Aku kan bestfriend kau, mestilah aku ada di hari bahagia kau". Balas Nabila lalu memeluk Nurul.

" hehe terima kasih yaa. Sayang kauu".

" Elehh sekarang baru sayang aku. Eh dah la, jom turun. Tetamu dah ramai sampai tu. Pengantin lelaki pun dah nak sampai katanya". Ajak Nabila.

" haa jomlah. Arghh nervous nya aku yaa". Kata Nurul.

" Alah nak nervous apanya, aku ada dengan kau je ni. Kejap lagi dah jumpa suami takdenya nervous. Gatal adalah. Werk". Usik Nabila kepada Nurul.

" hahaa apa2 jelah kau ni". Balas Nurul sambil ketawa.

Mereka kemudiannya keluar dari bilik dan berjalan turun ke tingkat bawah.

Hari ni aku memakai baju kurung moden bewarna pastel dikenakan dengan shawl bewarna senada dengan baju.
Aku pun kena lah cantik2 juga harini walaupun aku bukan pengantin.
Aku kan pengapit, jadi mestilah kena cantik sebab membawa imej sebagai rakan baik pengantin.
Bila orang pandang pengantin automatik orang akan pandang aku jugak kan?kan?  Hahaha perasan je aku ni.

...

Nabila POV

Kelihatan begitu ramai tetamu yang hadir.
Memandangkan mummy dan papa Nurul ramai kenalan dan mereka juga mempunyai ramai saudara mara maka bertambah meriahlah majlis pada hari ini.

Majlis Nurul sangat gilang gemilang seperti berada di sebuah tempat yang mewah. Nurul saja je malas buat kat hotel katanya dia nak buat kenangan kat rumah sendiri. Ada2 jelah sahabat aku tu.

Kalau aku kahwin agak2 macam ni tak?
meriah tak ?
Ehh mestila kena meriah!
aku anak bongsu tau! Hahaha.

Tugas aku sebagai pengapit berhenti seketika memandangkan tiba masanya untuk pengantin makan.

Pengantin pun lapar tau!

Kelihatan pelbagai jenis makanan sudah tersedia di setiap meja.

Aku berjalan ke arah meja yang diduduki oleh keluargaku. Mama, papa serta along sekeluarga turut hadir ke majlis Nurul kecuali abang kerana dia sedang outstation sekarang.

Sengaja aku tak makan dengan pengantin.
Sedangkan Nurul dah ajak aku makan sekali. Tapi malas la aku nak kacau pengantin.
Baik makan kat sini dengan keluargaku lagi best. Hehe.

...

" Amboii adik beragaya mengalahkan pengantin". Sergah along menyapaku.

Orang di sekelilingku mejaku berpaling melihat ke arah aku kerana suara along sedikit kuat.

Mama dan papa hanya tersengeh ke arah ku.

" Apa along ni!! Orang dah pandang2 adik disebabkan mulut along yang gatal sangat tu!". Marahku separuh berbisik.

Aku menjeling ke arah along.

" Eleh pakai cantik2 takde orang nak jugak. Werk"

" Eii along tahu apa. Dah ramai yang cuba mengorat adik. Adik je tolak". Jawabku bangga.

" Eleh perasan je kau dik".

" Abang dah dah la tu usik adik. Kesian dia". Sapa Kak Nurin menghentikan usikan along padaku.
Along senyap tanpa membalas.

Tau pun takut isteri. Cisss!!!

.....

Setelah aku siap makan. Aku bangun menuju ke arah buaian yang ada berhampiran dengan kolam ikan di rumah Nurul.

Keluargaku sudah pulang sebentar tadi.

Aku duduk di situ seketika untuk menghilangkan penat.

Amboi!! Orang yang kahwin aku pulak yang penat. Mengada lebih Nabila ni!!

Sedang asyik aku menghadap telefon ku.
Satu suara menyapaku.

" Assalamualaikum Iman Nabila".

Jantungku seperti berhenti berdegup seketika...













To be continue....

P/s sorry harini pendek sikit. Nanti sis update lg.
Jangan lupa vote and komen 😘

Rindu Yang Terluka [IN EDITING] Where stories live. Discover now