Pagi itu,Alya bangun awal terlebih dahulu,dia lihat Rayyan masih tidur di katil,
"Mana tak bangun lambat,tidur empuk atas katil"kata Alya sambil menjeling Rayyan
"Apa kau cakap?"kata Rayyan tiba2
Dan Alya terkedu kerana Rayyan sudah pun bangun dan mendengar kata katanyaRayyan angkat bantal daripada menutupi wajahnya
"Kau cakap sekali lagi"kata Rayyan
"Mana ada cakap apa-apa"nafi Alya
Rayyan bangun dari tidur dan lantas dia ingin pergi mandi
"Tepi sikit,aku nak mandi"kata Rayyan
Alya mengeluh
"Asyik dia je dulu! bangun lambat!"kata Alya perlahan lahan
"Kau cakap apa?,"tanya Rayyan sekali lagi
"Tak ada apa2"Alya takut takut
"Nak mandi sekali ke?Jom!"Rayyan tarik tangan Alya
"Eeeeee...pergi laa mandi!,siapa nak mandi dengan awak hah!"kata Alya
"Macam tu laa bagi aku mandi dulu",kata Rayyan
Rayyan tersengih teringatkan kejadian semalam.
Entah kenapa dia suka mengusik Alya, mendengar bebelan dan omelan Alya.Suasana meja makan di rumah Rayyan
"Welcome home,Alya"kata Puan Fadzilah
Alya tersenyum "Terima kasih...mama"kata Alya agak janggal dengan panggilan mama,bukan apa,uminya sudah pesan banyak kali supaya Alya panggil Puan Fadzilah,mama
Rayyan baru turun dari biliknya,dan dia duduk di samping Alya
Alya terdiam 'Dah mai dahh..'
"Rayyan,mari makan"ajak mamanya
Rayyan ingin mencedok nasi ke pinggannya, tiba2 dihalang oleh Alya
"Biar,saya buat"kata Alya sambil menghantar isyarat mata 'ingat mama dan papa!'
"Awak nak makan apa?"tanya Alya pada Rayyan
Puan Fadzilah dan Dato Zainuddin hanya tersenyum melihat kemesraan Rayyan dengan Alya
"Bihun goreng"jawab RayyanBaru mamanya tiba tiba sedar
"Awak?"kata mamanya tiba tiba
Alya dan Rayyan terdiam dan masing2 tidak tahu mahu kata apa
"Kenapa tak panggil sayang ke abang ke?"tanya mamanya
Perbuatan Alya terhenti serta merta..
Alya dengan muka berkerut kerut sedang menghadam perkataan
'sayang' 'abang'!
'Eyeww'
"Ummm,maaf laa mama, Alya tak biasa lagi nak panggil sebutan tu sebab kan kami dah lama terpisah,so mengambil masa untuk sebut balik perkataan tu"sengih Rayyan
Dia hentam saja,asalkan mama tak marah.
Alya hanya tersenyum dan sambung tugasnya semula untuk mencedok bihun goreng ke pinggan Rayyan
"Kamu dah nak pergi kerja dah ke?"tanya papanya
"Haah,papa!,kerja banyak tiba2, lepas tu hari ni ada klien penting"jawab RayyanSebenarnya dia hanya berbohong, mahu hadap muka Alya 24jam ,..No way!
Alya hanya diam saja,
'tak guna betul tinggalkan aku!'
'satgi nak buat apa!'
Bentak Alya dalam hati
"Mama,papa, Rayyan pergi dulu ya"kata Rayyan
Dia bersalaman dengan papa dan mamanya.Alya ingin menyuakan tangan untuk bersalam dengan Rayyan namun Rayyan seakan akan lupa tentang kewujudannya.
Alya termanggu manggu
'Eeeeeeeehhh,,geramnya aku!' Sabar je la Alya dapat perangai macam ni!' kata Alya dalam hati,dia cuma mampu bersabar sahaja.
Takkan dia nak mengamuk dalam rumah ni kot,ni bukan rumah umi dan abahnya
"RAYYAN!apa ni kamu tuu!Alya nak salam kamu ,kamu endah saja"tegur mamanya,bukan dia tak nampak muka Alya langsung berubah menjadi keruh apabila Rayyan mengabaikan diaRayyan terlupa!,lupa pula dia sudah punya isteri
"Maaf, lupa,maklum tak biasa lagi"Rayyan pura pura ketawa
"Maaf ya,SAYANG"kata Rayyan seakan akan perli Alya
Lalu tangan Rayyan segera dihulurkan kepada Alya
Alya geram ,terus dia genggam tangan Rayyan sekuat kuatnya lalu bersalam dengan Rayyan sambil picit kuat kuat tangan Rayyan
'Eeeeee... geram!'
Rayyan mengaduh sakit
'Aduh,sakitnya! kuatnya perempuan ni!'
Muka Rayyan kelihatan berkerut kerut menahan sakit
Alya jeling Rayyan dan kata perlahan
"Padan Muka!"kata Alya dan terus beredar dari situ
Rayyan jeling Alya,sebelum dia terus ke keretanya"Selamat pengantin baru,Bos!"kata setiausahanya
Rayyan hanya tersenyum "Thanks"katanya sebelum dia masuk ke pejabat
Dalam pejabat sudah ada Rafiqi,
"Pengantin baru,apa khabar?'tanya Rafiqi
"Apa,apa je laa kau ni"Rayyan malas melayan perangai Rafiqi
"Aku ingat ke kau cuti harini, maklumlah baru kahwin,orang selalu ambil cuti"kata Rafiqi
Masakan tidak, Rayyan sudah menelefon pagi tadi,katanya dia kerja seperti biasa hari ini,siap tanya jadual meeting lagi kepada Rafiqi
"Hmmm,dah nak kerja,buat macam mana''kata Rayyan
"Kau kelentong apa pulak dekat papa kau"tanya Rafiqi
Bukan apa,hairan
Takkanlah Dato Zainuddin senang senang bagi Rayyan pergi kerja..
"Aku kata banyak kerja"Rayyan ketawa
"Sengal,Hah pergi laa siap kerja kau yang BANYAK tuh"perli Rafiqi
YOU ARE READING
Kahwin Atas Hasrat (COMPLETED)
RomanceKerana hasrat dua pihak keluarga,hidup Alya Qaisara dan Adam Rayyan huru-hara! Dek kerana itu,mereka sering bergaduh dan berperang mulut setiap kali berjumpa sehingga menyebabkan masing2 tidak dapat mengawal emosi lantas berkata kata tanpa berfikir...