"Awak boleh panggil saya Vlair." ujar Vlair Kieran.
Celeste Raul rasa bibirnya bergetar sedikit namun dia terus diam seketika. "Kieran." akhirnya dia membuat keputusan.
Vlair Kieran tersentak. Jantungnya berdegup laju sesaat, tak sangka yang Celeste Raul akan memanggilnya dengan nama tengah. Bagi golongan seperti mereka, nama keluarga adalah rahsia. Maka Vlair Kieran adalah namanya sendiri tanpa nama keluarga. Semua nama mahkluk seperti mereka mempunyai tiga perkataan. Sama seperti Celeste Raul, kedua perkataan itu adalah namanya tanpa nama keluarga.
Celeste Raul Orlok, pewaris terakhir bagi keluarga Count Orlok.
Sejujurnya tak ada orang yang memanggil Vlair Kieran sebagai Kieran. Mereka semua memanggilnya sebagai Tuan Vlair maka nama Kieran itu agak istimewa untuknya. Barangkali Celeste Raul fikir Kieran adalah nama keluarganya dan disebabkan itu, dia memanggilnya sebegitu. Vlair Kieran melepaskan lengan Raul yang dipegangnya.
"Awak nak ke mana, Celeste Raul?" soal Kieran dengan mata yang tidak lepas dari merenung ke arah lelaki di hadapannya itu. Sangat degil, jika Vlair Kieran tidak memerhati dengan baik, cepat sahaja dia hilang dari pemerhatiannya dan mencampakkan dirinya ke dalam bahaya.
"Tak perlu panggil nama penuh." Raul menggaru pipinya yang tidak gatal. Perkara itu memang sudah jadi kebiasaannya. "Rasa pelik."
"Mn. Raul." panggil Kieran, laju, sejurus Raul habis bersuara seperti tidak sabar sahaja.
Celeste Raul terdiam. Ramai sahaja yang memanggilnya Raul tapi entah kenapa apabila lelaki itu yang memanggilnya dengan panggilan Raul, perasaannya berkocak bagai air tenang yang dilemparkan batu ke dalamnya. Tambah lagi dengan suara milik Vlair Kieran yang mana bagai mempunyai magik, setiap kali dia membuka mulut, dia mampu memukau sesiapa sahaja, terutama mangsanya, manusia.
Sudah tentu Celeste Raul tidak mengetahui perkara tersebut namun entiti seperti Vlair Kieran, memukau dan menggoda manusia adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Maka tidak semena-mena, walaupun Vlair Kieran sudah menahan kuasanya, masih ada sedikit sebanyak yang terkeluar tanpa sedar. Lebih parah, Celeste Raul pada saat itu hanyalah manusia biasa.
Lantas Raul segera mengalihkan pandangannya dan melihat ke tempat lain. "Jadi, apa yang awak buat di tengah malam ni?" tanyanya. Takkanlah lelaki ini masih mengekorinya. Patutkah dia laporkan tentang perkara ini pada pihak berkuasa? Celeste Raul ligat berfikir di dalam mindanya.
"Raul, patut saya yang tanya awak. Bahaya, tengah malam..keluar.." Kieran mahu menasihati Raul namun secara tiba-tiba ayatnya semakin lama semakin berterabur apabila dia perasan bahawa dia tidak pandai memberi nasihat. Malah, Vlair Kieran juga sangat teruk dalam memujuk apatah lagi melindungi seseorang. Keningnya berkerut dan buat pertama kali Kieran tak tahu apa yang dia patut lakukan tatkala itu. Tugasnya kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah dia lakukan. Dia yang mana merupakan ketua puaknya sendiri hanya tahu memberi arahan.
Dia yang sekarang tak sama macam dia yang dahulu. Vlair Kieran sudah lupa bagaimana cara untuk menjaga seseorang. Menasihati bukanlah perkara yang mudah untuk dia lakukan. Lagipun, Celeste Raul langsung tidak mempunyai sebarang memori tentang masa dahulu. Mereka berdua kini hanyalah kenalan baru yang langsung tidak rapat. Count Orlok mungkin memilih Vlair Kieran sebagai orang yang dia percaya untuk melindungi Raul tapi orang itu kini tidak ada sebarang pengetahuan tentangnya.
Siapa dirinya yang sebenar, Celeste Raul langsung tidak sedar. Dirinya sentiasa terdedah kepada bahaya. Vlair Kieran juga tahu bahawa dia tidak boleh memberitahu perkara sebenar kepada Celeste Raul. Jika dilihat daripada personaliti Raul sendiri, jika Vlair Kieran bersuara mengenainya, mungkin dia akan dihalau oleh lelaki itu kerana bercakap mengarut. Siapa saja akan percaya pada orang yang baru muncul dalam hidup mereka?
YOU ARE READING
ELYSIUM
VampiroPernah dengar tentang Elysian? Elysian berasal daripada perkataan Greek, Elysium. Elysium membawa maksud suatu tempat kebahagiaan selepas kematian. Manusia yang meninggalkan dunia akan mendapat berkat dan restu di dunia selepas kematian. Mereka dija...