Susun suai gambar.

67 3 2
                                    

Okay kejap! Tekan play dekat atas dulu baru start baca.

*****

Haidar memejamkan matanya membiarkan titisan airmata mikro mengalir dan mati dia pipinya.

10, 20, 30 saat berlalu barulah dia memilih untuk mengangkat kelopak mata. Jika tangisan kehilangan kekasih tadi membawa duka masakan tangisan 30 saat dirasakan sudah memadai? Jika tangisan tadi membawa kepada kelapangan hati kenapa dia harus berdebat dengan benaknya untuk tidak melompat dari balkoni tingkat 12 ini?

Keluhannya panjang dilepaskan mengaharap segala ketidak-selesaan yang bergumpal ditengah kerongkong terlepas bersama keluhannya tadi. Gagal.
Air putih dalam mug hitam ditelan laju-laju, barangkali gumpalan tadi akan ditelan dan menghilang dari rengkung. Gagal.
Barangkali dia perlu menangis lagi tapi sumpah hari ini dia tak mampu lagi.

Dari 3-4 hari lepas diri Haidar bagai dipeluk malang. Dari laptopnya dicuri, bateri telefon perlu diganti, bumbung rumah sewa tertirisan, paling teruk diputuskan hubungan pertunangan antaranya dan Ziha.

Haidar tak pernah merasa kecewa sedalam ini. Tidak ketika dia gagal beroleh lesen P pertama kali, tidak ketika SPM nya cuma 5A 3B. Malah tidak ketika kucingnya Siti ketika umur 3 tahun mati digilis lori air batu.

Tak apa Haidar, barangkali esok lebih baik.

***

Masuk ke pejabat harini Haidar tidak ramah seperti hari-hari sebelumnya. Secara jujur, Lukman berasa kekok kerana Haidar tidak pernah sesenyap ini dari hari pertama mereka berkenalan.

"Breakfast?" Lukman mengajak

Haidar mengangkat kening berfikir, dia sendiri tak ingat nasi terakhir yang dia jamah.

"Boleh" Haidar bersetuju kerana mengapa tidak.

Perjalanan 120 langkah paling melelahkan dalam hidup Haidar. Dia berharap Tuhan cepat melenyap dan menarik keluar kesedihan yang menimpanya.

Sedih adalah emosi paling melelahkan. Tenaganya semacam disedut keluar oleh vampire jahat, kalau bukan sebab hari ini dia perlu berbincang semula dengan pelanggannya tengah hari nanti, pastinya dia masih bergumpal bersama selimut dalam kamar tidur.

"Kau betul ke okay ni? Boleh je postpone meeting dengan Alya tu"

"Aku okay lah" Haidar sudahi dengan ketawa kecil. Kemudian menyambung kata "Tapi aku rasa meeting dengan Alya tu tak lama kut, aku kena balik awal petang nanti, ada hal sikit"

"Ha okay lah kalau macam tu, tapi kalau rasa tak alright kau bagitau terus"

Haidar mengangguk sambil memaksa suapan mee goreng ke 5. Pinggan ini harus dilicinkan, suapan-suapan seterusnya diselang-selikan dengan air kerana sumpah kalau tidak, dia sudah muntah.

Sekembali ke pejabat, komputer riba dihidupkan dan fon telinga segera disumbat pakai, tiada tugas tertunggak, tiada tugasan baru, dan tiada rasa mahu meneliti atau baik pulih design ruang tamu yang bakal dipersembahkan kepada pelanggannya tengah hari nanti. Dia cuma mahu masa pantas berlari supaya dia segera boleh ke ruang selamatnya, rumah.

****

"I really like the detailing on this side of the wall. The colour is also nice la, I love it"

"Kalau you guys okay, we'll proceed ASAP. This is why i love doing business with bestfriend, senang gila, tak renyah langsung" Pertama kali hari ini dia berasa hidup.

Senyum puas hati di wajah kedua Alya dan pasangannya terlihat ikhlas.

"You jangan kerja kuat sangat, you tu dahnak kenduri kan bulan depan?"

Himpunan CerpenWhere stories live. Discover now