BAB 1

9 0 0
                                    

Alam sekolah menengah terasa lain,tidak sama seperti sekolah rendah.Pada hari ini,bermulalah hari pertama Azrynn Erisya sebagai seorang pelajar tingkatan 1. Bagi Azrynn,setiap sekolah adalah sama.Yang membezakan antara sekolah tersebut adalah pelajar.Jadi Azryyn telah membuat keputusan untuk bersekolah hanya di sekolah biasa,dan menolak tawaran sekolah SBP.Azrynn Erisya,seorang yang berperwatakan garang,tegas tetapi di samping perwatakan tersebut,terselit sifat comel dan manjanya.Hanya orang yang mengenalinya sahaja yang mengetahui.




KRINGG!!KRINGG!!KRINGG!!
“Rynn,bangun.Dah pukul berapa dah ini??Mandi belum,solat subuh belum.Ingat ya Rynn,hari ini merupakan hari pertama persekolahan kamu.Kamu tidak boleh lambat.”Mendengar suara itu membuatkan Azrynn tersedar dari lenanya.ya,itu suara ibu kesayangannya.
“Ya,Ma.Rynn dah bangun.”
Azrynn mengambil tualanya lalu masuk ke dalam bilik air untuk bersiap ke sekolah dan bersedia untuk menunaikan solat subuh.
Setelah selesai solat dan bersiap hendak ke sekolah,Azrynn ke bawah.
“Morning Ma, abang long,abang ngah,achik.”
Sapa Azrynn dengan ceria.
“Semangatnya Rynn nak sekolah.”
Kata abang ngahnya.
“haruslah,dah masuk alam remaja bak kata orang.hehehe”
“Ingat Rynn,sekolah nanti belajar bersungguh-sungguh.Rynn je harapan kami yang terakhir untuk membanggakan keluarga.Jangan pernah lupa pesan arwah papa.”
Nasihat Aidil.
“Baik along.Rynn ingat pesan along.”
“Jomlah along hantar pergi sekolah”
“Jom!!!”
Jarak umur yang jauh antara Aidil dengan Azrynn membuatkan Aidil menjadi pengganti arwah papanya.
Manakala jarak umur yang tidak terlalu jauh antara Azrynn,Arfan dan Danish membuatkan mereka lebih selesa berkawan daripada menjadi adik beradik.

tatkala musuh menjadi kawanWhere stories live. Discover now