Lebih seminggu berlalu sejak kes dia bertemu lelaki misteri di kawasan larangan sebelum ini. Lebih seminggu juga, Celeste Raul perasan akan lelaki itu yang mana muncul secara tiba-tiba dimana saja dia berada membuatkan Raul rasa seperti diperhatikan. Namun sejurus selepas itu, lelaki tadi kembali menghilangkan diri tanpa sempat Raul bertanyakan namanya. Stalker? Seram.
Alain, rakannya itu juga sangat berprasangka terhadap lelaki aneh itu. Namun apa yang lebih penting bagi Alain adalah menghasut rakannya untuk mendengar cerita tahyul dan fantasi serta gosip-gosip di universiti. Seperti biasa, pada hari itu, Alain mengheret Celeste Raul untuk ke kafe berdekatan dengan asrama lelaki bagi membuka cerita baru.
Raul memandang Alain tanpa perasaan. Dia sudah lali. Dia sebagai seorang lelaki yang sangat-sangat mempercayai dirinya sebagai seorang yang logik, dia tak akan sesekali menerima auta milik Alain.
"Cuba teka malam ni, malam apa?" soal Alain dengan senyuman penuh makna.
"Malam Jumaat? Esok Sabtu, cuti tak ada kelas." balas Raul, tanpa banyak berfikir. "Kau nak pergi parti ke?" soal Celeste Raul seketika kemudian dengan kerutan di dahi. Dia masih tak faham mengapa Alain menyoal soalan tersebut.
Alain mengeluh. "Parti? Ada ke yang nak jemput kita? Pelajar popular di kuliah kita je yang selalu mereka jemput." dia memberitahu dengan nada yang mana bercampur sedikit cemburu.
"Urm.. sebenarnya aku dapat jemputan." Celeste Raul menggaru pipi yang tidak gatal, tak sangka yang Alain tidak dijemput. Dia fikir semua pelajar dari kuliah mereka dijemput.
"Hah?! Mana adil! Raul!! Kau pengkhianat!" jerit Alain dan saat itu matanya mula memerhati Celeste Raul dari atas sehingga bawah. Memang tak dinafikan walaupun Raul tak banyak bercakap di dalam kelas, dari segi rupanya sahaja dia sudah boleh menjadi popular.
Wajah Celeste Raul sempurna dari semua segi, kulitnya putih dan kelihatan sedikit pucat di bawah sinar mentari namun auranya sedikit pun tidak pudar malah lebih menyerlah. Bibirnya merah bak darah, kontra dengan kulitnya sehingga kadangkala Alain sendiri geram melihatnya. Mana adil, rakannya begitu rupawan membuatkan dia yang selalu berdiri di sebelah menjadi seperti angin lalu pada pandangan orang lain. Mata Celeste Raul pula bundar dengan bulu mata lebat serta pandangan redup yang membuatkan sesiapa sahaja berasa kasih tatkala melihatnya.
Hnghh~ sangat kacak, idola semua orang! Alain menggigit hujung bajunya, geram dengan kawan yang tak sedar diri ini. Dengan rupa yang sangat kacak itu, Celeste Raul boleh menggoda kedua lelaki dan perempuan, tak kira jantina. Dah boleh jadi selebriti kegilaan ramai. Wajah itu sangat androgynous. Tak pula lihat tubuh badannya yang sasa, walaupun bukanlah seperti ahli bina badan di luar sana tetapi masih punya otot yang berketak menambah lagi keseksian milik Celeste Raul.
Buat Alain patah hati! Kenapa dia yang berkawan dengan Celeste Raul tetapi sedikit pun tidak menerima perhatian daripada orang lain?! Semuanya kerana kawannya yang terlalu menarik, sangat menarik sehingga Alain yang boleh dikatakan golongan lelaki kacak itu dirasakan bagai sampah! Tidak setanding untuk berdiri disisi Celeste Raul.
"Kalau kau nak jemputan tu, ambil la. Aku tak suka pergi parti." Raul segera menolak tawaran jemputan itu pada Alain.
"Hmph, buat apa. Balik kepada cerita asal. Malam ni bukan setakat malam Jumaat." Alain segera menukar topik.
"Jadi? Apa yang kau nak beritahu sebenarnya?" Raul menadah telinga.
Melihat Celeste Raul yang mula berminat, Alain berdehem beberapa kali sebelum mula membuka kisah yang dia dengar dari Kelab Kaki Gosip universiti mereka. Bukan buatan semata, memang ada kelab khas di universiti mereka untuk bergosip. Mereka merupakan kelab terkenal yang sentiasa mengeluarkan berita dan buletin terkini untuk universiti. Semua cerita, tanya sahaja, ahli kelab ini pasti tahu.
YOU ARE READING
ELYSIUM
Ma cà rồngPernah dengar tentang Elysian? Elysian berasal daripada perkataan Greek, Elysium. Elysium membawa maksud suatu tempat kebahagiaan selepas kematian. Manusia yang meninggalkan dunia akan mendapat berkat dan restu di dunia selepas kematian. Mereka dija...