Aku tengah terlentang atas katil. Tahap kebosanan dah cecah takat didih. Ingatkan lepas habis SPM seronok, boleh huuu haaa huuu haaa sana sini. Tapi, sebaliknya. Masuk hari ni, dah seminggu aku duk bertapa dalam bilik sebab tak tahu nak buat apa.
Nak kerja, Ibu tak bagi. Nak pergi bercuti, Ayah sibuk. Nak pergi ambil lesen kereta, aku tak berani. Sadis sungguh, kan?
“Nisa, tolong Ibu pergi beli tepung gandum dengan baking powder sekejap.” Wajah Ibu terpacul di muka pintu. Di tangannya siap ada senduk lagi. Ibu aku ni la memang suka sungguh duduk kat dapur. Aku pun dah tak tahu apa benda yang seronok sangat tu.
“Ibu, Nisa sibuk la.” Memang aku sibuk pun. Sibuk berangan. “Kamu ni dari pagi sampai petang, duk memerap dalam bilik aje. Cuba cubalah tolong Ibu kemas rumah ke apa ke, ni tak, Ibu suruh tolong sikit pun banyak alasan.” Aku bingkas bangun dari katil. Kalau dibiarkan Ibu bersyarah lama lama, nanti keluarlah semua hikayat Opu Daeng Menambun tu.
“Okay, Mem. Nisa pergi beli. Apa Ibu cakap tadi? Tepung gandum dengan apa?” Tudung aku pakai sarung aci redah aje sebelum aku capai zip-up hoody.
~~~~~
“Tralala..lala..” Sedang aku asyik nyanyi seorang diri, aku tak tahulah mamat mana yang berani sungguh pegang tepung gandum yang baru aje aku nak capai. Dan, itu ialah tepung gandum yang terakhir yang ada tersadai atas rak.
“Pak cik, saya minta maaf, tapi saya rasa tepung gandum tu saya punya.” Aku tak kira. Aku dulu yang nampak, suka suki aje dia ambil dulu.
“Apa awak panggil saya? Pak cik?” Mamat tu berhenti melangkah. Dan, dia berpusing ke arah aku.
Sesaat, aku rasa jantung aku berhenti berdegup. Ini ke yang orang kata ‘your heart skips a beat’ bila korang jatuh cinta? Uuuu…
“Dan, sejak bila pula tepung ni jadi milik awak? Biar saya tengok jap tepung ni ada tak nama awak. La.. nama awak Sauh ke?” Mamat ni melawak pula dah dengan aku. Tapi tak apa, aku suka.
“Tak. Nama saya Nisa. N. I. S. A. Nisa.” Aku siap eja satu-satu nama aku lagi. Uwaaa. Kenapa aku tak pernah perasan ada lelaki sesegak ini kat kampung aku? “Awak yakin nama awak bukan Sauh? Kalau macam tu, tepung ni saya punyalah. Pat pat siku lipat, kan?” Selesai aje dia bercakap, dia terus berjalan meninggalkan aku.
Aku masih tercengang. Jantung aku ni biar betik duk thump thump macam orang gila. Aku betul betul dah ‘infatuated’ kat dia ke ni? Aku tak tahu. Dan, aku akan cari tahu.
Aku tengok dia baru keluar dari kedai setelah aku sedar dari kemamaian. “Pak Hassan, ini masuk dalam buku dulu eh.” Sempat aku mengangkat baking powder untuk ditunjukkan pada taukeh kedai sebelum berlari mengejar dia.
Aik! Ini dah jalan nak pergi rumah aku. Takkanlah dia pun suka kat aku dan tiba tiba nak masuk meminang terus? Eh, aku baru umur 17 tahun , dah boleh nikah ke? Tapi, andaian itu langsung tak logik. Tadi, muka dia tak nampak macam excited langsung pun bila tengok aku.
Dia masuk dalam pintu pagar rumah Mak Cik Aida? Apa? Tak mungkin. Aku tak pernah tengok pun ada lelaki keluar masuk rumah jiran aku tu. Aku tahulah aku bukannya jenis mesra alam, tapi, dah rumah dia depan rumah aku, takkanlah aku tak pernah perasan?
“Assalamualaikum.” Aku tak tahulah apa yang aku fikir, tapi, sedar sedar aje aku dah memberi salam di depan rumah jiran aku. “Assalamualaikum. Ada orang tak ni?” Memanglah ada orang. Tadi kan, lelaki itu masuk dalam rumah ini.
“Waalaikumussalam. Nisa rupanya. Mak Cik ingatkan siapa tadi. Marilah masuk.” Lain yang dipanggil, lain yang keluar. AKu tampal senyuman manis ibarat gadis melayu terakhir sebelum bersuara, “Mak Cik, boleh tak saya jumpa dengan lelaki yang baru masuk rumah Mak Cik tadi?”
Riak wajah Mak Cik Aida jelas tercengang, namun beberapa saat kemudian, dia kembali tersenyum. “Maksud kamu, Izz? Sekejap, Mak Cik panggilkan.”
Izz mana pula ni? Tapi, aku angguk je lah.
Lebih kurang seminit kemudian, lelaki tadi dah terpacak depan aku dengan riak muka yang aku tak reti nak tafsir. “Awak ni yang kat kedai tadi tu kan? Nak apa? Jangan cakap awak ikut saya sampai sini semata mata tak puas hati pasal tepung gandum tu.” Dia peluk tubuh.
Sukanya bila dia ingat aku. Tapi, kalau dia tak ingat perkara yang baru aje jadi sepuluh minit tadi, barulah pelik kan? “Awak ni dah kenapa? Dari tadi lagi senyum sorang sorang macam orang tak betul aje.” Kening dia berkerut memerhatikan aku.
“Along, apa cakap macam tu. Tak baiklah.” Mak Cik Aida yang berdiri di belakang menyampuk.
“Saya rasa saya suka awak. Infatuated.” Dengan senyum lebar tak muat muka, aku menuturkan.
Mulut lelaki yang dipanggil Izz itu ternganga manakala Mak Cik Aida cuba menahan ketawa.
“Infatuation. Apa yang saya rasa sekarang ni adalah infatuation. Betul tak?” Aku menyambung dengan senyum yang tak lekang dari bibir.
YOU ARE READING
Infatuated
RomanceAkibat kebosanan selepas tamatnya SPM, Nisa mendakwa dia telah 'infatuated' dengan anak jiran depan rumah, Izz Amir. Adakah itu hanya ilusi Nisa atau Nisa benar benar dah 'fall in love'? Tapi, bagaimana dengan Izz Amir? Tidakkah hatinya tercuit deng...