Mata Jayden melilau mencari empunya badan yang dia tunggu dari tadi. Hampir setengah jam dia menunggu di lapangan terbang itu. Berkali-kali dia berjalan kehulu dan kehilir mencari dan masih tidak menjumpai empunya badan yang dicari.
Lama dia begitu sebelum bahunya ditepuk seseorg. Pantas pandangan mata beralih mencari siapa yang menepuknya.
Senyum kecil terlakar dibibir Jayden. Muncul juga orang yang ditunggunya.
"Cari awek ke apa."
"Tunggu kau lah, asal lambat" Mereka berjabat tangan.
"Tunggu beg tadi ha... Lambat pulak nak keluarnya. Kau sorang je ke? Abah mana?"
Mata Haidar mencari-cari manalah tahu abah berhampiran. Biasanya abahlah yang akan mengambilnya jika dia tiba di Malaysia. Haidar sedang melanjutkan pelajarannya di ireland. Jadi telah beberapa kali dia pulang ke Malaysia semenjak melanjutkan pelajarannya.
"Abah tunggu dekat kereta."
Jayden memimpin jalan untuk ke kereta. Jayden juga membantu Haidar membawa bagasi kerana terserlah riak kepenatan diwajah Haidar.
"Ouh maksudnya abah sihatlah kan. Kau pulak Jay, sihat tak Jay."
"Sihat alhamdullilah."
Sekadar berbasa-basi Jayden membalas. Dia tahu Haidar seperti ingin bertanyakan sesuatu namun tidak terkeluar dalam bicaranya. Sudah dapat Jayden agak apa yang ingin ditanyakan oleh Haidar. Namun dia beriak kosong sahaja. Jayden lebih berharap Haidar tidak menanyakan apa-apa.
" Lama ke kau balik ni?" Pertanyaan Jayden memecahkan suasana diam seketika diantara mereka. Kelihatan Haidar masih berfikir-fikir sebelum menjawab.
"Adalah dalam dua tiga minggu."
"Jay aku rasa aku tak patut tanya, tapi kau okay tak?" Sambung Haidar lagi ragu-ragu dan sedikit risau andai pertanyaannya membuatkan Jayden tidak selesa. Namun Haidar tetap rasa dia layak bertanya tentang itu.
" Lah aku okay je, kau dah kenapa ni. Aku sihat boleh ambik kau lagi harini. Aku korbankan masa rehat aku lagi tau demi kau." Selamba balasan Jayden. Seperti acuh tak acuh bunyinya. Walau dia tahu apa sebenarnya jawapan yang Haidar inginkan.
" Jayden. " Haidar menarik bahu Jayden dan memberhentikan langkah kakinya. Jayden juga turut berhenti.
" Kau bukannya bodoh Jayden." Suara Haidar keras. Nampak dia tidak ingin melawak buat masa ini. Serius riak wajahnya.
"Dah takde jodoh, Dar. Aku okay, faham! Aku dah terima dan dah redha. Allah dah tetapkan macam ni kan. Aku terima je."
Jayden juga serius. Dia dah betul-betul terima jodohnya bukan dengan adik Haidar. Walaupun adik Haidar satu-satunya wanita yang telah membuat Jayden jatuh cinta sebegitu. Adik Haidar juga merupakan cinta pertamanya.
Jayden akan cuba menerima. Dia percaya akan takdir dan ketentuan allah. Dia cuba berdamai dengan hati dan perasaannya. Biarlah sebanyak mana masa yang diambil. Dia yakin suatu hari nanti perasaan itu akan hilang.
Biarlah masa yang mengubat luka. Untuk masa ini, Jayden mengaku hatinya masih mencintai Huda, adik Haidar. Yang juga merangkap keluarga yang sangat akrab dengannya seperti keluarga sendiri.
"Aku minta maaf Jay."
"Dar, that's the worst thing you could say, you know. Kau pun tahu kan benda ni takda kaitan pun dengan kau. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Tolong jangan mintak maaf. It's more like a me problem tapi bila kau cakap macam tu aku rasa pathetic. Jangan risaulah wei, lagipun takkan kau nak marah Huda sebab dia pilih orang lain Dar. Fikir perasaan adik kau dengan ipar kau tu."
Jujur bicara Jayden. Dia menepuk bahu Haidar berserta senyuman. Biarlah semua berhenti disitu. Dia percaya satu hari nanti pasti dia mampu melupakan perasaan dia terhadap Huda.
Walaupun cintanya ditolak dan Huda menerima lelaki lain, namun Jayden tidak menyesal dengan kehidupannya sekarang.
Sekurang kurangnya dia dapat kenal abah, umi dan Haidar. Satu-satunya keluarga yang menerima Jayden bagikan anak sendiri. Mereka menjaga Jayden bagai menatang minyak yang penuh. Cukup lengkap kasih sayang yang diberikan. Sungguh Jayden sangat terhutang budi dengan mereka. Tidak sedikit pun dia melupakan jasa mereka padanya.
Dan yang paling penting sekali saat dia dapat mengenali dan mendalami islam. Sehingga menjadi dirinya sekarang. Jayden sangat terhutang budi dengan mereka.
Jika nanti dia terpaksa memgorbankan nyawanya untuk mereka dia sanggup. Sesayang itu Jayden pada keluarga Haidar.
"Sorry Jay, aku faham. Semoga kau jumpa bahagia kau nanti. Thanks jugak sebab jaga abah, mak sepanjang aku takde ni. Kalau kau takde maybe aku tak pergi dah." Haidar memukar topik. Dia faham Jayden tidak ingin bicarakan perihal itu. Jadi topik lain dibuka. Haidar juga sedar silapnya.
Haidar juga tahu salah satu cara Jayden melepaskan rindu kepada orang tuanya adalah dengan menumpang kasih dari keluarga Haidar. Jadi Haidar sangat bersyukur dapat meninggalkan orang tuanya di bawah jagaan Jayden. Keluarga Haidar pun sudah menganggap Jayden seperti anak kandung mereka.
Walaupun keluarganya bertemu Jayden baru beberapa tahun lepas akibat suatu peristiwa, tetapi keakraban antara mereka tidak boleh disangkal. Kadang Haidar rasa Jayden dah macam adik kandung dia dah.
Ibu ayah pun banyak berhutang budi dengan Jayden. Ibu juga pernah cakap dia anggap Jayden sudah seperti anak sendiri. Nampak sangat jika diberi peluang ibu nak Jayden menjadi anaknya. Silap-silap Haidar yang dicampaknya.
"Kau tak payah nak terima kasih sangat dekat aku Dar. Bukan aku yang jaga diorang. Diorang yang banyak jaga aku. Makan pakai lengkap ayah ibu bagi. Kadang-kadang aku rasa diorang lagi sayang aku dari kau." Berseloroh Jayden membalas. Sekadar mengusik Jayden.
Haidar tergelak, sedikit bersetuju dengan kenyataan itu.
"Tu Abah." Jayden menunjuk kearah abah yang melambai kearah mereka. Ceria sahaja abah menanti kepulangan anaknya. Haidar cepat-cepat menghampiri abah. Rindu di hati melonjak-lonjak rasanya. Dah hampir berbulan tak jumpa abah. Ibu juga dia rindu namun abah dia terpaling rindu. Abah sudah seperti teman sepermainan Haidar sewaktu kecil.
Jayden pula meletakkan bagasi-bagasi Haidar di bonet kereta. Berhenti di depan KLIA bukan boleh lama-lama. Jayden mengambil alih tugas memandu dari abah.
Dua beranak itu pula berborak sakan. Setelah sekian lama tidak berjumpa banyak perkara yang ingin diceritakan. Sesekali Jayden mencelah dan memjawab saat soalan diajukan padanya.
Sedikit sebanyak terbit perasaan rindu dihati Jayden. Rindu pada keluarga yang tidak lagi menganggap Jayden sebahagian daripada mereka.
Meski mereka ada, dia tidak mampu untuk menghulur tangan menggapai. Rindu, sungguh amat menyakitkan. Beratnya menanggu rindu hanya Dia yang tahu.
Tanpa dia sedar empangan matanya musnah membawa juraian air mata. Juraian itu disekanya laju menggunakan kelopak tangan. Mengharapkan tiada yang sedar. Malu jika abah atau Jayden nampak. Dia juga tak mahu menimbulkan gusar dihati mereka.
Diri sendiri dimarah. Tiba-tiba emotional pulak dah kenapa. Redup cuaca pada ketika itu. Seolah olah memahami kesedihan yang ditanggung Jayden.
YOU ARE READING
Berhak Bahagia
RomanceMuhammad Jayden. Perwatakannya biasa, pernampilannya bergaya. Namun tidaklah sehingga menjadi pilihan para gadis. Tetapi seorang Nurin Natasha sangat gilakan seorang Muhammad Jayden. Jika dihulur permata, Jayden guna yang dipilihnya. Namun apakan da...