"Kau nampak tasik kat depan ni?!"tanya Sir Syaz. Macam bercakap dengan askar."Nampak!"jawab semua pelajar.
"Kau dah pakaikan jaket keselamatan tu jadi aku nak kau terjun dalam tasik ni."
Ada segelintir pelajar sudah tidak sabar mahu terjun ke dalam tasik yang luas itu. Tapi ada juga yang membuat muka geli apabila melihat air tasik itu. Lumut!
"Bukan terjun macam tu je tapi aku nak kau naik atas papan yang tinggi tu lepastu terjun. Make sure kau pakai elok-elok jaket keselamatan kau tu sebab kedalaman air ni 16 kaki."pesan Sir Syaz lagi.
"Tapi sebelum tu aku nak kau cabut kertas dalam balang ni sorang satu. Dalam ni ada nama- nama binatang."
Abang Daniel menghulurkan balang itu kepada semua pelajar.
Hazel membuka kertas itu.
Lembu?
Dalam banyak-banyak binatang, lembu jugak yang aku dapat.
Hazel melihat yang kawan-kawannya punya. Semua tak sama.
Pelajar dah mula beratur seorang demi seorang untuk terjun.
Hazel dah kecut perut tahap babun apabila melihat seorang demi seorang pelajar mula terjun.
"Kau kenapa tak terjun-terjun lagi?"tanya Sir Syaz.
"Gayat."jawab Hazel sepatah.
Rasa macam nak pengsan apabila dia melihat semua pelajar sudah berada di bawah. Semua nampak kecik.
"Gayat tak gayat aku nak kau terjun jugak!"
Hazel menekup telinganya. Bisinglah orang tua ni.
"Hazel! Kau boleh!" Kaira yang sudah berada dibawah memberikan sokongan.
"Ye! Go Hazel!"sokong Maira.
"Sir Syaz boleh tak saya tak nak terjun?"rayu Hazel. Muka dah nak menangis dah ni.
"Tak boleh!"jawab Sir Syaz penuh tegas.
"Bolehlah."
"Tak boleh! Baik kau terjun sekarang sebelum aku yang terjunkan kau."
Hazel menarik nafas panjang. Go Hazel.Kau boleh.
Hazel berdiri dibahagian hujung papan. Dia sudah bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba matanya bertembung dengan Adam.
Dup dap dup dap.
Jangan buat hal wahai jantung.
BUSH!
Belum sempat Hazel mahu terjun,ada seseorang menolak dia dari belakang.
"Lambat sangat budak ni."kata Sir Syaz.
"Tak guna!"marah Hazel. Hazel kembali mengambil nafas. Salah kau jugak Hazel. Siapa suruh kau duk berangan kat atas tu?
"Sila ambik perhatian! Aku nak kau cari group kau masing-masing mengikut binatang yang kau dapat tadi."arah Sir Syaz.
Hazel melihat wajah ahli kumpulannya seorang demi seorang. Ada yang dia kenal dan ada yang tidak berapa kenal. Perempuan hanya 3 orang.
Wait.
Tu bukan ke Carl? Aduh mampos aku.
"Maaf lambat."kata satu suara."
Hazel terkejut apabila melihat Adam satu kumpulan dengannya.
Adakah ini jodoh?
"Dah dapat!"tanya Sir Syaz.
"Dah!"
"Okay,kalau macam tu aku nak kau buat satu bulatan dengan ahli kumpulan kau tu. Yang lelaki jangan gatal nak pegangan tangan perempuan. Sila pegang lengan baju saja."
Hazel sudah pening. Nak pegangan tangan siapa ni? Tiba-tiba Hazel terasa kedua-dua lengan bajunya ditarik kiri dan kanan.
Adam? Carl?
Yang tarik dia sebelah kiri dia happy tapi yang sebelah kanan rasa seram.
"Weh aku nak Adam pegangan tangan aku."
"Aku nak satu group dengan Adam."
"Untunglah Hazel tu...bolehlah mengatal dengan Adam."
Berdesing telinga Hazel apabila mendengar umpatan daripada group belakangnya.
Group belakangnya dijeling. Terdiam terus beberapa orang pelajar perempuan yang mengumpatnya tadi.
Tahu takut.
"Aku nak kau bertahan dalam bulatan kau tu selama satu jam. Tapi ingat kumpulan mana yang melepaskan pegangan tangan akan di hukum! Pastikan bulatan itu tepat. Tak nak bengkok-bengkok. Faham!"
"Faham."
Sir Syaz ingat senang ke nak buat bulatan dalam air ni? Dahlah badan asyik bergerak-gerak je.
Baru 15 minit berlalu tapi Hazel sudah rasa lenguh.
Hazel pandang muka Adam dari sisi. Hensem. Dengan rambutnya yang terjuntai kedepan akibat basah.
"Stop look at me like that."kata Adam.
Hazel terkejut. Cepat-cepat dia pandang ke tempat lain. Kantoi.
"Crush ke?"tanya Carl tiba-tiba.
"Huh?" Hazel pandang wajah Carl yang tersenyum sinis kearahnya.
"Tu crush kau kan?"tanya Carl lagi.
"Nope your business."jawab Hazel.
Hazel dapat rasakan yang Carl menguatkan pegangan pada lengan bajunya.
"Woi pegang leklok lah."marah Hazel.
"Ops sorry."
Apa masalah mamat ni sebenarnya.
"Dah alang-alang kau duduk dekat aku,ni aku nak tanya. Mana kau dapat nombor aku?"tanya Hazel dengan muka yang serius.
"Nope your business."balas Carl selambar.
Hazel menggigit bibir bawahnya. Geram dengan jawapan yang Carl berikan.
"Jangan goda aku Hazel."kata Carl sambil merenung wajah Hazel.
"Takkan aku buat macam tu pun dah tergoda?"tanya Hazel sinis. Lelaki memang lemah bila dengan perempuan.
"Muka cantik buat apa-apapun nampak menggoda."
Hazel terdiam. Tak sangka Carl pujinya cantik.
"Auch!" Hazel meringis kesakitan apabila Adam mencengkam tangannya kuat. Bukan lengan baju tapi tangan.
"Sakitlah!"marah Hazel sehingga menarik perhatian beberapa orang pelajar.
Adam memandang tempat lain.
Eh mamat ni buat-buat tak tahu pulak.
"Masa telah pun tamat! Aku nampak ada beberapa kumpulan yang gagal. Seperti yang dijanjikan, kumpulan yang gagal akan didenda."
Kumpulan yang menyedari mereka telah gagal sudah mula kecut perut.
"Jangan takut. Denda aku biasa-biasa saja. Aku nak mana yang berjaya sila naik ke darat sekarang. Tinggal yang gagal sahaja."
Kumpulan yang berjaya sudah mula naik ke darat. Tinggallah 4 kumpulan yang gagal.
"Aku nak kau yang gagal ni berenang dari sini hingga ke hujung tu. Selagi aku tak suruh berhenti jangan berhenti!"arah Sir Syaz.
"Kasihan Maira dengan Bella."kata Iris penuh simpati melihat kawan-kawannya yang didenda.
"Tulah. Tasik ni bukannya kecik."sokong Kaira.
Hazel turut mengangguk tanda setuju. Sakit uratlah korang malam ni.
Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Aventura"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...