Falsafah Hidup

13 0 0
                                    

BERCITA-CITALAH!

Imanlah yang menimbulkan semangat baru dalam kemajuan dan langkah manusia. Iman yang menimbulkan keyakinan mencari kehidupan dan rezeki, terutama iman kepada takdir.

Orang beriman percaya meskipun rezeki itu berada dalam mulut macan (harimau), kalau tersedia buat dia, meski jatuh ke tangannya, itulah dia bekerja dan giat mencari rezeki.

Dia percaya bahawa kalau tidak binasa kata Tuhan, walaupun seluruh isi alam berusaha hendak membinasakan, tidaklah akan binasa.

Dia percaya bahawa rezekinya tersedia di bawah naungan pedangnya sendiri. Dia diberi dua tangan dua kaki, sepuluh jari, dua mata, dua telinga dan kepala yang dipenuhi otak, adalah untuk berfikir dan berikhtiar, berusaha dan usahanya itu tidaklah akan sia-sia.

Sebab itu cita citanya tumbuh dengan subur.

Cita-cita ialah percaya penuh akan masa depan. Hidup kumpulan keinginan, cita-cita usaha dan buah hasil. Sekali-kali tidak dapat dipisahkan. Jalan hidup mempunyai permulaan, pertengahan dan hujung.

Permulaan langkah ialah cita-cita. Ikhtiar menjalani dan tak menyudahi. Hidup perlu bercita-cita. Tidak ada cita-cita hidup seakan akan tidak berhakikat. Bahkan tidak ada sama sekali.

Cita-citalah yang menghilangkan rasa sakit, melupakan kepedihan dan kesulitan. Sebab cita-cita itu sendiri adalah dinamo hidup.

Bukankah sesudah mendaki kita akan menurun? Bukankah dengan air mata juga tercapai sukacita?

Cita-citalah yang membangkitkan semangatt orang yang mendaki, kerana dibalik pendakian akan ada penurunan.

Cita cita yang menghilangkan kelelahan ayah mendidik anak, kepayahan guru mengajar murid, kepenatan saudagar memikul beban.

Umat yang telah lemah dan kalah, tegak kembali kerana didorong cita-cita. Dia tidak akan berhenti berusaha sebelum tercapai cita-citanya.

Umur umat bukan umur orang seorang. Sebab itu, jika jatuh kini besok tentu akan tegak dan berjalan pula. Suatu generasi habis, namun cita-cita disambung oleh generasi yang kemudian.

Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh, pupuklah dia.

Mengapa kita berputus-asa padahal matahari tak terbit di timur? Mengapa kita mengeluh pada hari bumi masih mengeluarkan tanaman?

Hidupkan cita-cita dan jangan putus asa

Baikkan sangka, tinggikan cita-cita, gembirakan hati, hadapi alam, itulah bekalan di medan perjuangan.

Alam ini diserahkan tuhan ke tangan kita. Asal jangan hasad dengki, benci, tamak, khianat dan berdendam, semua akan bagus kita pandang.

Maka sesiapa yang hendak sederhana, bertawakallah kepada Tuhan. Hidupkanlah cita-cita dan baik sangka sesama manusia.

HAMKA
Falsafah Hidup

Coretan PenaWhere stories live. Discover now