Prince & Princess Cafe.(P&P cafe)Sejak balik daripada hospital, sikap Hazel sedikit berubah. Dia tidak banyak cakap dan kurang membuat masalah.
Dia masih tidak boleh melupakan kata-kata Adam tempoh hari. Kenapa Adam berubah? Kenapa aku nak kesah sangat?
Hari-hari Hazel akan berperang dengan perasaannya sendiri.
"Hazel!"panggil Kaira entah yang keberapa kalinya.
Kaira menepuk meja cafe. Kuat. Sehingga menarik perhatian beberapa orang yang berada berdekatan.
"Hah? Apa?"tanya Hazel dengan muka blur.
"Haish kau ni. Kau nak apa-apa tak? Kitaorang tolong belikan."
"Tak nak."
"Betul ni? Jangan nanti kau ajak aku ponteng kelas semata-mata nak beli makanan."
Hazel mengganguk sebagai jawapan.
"Lamanya beli makanan." Hazel mengeluh. Beli makanan ke pergi tolong masakkan makanan? Mustahil. Diaorang mana pandai masak.
Tiba-tiba rasa kering pulak tekak ni. Tengok barisan di kaunter makanan masih panjang.
Jadi Hazel mengambil keputusan untuk membeli air sendiri. Meja dia dah suruh orang jagakan.
Nasib tak ramai orang di kaunter minuman.
"Orange juice. Large."pesan Hazel apabila sampai turn nya.
"Berapa?"tanya akak yang menjaga kaunter itu.
"Saya ada cakap nak dua?tiga?empat?lima? Tak ada kan. So saya nak satu jelah."
Akak tu hanya mengangguk lalu tersenyum manis.
Ambil masa lima minit jugak lah tunggu air tu siap. Jari diketuk-ketuk di atas meja kaunter.Tekak ni dah dahaga sangat ni.
"Terima kasih."ucap akak itu mesra.
Hazel hanya menayangkan muka ketatnya. Moodnya tak berapa nak elok.
Pusing saja,Hazel terlanggar seseorang.
"Woi!"
Habis tumpah orange juice nya pada baju orang yang dia langgar itu.
Perlanggaran itu berjaya menarik perhatian seluruh warga P&P cafe. Wah! Terima kasih atas suara anda yang dah macam tertelan mikrofon.
Keadaan cafe menjadi sunyi. Semua fokus kearah Hazel dan orang yang dia langgar tadi.
Hazel menggaru kepalanya yang berlapik tudung. Rasa bersalah? Memang taklah. Rasa sedih adalah.Orange juice nya yang selamat mendarat di atas lantai dipandang penuh sayu.
"Kau buta ke betina?!"Habis basah baju aku sial!"tengking lelaki itu.
Wow. Beraninya dia tengking aku? Lelaki itu dipandang atas bawah. Tak pernah tengok tapi dia tahu ini budak sama batch dengannya. Macam mana dia tahu? Tengok warna tie pun dah tahu. Merah.Warna tie berbeza mengikut batch masing-masing.
Hazel buat bodoh sambil berpeluk tubuh. Sedikit pun dia tak takut.
"Kau tak reti nak minta maaf ke betina?!"tengkingnya lagi.Merah mukanya akibat menahan marah.
Geram dengan sikap Hazel yang sombong itu,lelaki itu bertindak menolak tubuh Hazel ke dinding.
Hazel meringis kesakitan. Kau ingat dinding ni lembut macam tilam ke?
Tangannya naik manahan dinding. Jarak mereka tersangatlah rapat.
Jelas riak terkejut di muka Hazel. Apa dia nak buat ni?
Semua pelajar sudah mula berbisik-bisik.
Lelaki itu mendekati mukanya pada Hazel. Lagak seperti mahu mencium.Hazel terus mengelak. Bau purfume yang dipakai oleh lelaki itu masuk ke dalam rongga hidungnya.
Lelaki itu berbisik di telinga Hazel." Kau dah masuk dalam senarai hitam aku."
Hazel cuba menghadam kata-kata lelaki itu? Senarai hitam?
"My name is Carllen Grey. Remember that."bisiknya lagi sebelum menjauhi Hazel.
Hazel betul-betul ralat pada ketika itu. Hazel terus keluar daripada kawasan cafe.
Keadaan kembali seperti sedia kala. Pelajar kembali membuat hal masing-masing.
***
"Weh apa jadi tadi?"kalut Lutfan bertanya. Dulang makanan diletakkan di atas meja.
"Hazel buat hal dengan budak kelas kita yang aneh tu."jawab Farhan.
"Wow. Habis tu kenapa korang duduk diam je? Apa punya pengawas korang ni? Biasanya kalau geng Hazel tu buat perangai laju je korang pergi." kata Lutfan sambil menyumbat spageti carbonara ke dalam mulutnya.
"Adam ni yang tak nak pergi. Katanya tak nak masuk campur. Kau pun tak payah cakap banyaklah. Kau kenapa tak pergi?"jawab Luqman pula.
"Alah kau ni pun Luq....kau tak nampak ke aku beratur punyalah panjang masa nak beli spageti carbonara ni tadi. Rugilah kalau aku pergi."
"Yelah nak,nenek faham."kata Luqman dan Farhan serentak. Siap buat muka nenek tua yang tak cukup zat lagi.
"Menganjing aku lah tu."tak guna betul punya kawan.
"Fuh penatnya beratur. Nasib ada aircond. Kalau tak memang mandi peluh lah aku." Mikael yang baru tiba itu meletakkan makanan dengan kasar diatas meja. Semua junk food.
Nak mampus awal ke dia ni?
Farhan,Luqman dan Lutfan leka dengan telefon masing-masing kecuali Adam yang leka dengan iPad nya.
Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Weh bro kau kenapa?" Mikael menampar bahu Adam perlahan. Kang kalau tampar kuat-kuat mengamuk pulak singa ni.
"Apa?"
"Kau dah siapkan ke senarai nama pelajar tingkatan 5 yang akan mengikuti kem tu?"tanya Mikael. Niat mahu menegur saja tapi takut pulak dia tengok muka dingin Adam itu. Jadi dia buat-buat tanya.
"Ni." Adam menunjukkan iPad dihadapannya.
Mikael membaca satu persatu nama yang telah ditaip oleh Adam.
Tiba-tiba matanya terhenti pada satu nama. Eh tak bukan satu tapi lima nama.
"Alah kenapa kau masukkan nama diaorang ni. Bukan ke kau dah cakap tak nak masukkan nama diaorang. Lagipun mengamuk diaorang kalau tahu ni." Mikael sudah naik seram melihat lima nama yang tertera pada skrin iPad milik Adam itu.
Laju Farhan, Luqman dan Lutfan melihat senarai nama itu. Lutfan siap mengangkat sekali makanannya semata-mata mahu melihat sama.
"Suka hati aku lah."jawab Adam selambar.
"Tapi kalau diaorang buat hal macam mana?"
"Handle je macam biasa.Orang macam diaorang nilah sepatutnya masuk kem macam ni."
Semua terdiam.
Adam telah membuat keputusan dan dia memang tak akan ubah keputusannya itu. So baik semua diam sahaja.
Thank You for support!
😋.
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Aventura"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...