Dia menapak lemah menaiki anak-anak tangga. Jam di dinding menunjukkan pukul 11:15 malam. Dia terus ke bilik. Rebahkan diri di atas katil. Dia berjaya pujuk TJ balik London tapi dia yakin TJ masih berdendam dengan Tiara.
Tiara? Tariq Zayyan pantas berdiri. Menolak rambut ke belakang. Kata-kata isteri masih menghantui fikiran - Bunuh saja saya.
Tariq Zayyan berjalan mundar-mandir. Apa tindakannya sekarang? Dia buntu. Benar-benar buntu.
Dia keluar dan menuju ke bilik isteri. Rabia yang duduk di sofa sebelah katil Tiara, mendongak. Tariq mendekati isteri yang sedang tidur. Bekas merah di pipi jelas kelihatan. Begitu juga dengan lebam-lebam hitam di bibir dan di dahi.
"Tuan, Dr Reenz suruh puan ke hospital untuk peperiksaan lanjut. Dia bimbang efek hentakkan kepala puan tapi puan tak mahu pergi. Saya dah puas pujuk, tapi puan tetap degil." Ujar Rabia.
"Kita cuba esok. Mungkin mood dia lebih baik masa tu." ujar Tariq Zayyan.
Dia duduk dan meraih jari-jemari isteri dalam genggaman.
"Rabia boleh balik."
"Tuan, puan meracau panggil ibu dan abah dia. Kalau tuan nak, saya boleh bermalam di sini jaga puan." Berat hati Rabia nak tinggalkan Tiara sendiri.
"Tak mengapa. Saya jaga dia."
Tariq Zayyan merenung wajah isteri. Dia hargai keprihatinan Rabia tapi Tiara tanggungjawab dia.
Rabia angguk dan keluar. Bagus juga Tuan Tariq jaga puan malam ni. Tanggungjawab suami.
Tariq duduk untuk beberapa minit sebelum keluar semula ke biliknya. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan sejadah. Bentang di sebelah katil. Dia solat. Usai solat dia baring sebelah Tiara. Renung wajah Tiara. Cantik. Kecantikan seorang gadis Melayu yang mempesonakan. Mungkin kecantikan ini yang membuat Tazzim jatuh cinta. Masa dia terjumpa sijil pernikahan Tazzim dan Tiara bersama barang-barang peribadi yang dibawa pulang bersama jenazah Tazzim, dia tidak percaya. Dia tidak boleh terima sama sekali lalu dia mengarah orangnya menyiasat. Terbukti Tiara Sheenaz binti Nazzar memang isteri sah Tazzim Ziyyad Bin Trimizi. Pernikahan yang berlangsung di UK.
"Sa.. kit..." Tiara mengaduh.
Tariq Zayyan pantas bangun. Sentuh dahi isteri. Berpeluh. Panas. Tak boleh biarkan.
"Tiara. kita pergi hospital."
"Tak.." Menolak tangan suami.
Kenapa lelaki ini di sini? Atas katil dengannya? Ya Allah, dia benci lelaki ini. Dia cuba bangun. Tapi tak berdaya. Kepala berdenyut. Dia peluk tubuh yang menggeletar. Panas. Tapi dia tak boleh begini. Dia kena keluar. Mesti jauhkan diri daripada lelaki yang masih memegangnya. Sesakit mana pun dia tak boleh mengalah. Kebencian di hati ini lagi sakit. Dia meronta sekuat mungkin.
"Ok-ok. Relaks."
Tariq Zayyan terpaksa turun. Berdiri di hujung katil. Tiara sedang sakit. Dia kena beralah. Tidak mahu ambil risiko keadaan Tiara menjadi lebih teruk.
"Jan..gan... de... kat..."
Tersekat-sekat bicara Tiara. Dia sedar dia terlalu lemah. Nak berdiri pun tak mampu. Apa lagi nak berjalan. Dia baring semula. Menarik selimut hingga ke bahu. Masih perhati suami. Tidak mahu sama sekali suami mendekatinya namun kelopak mata semakin layu. Bayangan suami semakin menghilang. Akhirnya dia tutup mata. Biarlah...
Tariq Zayyan menunggu sehingga dia yakin Tiara dah tidur. Dia tarik sofa dekat dengan katil. Duduk sambil merenung wajah isteri. Betul kata Rabia, Tiara sering meracau memanggil ibu dan abahnya. Ada ketika Tiara akan menangis teresak-esak. Tangan menggabai bagai mahu memegang sesuatu. Dia dihimpit kesayuan. Tergugat kekerasan hati lelakinya.
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...