~ chapter 2 ~ lepak

112 15 31
                                    

      
       Aku mundar mandir di bawah garaj sekitar tempat parkir motor Dayyan dan Qayser ini.. dia orang yang suruh aku tunggu kat sini setiap kali habis kelas.

Tapi dah dekat 10 minit aku jadi tugu negara dekat sini. Pelajar-pelajar lain pon ramai yang dah balik, membuatkan persekitaran agak lengang.

Sweater yang masih terikat di pinggangku ini aku tanggalkan, kemudian aku mencampak masuk ke dalam bakul motor Dayyan.

5 minit lagi kalau dia orang tak datang juga, aku dah brcita-cita nak ajak pak guard india tu hantar aku balik. Korang nak mereput kat sekolah ni sampai bila pon lantak lah,  yang penting aku tak merana bertemankan panas kat sini.

Dari jauh aku nampak kelibat  Nazhan yang dok bahan aku dalam kelas tadi sedang meluru ke arah sini. Dia nak balik la tu. Motor dia mesti ada dekat-dekati sini je.. kalau aku tahu, awal-awal tadi lagi aku dah sabotaj letak gam gajah kat seat motor dia tu. Baru puas hati aku..

Tapi tu lah, aku ni dilahirkan dengan satu sifat yang sangat istimewa. Sifat tak sampai hati nama dia. lagi pon mama selalu kata. 'biaq orang yang buat kita.. jangan kita dok buat orang..'

Aku usyar je setiap gerak geri dia. Usyar panas orang panggil. Last-last masa dia nak sarung helmet tu dia terperasan pulak. Cepat-cepat aku larikan anak mata, buat-buat macam tengah tengok tiang garaj yang dah gila berkarat ni.

"Kenapa cik Deena Qayra?? Ada nampak muka aku macam muka Aaron aziz ke?" Kata Nazhan membuatkan aku termalu sendiri..

Hee. Aku sengih. Aaron aziz kauuu..

"tak lah, saja tengok. Nampak macam ada jerawat subur kat pipi tu. segar! Baru ya?"

Nazhan raba pipi dia. Haha.. kena temberang.

"Menipu je kau."

"Siapa suruh percaya?"

Nazhan tengok aku macam nak telan. Mesti dalam hati tengah mengutuk aku tu.

"Ehhhh, kejap-kejap. Tadi kau ada nampak Yan dengan Qay tak?" Aku menahan Nazhan sebelum dia berlalu pergi.

"Dia orang tengah lepak kat kelas. Dengan budak-budak futsal." beritahu Nazhan, kemudian dia menurunkan cermin helmetnya dan terus berlalu pergi.

See? Aku dah agak dah. Dia orang mesti tengah melepak punya. Aku rasa Dayyan terlupa kot yang dia ada adik kembar. Eloklah tu, lepak sampai terlupa aku. jap eaa, kau tunggu kauuu..

Aku mula menapak ke arah kelas di tingkat atas.

Dari tangga lagi dah boleh dengar suara dia orang bergelak sana sini. Sakannn..

Aku mempercepatkn langkah. Sebaik aku tiba di depan pintu kelas, kesemua mulut yang tadinya riuh mengalahkan makcik bawang itu tiba-tiba terdiam. Tapi tak lama. Sepi 5 saat kemudian riuh semula.

Aku cekak pinggang. Gaya Mama menjadi pilihanku.

"Eh, Deena. Long time not see you. Sini la, boleh join lepak." salah seorang ahli pemain futsal sekolah yang agak terkenal dengan ketampanannya itu mula menegur aku..

Kepala hongak dia join lepak.

"Haa, iya la join lepak. Perut aku dah berdendang sayang dari tadi. Tak ada maknanya melepak lapar-lapar gini." Balasku sambil melangkah ke arah Qayser. Kerusi kosong di sebelahnya ditarik lalu aku melabuhkn duduk di situ. Kira ambil port la juga kan.

"Lex arh, nasi lemak pagi tadi pun tak sempat nak hadam lagi." Celah yang lain.

Aku ketawa. "Itu kau orang, aku ni dah tiga round keluar  masuk toilet. Bukan setakat nasi lemak, mee kantin yang rehat tadi pun dah tak nampak rupa rasanya." kataku sambil membetulkan lipatan tudung di wajah.

♡Qayser Ayden♡Where stories live. Discover now