°°°
"Eunha! Ya Tuhan dik, kau dari mana?"
Eunha yang lesu hanya berdiam diri. Mengabaikan suara Jimin yang mula membebel.
"Kau ni kan! Haih aku baru tinggalkan rumah sehari, nasib baiklah aku balik. Tulah, banyak kali aku call kau tak angkat. Aku pun baliklah awal sikit. Kau ni pun, merayau malam malam— EUNHA!"
Terhenti bebelan bak bertih jagung si Jimin tatkala melihat Eunha sudah hampir jatuh. Lemah sangat keadaannya.
Baru Jimin perasan, buku lali Eunha yang mula membengkak dengan wajah sembab dibasahi air mata.
"Ya tuhan, kenapa kau ni? Namjoon mana?"
Cepat cepat Jimin mendukung Eunha. Eunha sekadar menggeleng sebelum esakan kuat kedengaran.
"Meh lah aku bawa kau ke bilik, rehat. Esok ceritakan segalanya." Ujar Jimin pasrah.
Badan Eunha mulai panas. Jimin juga tertanya tanya, kemana Namjoon pergi?
Sudah dua hari Eunha tidak bercakap langsung. Di ajak mandi pun tidak mahu, makan pun menolak. Eunha tidak terurus dan hanya berperap dalam bilik.
Banyak kali juga Jimin menelefon lelaki berlesung pipit itu, namun tidak berjawab.
"Takkan dia lari? Bukan dah janji nak kahwin dengan adik aku ke?"
°°°
"Berita Seoul pagi ini. Dikhabarkan seorang remaja lelaki bernama Kim Seokjin, 18 menghilangkan diri sehingga tidak dapat dijejaki pihak polis. Keluarga mangsa merayu kepada orang ramai agar membantu mereka—"
"TIDAK!"
Terganggu tumpuan Jimin yang sedang menonton berita. Jeritan nyaring Eunha kedengaran di ruang bilik.
Tanpa buang masa, terus Jimin naik ke atas dan menendang pintu bilik. Di matanya, Eunha sedang memeluk lutut di hujung katil sambil menangis.
"Eunha!"
"Namjoon! Mana Namjoon?!"
Tubuh kecil Eunha dipeluk erat. Semakin lama, Eunha semakin selesa. Suaranya mengendur, yang kedengaran hanya esakan halus.
"Oppa, Eunha nak Namjoon semula..."
Jimin mengucup ubun ubun Eunha penuh kasih. Dirinya terseksa melihat adiknya sengsara sebegitu rupa disebabkan seorang lelaki.
°°°
💙
YOU ARE READING
Soulmate Gaìrdin.
Fanfiction© 2020 | Collaboration Series 1st - 10th : @rosesflwr- Cover by : @starvallet