"Pstttt...Hazel."panggil Maira secara berbisik.Hazel memandang Maira yang berada di tepinya. Matanya hampir tertutup disebabkan mengantuk. Kalau masa sejarah dia memang mengantuk. Bosanlah dengan cikgu Han bercerita kat depan tu. Ingat aku ni budak kecik ke?
"Tu."tunjuk Maira kearah tingkap.
Hazel memandang tingkap dihadapannya. Ada seorang pelajar lelaki yang berdiri di koridor yang bertentangan dengan tingkap kelasnya. Berkerut dahinya cuba mengenal pasti siapa gerangan itu.
Pelajar lelaki itu tersenyum sinis kearahnya. Tiba-tiba telefon Hazel bergetar menandakan mesej masuk.
Hazel membuka telefonnya dibawah meja. Terbeliak mata Hazel melihat satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali.
"Hi... remember me?"
Hazel mengetuk-ngetuk mejanya. Otaknya cuba untuk mengingati siapa nama lelaki itu.
"Car.....Car apa eh?"
"Grey.......kelabu apa nama mamat ni?"
"Car....Grey.... Carllen Grey!" Hazel menekup mulutnya.Opss terkuat. Bodoh kau Hazel.
Satu kelas memandang Hazel termasuklah cikgu Han.
"Eh apasal dia sebut nama Carl?"
"Dia ada apa-apa ke dengan Carl?"
"Takkanlah diaorang couple?"
"Ish kau ni... mustahil Carl tu nak bercinta."
Hazel terdengar beberapa umpatan daripada classmate nya. Nilah jenis nak mengumpat tak pandai.
"Hazel awak bercinta dengan Carllen Grey kelas sebelah tu ke?"tanya cikgu Han.
Hazel terdiam. Tak tahu nak jawab apa.
Cikgu Han mendekati Hazel.
"Kot ye pun nak bercinta janganlah angau sampai tak boleh fokus dalam kelas sejarah saya."nasihat cikgu Han.
Hazel memandang ke tempat lain. Telinga dikorek-korek. Sengaja dia buat begitu kerana dia malas mahu mendengar bebelan daripada cikgu Han.
"Okay class! Kita sambung balik pembelajaran kita yang tergendala akibat kes angau Hazel tadi. Oh saya nak cakap sikit dengan awak semua. Awak semua tahu tak nilah punca ibubapa tak bagi anak mereka bercinta kerana........bla bla bla"
Cikgu Han ni memang dah melampau. Kau tunggulah kejap lagi aku pancitkan tayar kereta kau.
Hazel memandang kembali ke arah tingkap. Carl sudah tiada disitu.
Telefon Hazel bergetar lagi.
"Baru je aku bagitahu nama aku masa rehat tadi tapi kau dah lupa. Btw seronok aku tengok kau kena marah dengan cikgu."
Lelaki ni memang gilalah. Mana dia dapat nombor telefon aku? Rasa seram sejuk pulak.
***
Setiap tahun akan diadakan kem bagi semua tingkatan. Semua wajib menyertai tapi presiden sekolah mempunyai hak untuk memilih siapa yang akan menyertai dan siapa yang tidak. Biasanya yang tidak menyertai ialah pelajar-pelajar yang bermasalah seperti Hazel and the gang.
Tarikh kem setiap batch adalah berbeza. Sekarang tibalah turn untuk pelajar tingkatan 5.
"Yang kat belakang tu tak boleh lambat lagi ke?"sindir cikgu Han. Tak sangka orang tua ni pun ikut sekali.
"Kenapa kita terlibat sekali!"bentak Bella. Kaki dihentak-hentak
"Kita tak patut terlibat!" Kaira turut melakukan benda yang sama.
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Приключения"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...