€20

309 26 9
                                    


"Kau dah siapkan apa yang aku suruh?"

Luthien memandang Daisy dingin seraya menghisap gula-gula lolipop dengan tenang. Daisy mengeluarkan telefon pintarnya dari poket blazer sekolah kemudian menunjukkan sesuatu kepada Luthien.

"Done. Oh lupa, bilik dekat 'sana' pun aku dah tempah." kata Daisy dengan senyuman nakal.

Gadis tinggi ini tersenyum sinis. Keningnya terangkat sedikit kemudian menunduk memandang Daisy yang jauh lebih rendah darinya.

"Only two of us?"

"Yeah, two of us."

Daisy menggigit bibir bawahnya seraya mengenyitkan mata kepada Luthien. Mereka ketawa kecil kemudian jalan beriringan menuju ke kelas.

"Are you okay dear?"

Aku memandang pengetua dengan wajah yang resah. Tuan YoonGi menghela nafas perlahan kemudian memandangku dengan senyuman manis.

"Yeah, aku tahu kamu tak nak ikut program ni sebab kamu tertekan dan lebih suka menyendiri. But, if the biggest examination is not around, i'll give you a chance. SooNeul, kamu tak boleh terus macam ni. Apa pun, exam SPK sangat penting dan program ini sangat membantu untuk kamu." jelas Tuan YoonGi dengan tenang.

"Saya faham. Tapi, macam mana saya nak hadap? Macam mana saya fokus? Sama sahaja kalau saya pergi sana pun."

Tuan YoonGi ketawa kecil. Kedua tangannya menongkat dagunya seraya menanti kata-kata aku.

"Kamu tak nak pergi sebab JiMin kan?"

Aku tersentak.

"Girl, he's fine. I promise, he wont mad at you anymore. Trust me." ujar Tuan YoonGi dengan senyuman.

Aku mengeluh berat. Apa pun, aku terpaksa menyertai kem belajar sambil bercuti selama 3 hari bawah anjuran pihak sekolah ini. Ye, kem ini bunyi menyeronokkan, tetapi aku tidak mahu.

Aku tidak selesa dan belum bersedia untuk kembali bergaul dengan orang. Tambahan pula kem ini di khaskan hanya untuk tingkatan lima dan dalam tanggapanku, mesti aku akan diserang dengan pelajar tingkatan lima perempuan tentang hubungan aku dan JiMin.

Selama hari ini di asrama, aku lebih banyak luangkan masa dalam bilik dengan mengulang kaji. Langsung tak bercampur dengan sesiapa. Waktu persekolahan pula, aku banyak menyendiri dan tak turun kantin untuk beli makanan.

eyes for you | pjm¹Where stories live. Discover now