Listen through earphone for different vibes
Malam sudah pun tiba
Seokjin berada di luar rumahnya
Dia memandang langit yang dipenuhi bintang
Angin pun menerpa wajahnya
Dia menutup mata dan mengahayati keindahan malam
Secara tidak sengaja
Dia teringat kisah silamnya yang amat perit
Hatinya rapuh apabila teringatkan perkara yang membuatkannya ingin mati pada ketika itu
Seokjin mengalirkan air matanya
Dia mengambil nafas yang dalam
FLASHBACK
"Weh korang, apa cita cita korang eh nanti dah besar?"
"Aku nak jadi pilot doh! nanti boleh bawak korang semua pergi oversea!"
"Aku pulak, nak jadi fashion designer-"
"Kau fikir kau perempuan nak buat baju bagai ni?"
"Eh hello! kau fikir buat baju tu kerja perempuan je ke?"
"Haah"
"YOU! WHY YOU?!"
Sedang mereka bising melawan antara satu sama lain
Seokjin masih diam tak terkutik
Baginya, dia hanyalah tunggul yang berada disisi kawan kawannya
Dia tidak layak bersama mereka
Dia selalu dipinggirkan kerana iQnya yang rendah
Senang dikatakan
Lembap
"Kau Seokjin?"
Lamunannya terhenti
"Ah-ak-aku nak jadi-"
"Alah, takpayahlah. Kau simpan jelah cita cita kau tu jin, kau ni macam tak layak je nak ada cita cita ahahahahaha"
"Ye doh, kau kena sedar yang otak kau tu dah serupa otak udang kau tau? lembap! AHAHAHAHAHAH"
Seokjin memandang mereka dengan perasaan yang bercampur baur
Di dalam hatinya
Dia hanya ingin menjadi seorang guru yang akan mendidik muridnya dengan baik kelak
Tetapi
Dia rasa tersindir
'Apa salah aku?'
'Kenapa aku dipinggir?'
'Sebab aku bodoh ke? sebab aku bodoh diorang tak suka aku?'
'Aku tak mintak pun dilahirkan jadi macam ni'
'Kenapa? aku hanya perlukan sokongan, tu je. TU JE YANG AKU MINTAK!!'
Dia hanya mampu memberontak di dalam hati
Dia tidak mampu berbuat apa apa
Baginya dia hanyalah insan yang lemah
Tak mampu untuk melawan percakapan mereka
Dia hanya mampu bersabar
END FLASHBACK
Seokjin membuka matanya
Matanya kabur
Hingga kini
Dia masih terasa dengan sindiran kawan lamanya
Apakah mereka masih menganggapnya kawan?
Mungkin ye?
Dan mungkin tidak?
"Aku cuma nak buktikan dekat korang yang aku pun boleh berjaya, tapi-"
Seokjin mengesat air matanya dengan kasar
"TAPI KENAPA KORANG SINDIR AKU?! AKU NI BODOH SANGAT KE SIAL?!! AKU CUMA NAK JADI GURU! GURU JEEE! KAU FIKIR AKU NI TAK BOLEH BUAT KE SEMUA TU BODOH!! KORANG YANG BODOH BUKAN AKU!"
Seokjin menjerit
Air matanya jatuh dengan deras
Dia ingin melepaskan segala penderitaan yang dia alami selama ini
Otaknya kusut memikirkan semua itu
Dia memeluk lutut
Dalam hatinya hanya berkata
'Aku tak bodoh, aku tak bodoh'
Ye, di luarannya mempunyai sikap yang ceria seperti tiada apa apa masalah
Tapi, siapa sahaja yang tahu apa yang berada di dalam hatinya
Yang terbuku, tidak tahu berapa lama dipendam
Dia hanyalah manusia biasa
Penyokongnya hanyalah Hoseok
Hoseoklah yang sentiasa berada disisinya
Yang setia menjaganya
Susah dan senang
Dia tidak berkira
Seokjin mengesat semula air matanya
Dan berlari masuk ke dalam rumah
Dia terlihat Hoseok leka menonton televisyen
Seokjin terkaku sebentar
Dia mendekat ke arah Hoseok
Dan
Memeluknya dengan erat
Hoseok terdiam
"Eh, eh kau pahal doh? bang kau okay tak?"
Terasa bahunya basah dek kerana air mata Seokjin yang sedang mengalir
Hoseok tidak bertanya apa apa
Dan menepuk belakang badan Seokjin
"There, there. Nangislah, aku faham perasaan kau"
Makin kuat Seokjin menangis
"WOWOWOWO BRO! HINGUS TU LEK SIKIT, BAJU NI AKU BARU BELI"
Seokjin menghiraukannya
Hoseok hanya mampu mengeluh
"Haiyaaaa"
TBC-
Fact:"ketika seseorang itu mempunyai masalah, dia memerlukan seseorang untuk dipeluk"
YOU ARE READING
HANTU USTAZ JIN!!
Fiksi Penggemar[ season 1 = completed ] [ season 2 = coming soon ] "mimpi itu mainan syaitan." -buku ini direka ketika saya masih bersifat kebudak-budakkan lagi, jadi kemungkinan mempunyai ayat yang bercelaru dan memeningkan, maaf dipinta awal-awal, terima kasih ♡...