Bab 14

2K 68 1
                                    

Perjalanan hidup Tiara berubah. Masih dalam penjara tanpa gerigi tapi kali ini dia tidak dibiarkan keseorangan. Rabia aturkan jadual harian. Dari subuh hingga dia pejam mata. Ha ha ha belum mati lagi, ok! Alhamdulillah masih diberi udara untuk bernafas.

Tiga hari dalam seminggu, dia diajar berenang. Tentu sekali di kolam hak milik suami tanpa suami. Oh ya, pakai baju mandi muslimah. Bos Rabia suruh. Bab berenang ni memang dia suka. Daripada takut air, sekarang dia dah boleh berenang dari satu sudut ke satu sudut. Terror macam itik berenang. Ha ha ha

Hari-hari yang lain, aktivitinya termasuk joging, main badminton, bola jaring, em... semualah aktiviti yang keluarkan peluh. Memenatkan. Agaknya Mr Tyrant sengaja nak seksa tulang temulang isteri dalam penjara!

Tapi, yap ada tapi, dia diberi masa berehat. Masa ni, dia akan guna untuk membaca. Ambil saja buku dalam bilik bacaan, bilik yang mula-mula dia masuk dulu, ingat tak? Yang dia hampir mati dicekik? Bilik tu totally dah tukar jadi bilik bacaan prisoner. Bukan dia yang label begitu, tapi dilabelkan oleh suami kejauhan dia. Kau orang ada suami kejauhan? Ha ha ha tak ada, kan? Untungkan insan bernama Tiara Shenaaz ni? Dekat tapi jauh. Ada lagu tentang ni kan? Emm... siapa punya lagu yer?

Ok, back to the story.

Sebab apa suami kejauhan? Sebab dia tak suka bau Tiara Shenaaz. Ha ha ha... sedih. Atau, agaknya suami ada perempuan di luar sana? Kekasih gelap? Ah, tak payah nak gelap sangatlah sebab kebanyakan mereka di luar sana tentu tak tahu yang Tariq Zayyan dah ada isteri. Isteri yang dipenjarakan. Jadi, suami boleh seronok main kayu tiga. Mungkin ini salah satu bentuk hukuman. Masih teringat kata suami – What goes around comes around, honey. Eh, dalam Islam adakah benda macam tu? Tak adalah. Cuba check tengok guys.

Tapi hari ini, dia nak jumpa suami. Mesti dapat kebenaran tanpa surat hitam putih. Dia jengah suami di meja makan. Tengah sarapan. Smart betul suami dengan pakaian sut lengkap berwarna hitam jenama Giorgio Armani. Mesyuarat di mana agaknya?

Tiara berjalan masuk dan berdiri di hujung meja. Tariq Zayyan tak acknowledge pun kehadirannya. Buat macam orang bodoh sombong. Dia nak buat apa sekarang?

"Duduk."

Oops terkejut! Tiba-tiba suara masuk tendang gegendang telinga. Oh ya, suami dah boleh cakap Melayu dengan dia. Hairankan? Tapi, kerap kali terkeluar juga bahasa lain daripada bahasa ibunda tercinta. Percayalah bukan setakat Bahasa Inggeris saja tapi bahasa alien pun ada. Ha ha ha...

Tiara gerak. Ambil tempat duduk sebelah suami. Tak sentuh apa-apa. Jadi budak baik. Tayang muka innocent. Cuma lihat suami sarapan. Salah satu kebaikan penjara ini ialah dia tidak perlu ke dapur. Perut suami, isteri ni tak payah jaga. Agaknya suami takut isteri letak racun. Eee... siapa nak tambah dosa?

Semua kerja rumah pembantu rumah buat. Bukan seorang tapi ada dua orang pembantu rumah Filipina. Malangnya pembantu-pembantu rumah ini tak banyak cakap. Buat kerja jer. Kalau cakap pun asyik – yes, no atau guna bahasa isyarat. Habis kerja, mereka akan menghilang. Entah bilik mana yang mereka tinggal atau mereka datang cuma dalam masa-masa yang bos tetapkan. Mungkin mereka bersikap begini atas arahan bos. Suami boleh pula sembang dengan mereka dengan bahasa mereka. Bila masa suami belajar? Aik masakan ada girlfriend gadis Filipina? Ni yang nak marah! Prisoner mana boleh marah? Kena terima. Eeeyalah...

"Out with it!" ujar Tariq Zayyan.

Renung isteri di sebalik cawan di bibir. Darn, she looks so fresh and beautiful! I miss her... eh sekejap, apa ni!? Miss her? Pagi-pagi dah nak buat hal, Mr Tariq Zayyan? Ingat prisoner awak di sini sebab awak nak terus hukum dia! Let it stay that way!

"Boleh saya keluar esok? Esok hari lahir Aida. Saya nak spent time dengan dia. Aida dah siap ambil cuti. Bolehkan?"

Dia tahu sebab semalam Aida dah beritahunya. Suami hanya beri dia  cakap dengan Aida guna telefon Rabia. Boleh telefon dua kali dalam seminggu. Aida saja. Orang lain tak boleh terutama mana-mana ahli keluarga pak long.

Tariq Zayyan mengambil masa untuk jawab. Malah sempat makan dua keping roti dengan telur setengah masak. Biarkan isteri terkebil-kebil menanti.

"Kalau saya izinkan, pukul berapa awak nak keluar? Pukul berapa nak balik?"

"Hmm... saya... ingat nak tidur semalam kat apartmen dia."

"No!" Pantas Tariq menolak.

"Kenapa?" Cik Hati dah turun satu anak tangga. Frust.

"Because I say so!"

"Kenapa?" Cik Hati dah turun dua anak tangga. Frust menonggeng.

"Stop asking stupid questions!"

"Kenapa?" Cik Hati dah menyelusur turun. Cik Hati dah nangis di dalam.

"Shut up and eat, Tiara Shenaaz." Tariq Zayyan dah mula hilang sabar.

"Tak! Saya nak sambut hari lahir Aida. Saya rindu dia. Dia saja kawan yang saya ada. Tolonglah."

Tiara merayu. Air mata dah tunggu masa nak menitis. Tangan dah meraih tangan suami.

"Damn it! Ok, saya izinkan awak keluar makan saja. Lepas tu balik sini. Ingat you are my prisoner!" Dengus Tariq.

Dia capai briefcase dan keluar. Tidak toleh melihat isteri yang sudah pun menitis air mata.

Hari itu, Tiara tidak mahu langsung ikut agenda Rabia. Dia hanya duduk dalam bilik. Layan perasaan kecewa dengan sikap dominasi suami. Menangisi nasib. Sampai bila suami nak menghukumnya. Sampai bila suami hendak penjara dia dalam vila ini. Sampai bila?

"Puan, nak keluar beli hadiah untuk kawan puan tak? Tuan Tariq suruh bawa puan keluar shopping." Rabia berdiri di birai katil melihat Tiara.

Tiara geleng. Dia terus renung jam di dinding. Mesti mahal jam dinding dengan design unik begitu. Tapi, apa gunanya kalau masa tidak boleh dikawal. Jika boleh dia mahu patah balik, ke masa Kak Diaz bawa Tazzim. Ketika itu dia akan tetapkan pendirian untuk tidak kahwin dengan Tazzim. Tidak ada Tazzim bermakna tidak ada Mr Tyrant. Bagaimana agaknya jika kehidupannya tidak ada Mr Tyrant? Tentu dia bebas sekarang. Tentu dia boleh gembira dengan Aida. Tentu dia... arggh dia tepuk bantal berkali-kali! Sakitnya realiti hidup ini.

Tiara jangan over! Tampar Cik Akal. Takdir Allah jangan kesali. Allah duga untuk kita kuat. Tak pernah fikirkah, kalau kau tak kahwin dengan Tazzim, hidup kau juga terus dalam penjara? Penjara pak long dengan mak long kau! Siap dengan maki hamun mereka.

Betul juga, kan? Ya Allah, tolong ampunkan dosa hamba yang kerdil ini. Ya Allah tolong beri aku kekuatan. Ya Allah, aku nak jumpa  Aida. Tolonglah...

"Puan jangan macam ni. Tuan Tariq kan kata puan boleh keluar. Esok kita boleh ambil kawan puan. Saya hantar ke mana saja puan hendak pergi. Puan boleh spend masa dengan kawan puan. Lepas tu kita balik sini. Tuan kata sebelum Maghrib, dah kena ada di rumah."

Rabia cuba pujuk. Dia memang lemah dalam soal pujuk memujuk ni.

"Bukan itu yang saya nak! Rabia, kenapa dia kejam?"

Tiara duduk mendakap lututnya. Air mata mengenang.

"Saya tak tahu puan. Bagi saya Tuan Tariq seorang bos yang baik. Iya saya akui Tuan Tariq memang tegas. Masa kerja tak boleh main-main tapi dia layan pekerja dia dengan baik. Dia begitu ambil berat tentang kebajikan semua pekerja."

"So, boleh saya jadi pekerja dia? Bukan isteri dia? Mungkin saya boleh dapat layanan yang lebih baik daripada menjadi isteri dia."

Rabia ketawa kecil.

"Puan, kat luar sana ramai wanita yang ingin ambil tempat puan. Suami puan tu jejaka idaman ramai wanita."

"Well they welcome to have him!"

Tiara bangun. Dia lari turun menuju ke kolam renang. Sampai saja, dia terus terjun masuk. Tidak peduli yang dia memakai seluar jeans dan baju t-shirt lengan panjang. Dia berenang dari satu sudut ke satu sudut walaupun dengan pakaian begitu amat menyukarkan untuk dia berenang. Hidup ini memang menyukarkan. Menyakitkan. Hidup ini tidak ada kebebasan. Hidup ini sentiasa ada Tariq Zayyan! So be it!

Rabia yang telah mendapatkan Tiara, hanya berdiri melihat. Bersiap sedia untuk menolong jika apa-apa perkara buruk berlaku. Dia berdoa Puan Tiara akan berhenti menyeksa diri sendiri. Ah, sepatutnya doa Tuan Tariq berubah. Sayang puan.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now